Tuesday, October 4, 2011

al fatihah

pagi nih on kan hp selepas bgn tido lebey kurang 6.30 pagi bunyi msg dan msg itu berbunyi

'anak sy dh xde jam 9.30 td..al fatihah buat anakanda saya
moga roh'y dicucuri rahmat'

aku???wordless...sungguh...
teringat perbualan kami jumaat lepas sehari pas dia buat check up di hospital Putrajaya
dimana doktor dah sarankan supaya dia di wardedkan.doktor bagi pilihan utk trs bersalin
secara c-sect memandangkan sejarah anak pertama juga c-sect dan ditambah penyakit buasir
yang agak teruk dan telah teroverdue..tapi si dia tetap bertegas untuk memilih bersalin secara
normal dan membuat keputusan untuk menunggu sehingga contraction tiba.Dia dengan yakinnya
dapat bersalin secara normal sehingga mulut ku laju berkata ' ikut je nasihat doktor asalkan baby
selamat'..tapi sape kah aku ni yang nak membebel memberi nasihat kepada dia yang hebat kononnye..

dan akibatnye...berite sedih melanda hidup..aku pegi melawat baby itu dirumahnye..sungguh comel
seakan-akan tersenyum sahaja..menurut doktor baby dah termakan rahim ibunye..aku pun x phm mcm
mana baby tuh boleh termakan rahim ibunye..dan si dia terpaksa menerima  hakikat kesakitan c-sect
di hospital swasta yang kos nya ribuan ringgit dan anak yang dikandung sampai overdue juga telah
pergi..lebih malang anak itu pergi tanpa mama disampingnya...arGGHHHH aku benci keadaan
seperti ini..baby itu dibawa ke hospital seremban akibat KPMC kajang tidak ada kelengkapan untuk
membantu menyelamatkannya.

teringat ketika diawal kehamilannya si dia berkata tidak sanggup meneruskan kehamilan itu
kerana buasir dan jarak yang agak rapat dan ada pergi ke sebuah klinik di dengkil untuk
membuangnye..nasib doktor bertimbang rasa dan memarahi si dia kerana anak itu tidak
bersalah untuk dibuang..dan ketika si dia betul2 mahukan anak itu...baby juga telah dikembalikan
kepada si Penciptanya....

harap si dia menjadikan kisah yang berlaku sebagai pengajaran..takziah buat si dia.harap
lebih tabah mengharungi dugaan yang bakal mendatang.al fatihah buat baby ....


p/s: aku sungguh emosi kerana dia tidak mahu mendengar nasihat kawan2..arggghhh!!!

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...