Tuesday, March 24, 2020

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api sikit dengan ikan bilis tumbuk lumat. Jadila nasi goreng power ciptaan sendiri. 
.
Untuk lempeng kadang orang buat kering sangat kadang macam keras kan.. korang boleh try buat macam aku ni.

2 cawan tepung 
2 cawan air
1 biji telur
Blender kan semua sekali letak sikit garam. 
Masak pakai kuali non stick tu . Lembut sampai ke petang. 
.
Kalau nak buat lebih untuk keluarga yang ramai, samakan je jumlah cawan tepung dengan cawan air. Yang penting telur sebiji.

Wednesday, June 26, 2019

KHASIAT BAWANG BESAR SEKIRANYA ADA AHLI KELUARGA YANG SAKIT

Kalau Ada Ahli Keluarga Yang Sakit, Potong Bawang Letak Dalam Bilik Untuk Bersihkan Udara Tak Sihat
Selalunya bila ada ahli keluarga yang selesema, batuk atau demam dalam rumah mesti ada yang berjangkit terutama sekali anak-anak kecil.


Bila yang sakit duduk dalam ruang yang sama dah tentu virus atau bakteria turut bertebaran di ruang udara.
Supaya ‘pesakit’ dalam rumah bertambah, boleh amalkan petua yang dikongsi oleh No Or ini. Senang sangat caranya cuma potong bawang dan letak di ruang dalam rumah.
Supaya sakit tak berjangkit
Musim demam, sakit tekak silih berganti. Cik No nak share satu petua ni. Petua bersihkan udara tak sihat dalam rumah. Cara yang paling jimat namun sangat efektif. Sakit tak berjangkit. Yang sakit tu pun jadi cepat baik.
Petua ni guna bawang merah je. Sangat jimat tau kalau nak compare dengan bil klinik tu haa. Kita guna bawang merah je tapi since kat rumah Cik No cuma ada bawang besar je. Guna yang ni aje la.
Caranya :
1- Potong 2-3 biji bawang besar.
2- Letak dalam 2 atau 3 bekas kecil.
3- Bekas yang berisi bawang ini diletak di setiap ruang ataupun bilik. Wajib letak kat bilik orang yang sakit jugak.

Bawang yang dah kering tu, nanti ganti yang baru. Buat sampai yang sakit tu sembuh. Insya Allah tak lama pun, biasanya hari kedua dorang dah sihat.

Okay, selamat mencuba.
INFO
Bawang mentah dikatakan boleh menyerap bakteria yang ada dalam udara melalui unsur sulfur yang dimilikinya. Bila bakteria jahat kurang, tubuh akan lebih selamat dan kurangkan risiko terkena jangkitan.Unsur sulfur ini jugalah yang memberikan aroma pada bawang.
Sebenarnya petua ini telah lama digunakan dan tak salah pun untuk mencuba kerana tak berbahaya pun.
Sumber : Vanillakismis

BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?

Dikongsikan maklumat mengenai masalah tanah pusaka yang mempunyai banyak nama. Dipetik melalui Facebook seorang peguam tersohor bernama SALKUKHAIRI ABD SUKOR. Berikut nasihat beliau sebagai seorang yang pakar dalam bidang ini. Semoga bermanfaat.


1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.

Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney - PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak. Wallahuaklam.

#kredit kepada : SALKUKHAIRI ABD SUKOR, Pengerusi, Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)




Tuesday, April 23, 2019

AUDACE SHAMPOO DAN TONIK RAMBUT

Baru-baru ni perasan banyak sangat rambut gugur. Asal sikat rambut tu rasa macam makkk aiiii sepahnya bilik. Kalau shampoo rambut tu lagi lah kat lubang toilet tu banyaknya rambut gugur. Selak-selak rambut macam dah nampak nipis. Mak is stress... 

Ada baca dalam Facebook pasal orang ni lebatkan rambut dia. Tapi dia pakai macam-macam la tonik rambut la, pelembap la siap ada pakai masker rambut tu. Ermmm aku malas la pakai banyak-banyak macam tu. Sebabnya kekangan masa dengan sikap malas. So aku tengok je shampoo yang dia pakai dengan tonik. 

Audace nama dia.. Gigih la pergi Watson nak beli petang tu jugak. Mak aiiiii mahalnya harga dia. Ok balik semula kerumah tengok dalam Shopee.. OK sangat jauh bezanya weiiii. Tips untuk korang yang nak beli barang. Apa-apa je la. Survey kedai pastu survey kat Shopee dengan Lazada nanti korang akan nampak beza harga yang jauh. 




Okey dipendekkan cerita, aku beli di shopee je Shampoo Audace ni dengan tonik dia. Beza lebih RM10 ++ beli online dengan beli di kedai. Sehari sekali shampoo rambut dan pakai 2 kali tonik rambut ni. Pakai tonik selepas keringkan sikit rambut selepas shampoo dan sekali lagi pagi sebelum pergi kerja. Hasilnya selepas 2 minggu dah tak nampak sangat rambut gugur. Tonik Audace ni wangi. Korang jangan takut la nak pakai. Takut bau kepam ke busuk ke tak.. Dan paling best tonik ni cepat sangat meresap dalam kulit. 

So lepas ni order je la shampoo ni. Dah tua ni dah tak sesuai agaknya shampoo rambut gugur yang biasa dijual kat kedai tu. Yang penting istiqomah la kalau pakai apa-apa produk. Jangan la baru pakai sehari pastu claim produk tu takde kesan la apa la. Istiqomah dan tawakal. 




Friday, March 29, 2019

KU BERJANJI



Hari ni 29/3/2019 berat aku 81kg. Aku nekad nak kurus sebab hari selasa lepas 26/3/2019 aku hantar anak pergi Klinik Kesihatan Presint 9, memang dari malam aku puasa sebab nak check gula. Benda yang paling aku takutkan bacaan gula tu 12.5. Murung sekejap sampaikan doktor pun cakap ni bukan end of life so jangan buat muka sampai macam tu. Serius aku takut weh. Laki aku memang dah ada diabetes. Tapi sejenis bangsa degil dia tak nak makan ubat. Jadi aku pun kalau boleh umur baru 36 ni tak kan la dah nak amik ubat diabetes pulak. Kalau tak kawal mesti akan datang ada penyakit lain.

Jadi bermula dari tarikh 26/3 tu aku dah tak minum air manis. Nescafe kesukaan aku memang aku dah mula kurangkan.

Macam mana aku boleh nak buat ujian glukosa tu sebab aku perasan asal malam je masa tidur aku akan jaga dan rasa dahaga yang teramat. Sampaikan aku bawak air masuk bilik. Dan aku akan kerap buang air. Contoh sebelum tidur dah buang air kecil, dalam setengah jam rasa nak buang air lagi. Tu aku syak macam ada yang tak kena.

Ni tadi sebab aku half day, pukul 5 aku ajak Zikri dengan Zara temankan aku jalan pusing sampai kat tasik flat hijau tu. Rasa segar badan weh sejak bersalin Hanan memang aku mengaku aku tak pernah bersenam. Kira dah 2 tahun 4 bulan umur Hanan ha lama tu jugak la aku malaskan diri.

Aku nasihatkan kawan-kawan kat luar sana kalau rasa something kat badan tu, pergi la klinik cepat. Jangan menidakkan keadaan kita. Sebab diri kita je yang tahu kite sihat ke tak. Jangan tunggu sampai sakit tak boleh bangun baru nak pergi check.

Sekian dariku... Hahahaha sama-sama kita jaga kesihatan.

Thursday, March 28, 2019

Belajar Ebay - Cara buka akaun ebay

Sorry lambat lepas entry yang last hari tu. Banyak benda nak kena settle tiap hari tu yang tak sempat update. Walaubagaimana sekalipun apa yang aku dah janji hari tu aku akan cuba tunaikan. 

Mula-mula sekali sebelum nak buka ebay ni, korang kena ada dua benda ni. PENTING!!!! 
Yang pertama mesti ada email. Dan yang kedua kena ada HandPhone. Dua benda ni mesti lah semua orang ada kan... 

Okey... Next. Buka www.ebay.com . Mesti ebay.com sebab nak meniaga di United States of America. Aku tak layan ebay Malaysia sebab market ciput. Bila layan market U.S potensi besar dan paling penting untung pun besar. Tapi masalah pun besar. Ha... Jadi nasihat aku, sebelum niaga jangan la korang rase boleh kaya dengan ebay kalau belum kena panahan masalahnya. Hahahaha hati kena kental okey. 


Okey seperti diatas, website ebay.com... Pergi pada SIGN IN... klik pada CREATE AN ACCOUNT.


Isi FIRST NAME, LAST NAME, EMAIL, PASSWORD last sekali CREATE ACCOUNT. Aku tak galakkan korang guna option CONTINUE WITH FACEBOOK atau CONTINUE WITH GOOGLE. Sebabnya nanti akan datang ebay akan minta banyak verification, jadi kalau korang pilih facebook ke google nanti susah kemudian hari. Lagipun aku pun tak pernah guna option tu sebab cikgu aku tak ajar. 

Okey next step korang kena buka akauan PAYPAL. Apa ni??? EBAY adalah tempat kite berniaga. PAYPAL pula adalah tempat duit niaga kite dalam EBAY tadi masuk. Bila orang beli dalam EBAY, korang akan dapat duitnya dalam PAYPAL. Oleh itu kena ada akaun PAYPAL. Nasihat aku, email, no hp, password EBAY yang sama korang guna untuk buat akaun PAYPAL. INGAT!!!! 1 akaun EBAY 1 akaun PAYPAL. Tak boleh 3 akaun EBAY yang berasingan guna 1 akaun PAYPAL. TAK BOLEH!!

Owhhh lagi satu kalau boleh biasakan la tulis username dengan password korang kat memana. Susah kalau meniaga nanti lupa password la apa la.. 

Next, jom buat akaun PAYPAL pulak. Pergi pada website www.paypal.com . Klik pada SIGN UP





Klik pada RECEIVE PAYMENT WITH PAYPAL. Sebab apa amik yang ni??? Sebab niat korang bukak akaun PAYPAL ni sebab nak berniaga. Kalau yang BUY WITH PAYPAL tu, korang nak gunakan PAYPAL ni sebagai platfom bayaran shopping korang. 


Paypal ni agak renyah sikit la.. Tapi don not worry step selepas ni lagi mencabar. Hahahaha macam aku kata tadi hati kena kental sebab bukan senang nak senang. Dah korang isi bagi penuh apa dia mintak tu. Then kite pergi next step.


Kat atas tu what type of business? Aku amik individual. Lepas tu type of business HEALTH AND BEAUTY. Pastu proceed dia mintak no kad pengenalan. Pastu yang Id Document tu pun korang letak no kad pengenalan. Nanti bila last tekan submit


Saranan aku masa korang baca blog ni, buat la terus akaun tu. Tak payah baca 50x tapi tak buat-buat. Dan lagi setakat baca tapi tak buat memang korang tak akan faham. Buat perlahan-lahan insyaallah ada hasilnya. Nah aku payung hasil aku 2 hari ni. Bukan nak riak cuma aku nak cakap ebay ni boleh buat duit kalau korang rajin.


Sekian dulu untuk malam ni.. Lagi 2-3 hari aku ajar next step pulak. Pengeras untuk malam ni aku mintak korang doakan aku 'NURFARAHIDA BINTI KAMARUDDIN' sihat selalu, dimurahkan rezeki selalu dan bahagia dunia akhirat. Aminnn... Aku doakan korang terang hati bukak akaun ebay dengan paypal dulu ya. Bye !!!!!!

Friday, February 8, 2019

Belajar Berniaga Di Ebay

Semperna tahun baru ni 2019 yang dah masuk bulan ke 2 ni aku niat nak ajar sesiapa yang berminat nak berniaga di Ebay ni secara percuma sahaja. Aku dah niaga dalam Ebay ni dari Januari 2017. Tahun 2019 ni dah 2 tahun la. Tak la teror ke power bebenor tapi kalau takat nak ajar korang niaga tu boleh la.

Mula-mula ni tak payah la join kelas ke e- kelas ke apa. Ikut je apa yang aku ajar tu confirm boleh la niaga. Boleh la takat nak cari duit poket tu.

Cuma syaratnya aku nak korang yang belajar dengan ilmu aku ni doakanlah aku dimurahkan rezeki selalu dan sihat-sihat belaka.

Ok tu je syaratnya... Ok tunggu esok kalau rajin aku buat 1st post pasal ebay.

Aeon Nilai

Hari rabu cuti raya cina kami pergi Aeon Nilai yang baru buka tu. Besar dan cantik. Benda baru memang cantik lah. Tempat pun selesa.

Alang-alang nak kena pergi team building bulan 3 ni langsung terus la beli seluar track suit dengan kasut sukan. Lepas beli tu aku keluar lalu depan mana-mana kedai mesti scanner depan kedai tu bunyi. Walaupun tak masuk dia bunyi. Aku heran lah jugak.

Sekali semalam acah-acah nak pergi jogging dengan Zikri baru perasan lahai cashier tu tak buang benda kelabu yang macam magnet tu kat kasut. Hareey tol la. Puas aku cungkil siap upload dalam FB minta bantuan nak bukak.

Last-last laki balik dia tonyoh dengar playar terus tercabut dan koyak skit kasut tu. Hurmm baru la nak bawak p Jusco balik punyala tak sabar diplayarkan kasut aku tu dulu dah koyak.

Saturday, December 6, 2014

Beli emas di Kuala Pilah

Hati ni dah lama berhajat nak beli barang kemas baru saje nak tambah koleksi yang sedia ada. Bile ku serukan pada sang suami terus dia ajak g Pekan Kuala Pilah. Aku memang xnak la g jejauh gitu sebab biasanya aku beli kat Pekan Labu N.Sembilan je. Aku tak sure kenapa kat N.Sembilan harga emas dia murah jauh giler dr KL tapi design and kualiti sama je mcm kat Habib.

Dah laki dok insist nak jugak ke Kuala Pilah pegi lah jugak pas hbs kelas piano Zikri tadi. Sekali masuk highway Plus jammed nak mammmmmm so kuar ikut Bdr Seri Putra terus masuk Lekas.

Bile sampai kedai emas dari dalam kete lagi dah nampak kepenuhan dan kepadatan didalam kedai emas. Ada dalam 4 biji kedai emas kat situ. Weh kedai emas kat Kuala Pilah nih memang betul-betul kat pekan dia tau. Alah xsesat la sebab aku pun tak penah sampai sini tadi datang first time pun tak sesat. Sonang jo.hahahaha

Amat mengejutkan la sebab harga kat sini cuma rm125 / g fuhhhhhhhh murah gilos! Kat Labu aku kol tadi rm130 per gram kat Habib Alamanda last week Rm137. Ko nak memilih tu memang agak kurang selesa la sebab orang ramai tapi apa ada hal dah barang murah kualiti baik ko hadap jelah kan... Laki aku suh pilih yang paling beso katanya. Ecehceheh perli aku lah tuh. So pilih-pilih aku berkenan dengan 1 gelang ni berat 37g baru rm4400. Fuh siap rembat rantai 1 untuk Zara. Auchhhh rasa berat plak tangan mak ni nok.hahahahaha

So kalau nak beli emas pegi lah ke Kuala Pilah memang murah memang puas hati.

Nak beli Ephyra atau beli produk Ibeauty whatsapp je aku.huhuhu

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...