Tuesday, March 19, 2013

Lelaki owh lelaki

Haih sembang-sembang dengan sorang kawan nih..Mula -mula macam okey jer. Bincang macam-macam hal politik/life/study then tetiba dia request 1 benda. Nak gambar aku! Hoiii apehal plak gambar aku yang ko nak tatap. Aku tanya watpe dia kata saje...Okey...Then sembang benda lain aku malas nak layan keoveran dia tuh as father and husband, ko tak patut buat mcm tuh okey! Then dia back to previous topic nak gak gambar aku. Eh eh eh....ini macam punye olang ada chance mau di block in my FB nih. Kang ada plak aku meroyan nak ikut laki orang plak..Hahahaha.. AWAS! jangan mencuba-cuba sebab saya tak suka!
Nak kena TUMBUK??????

Aku kan percaya hukum karma..KARMA tuh macam 'what u give @ did, will get back to you'. Btol tau...Aku selalu kalau orang menyakitkan hati aku nih, soon or later dia plak akan rasa sakit hati macam yang aku rasa. Sebab tuh aku sekarang kalau orang sakitkan hati aku sampai terluka hatiku ini...OWH...jaga-jaga la ko pun akan rasa macam mana ko dah buat kat aku! HAAHHAAHAH..

Sebab tuh aku cakap kat laki aku, ' tak pe bang buat lah saya nangis, nanti 1 hari abang pun akan menangis jugak!' dia diam....sebab tuh jugak aku tak berani nak buat sesuatu yang tak baik terhadap laki aku. Walau macam manalah buruk dia tuh, diam jer lah..Terima jer la dah sebab dulu dia jugak yang aku kejar-kejar!kahkahkah padan muka aku!

Kesimpulannya, jangan suke buat sakitkan hati orang. Jangan rampas hak orang. Jangan buat orang lain bersedih sebab 1 hari nanti bila kita susahkan orang, kita pun akan menangis mcm orang yang dah kita buat tuh.

Tuesday, March 5, 2013

Family Planning

Secara rasminya bulan februari yang lepas aku dah stop makan pil perancang...Huhuhuhu itu pun nak bagitau ka??? Eh ske hati aku la... WHY?? Yang pertama adalah kerana ugutan si suami yang kata dia nak anak and berdosa kalau aku teruskan amik pil perancang tanpa kebenaran dia. Okey..Janji ko layan aku baik-baik masa aku ngandung nanti, kalau tak memang aku ungkit sampai ke sudahlah perbuatan ko! Hahahaha... Secara jujurnya aku belum pun nak lagi benornya mengandung lagi sebab salah satunya adalah sebab aku baru nak kuruskan badan. Kalau preggy balik maknanya makin lah bertambah lebor badan mak nih! Dan yang keduanya adalah aku masih lagi dalam proses pemulihan perasaan aku nih terhadap dia! Hahaha... Dan yang ketiga adalah sebab Zara tuh macam kecik jer lagi..So rase mcm tak sampai hati nak bagi dia adik.

Selama 3 tahun nih aku telah mengamalkan injection Depo-Provera selama 2 tahun. Kaedahnya adalah dengan menalakan punggung korang dan suntikan adalah untuk 3 bulan. Paling murah adalah RM25 dan paling mahal aku kena caj untuk suntikan nih RM40. Aku amik dalam 7 @ 8 kali injection nih. 2 kali aku amik kat klinik kerajaan Presint 3, sekali masa kali ke-2 tuh nurse nak amik darah and cucuk tangan aku nih dekat 4 kali sampai aku nangis, maka marilah kite beralih arah ke klinik swasta. Walaupun kena bayar perkhidmatannya adalah tidak selembap klinik kerjaaan dan lebih selesa. Bagi aku amik injection nih sangat-sangat senang sebab ko tak payah pun nak rungsing dah makan ubat ke belum TAPI.....keburukan dia adalah kenaikan badan yang melampau. Aku dari 54 pas bersalin Zara sekarang dah dekat 70 kg! Selera makan memang macam naga. Dan last sekali keburukan injection depo ni adalah period yang sangat tidak regular!

Pastu dalam Januari 2012, aku amik pil perancang plak. Nama pil perancang tuh MELIANE . Makan tiap-tiap hari sebelum tidur dalam pkol 10 malam selama 21 hari dan selepas tuh rehat 7 hari. Dalam 7 hari korang akan datang period. Kebaikan makan pil perancang nih period adalah teratur dan boleh kawal berat badan. TAPI... keburukannya kalau korang lupa nak makan,heheheheeheh sendiri mau ingat lah...HEHEHEHE.. Aku memang tak pernah lupa makan pil nih sebab aku takut ter ACCIDENT preggy... Fuh kalau ko mengandung dengan keadaan tidak bersedia adalah sangat bahaya dari segi mental dan emosi!

 
Jadi ...pesanan aku, kalau tak ready dari segi mental dan fizikal, amalkan lah perancangan keluarga yang betul. Tak salah nak beranak tiap tahun tapi kalau muka ko pun dah buruk semacam je sebab tiap tahun keluar anak, hehehehe renung-renungkan lah yer...

Saturday, March 2, 2013

ORANG LAKI KALAU MENGEMAS?????

Nak tanya la erk laki korang mengemas tak? Macam laki mak nih asal hari sabtu ahad mak nak tidur lama-lama dia lah yang paling sibuk bangun awal pastu bising-bising kat dapur. Aku sakit la hati aku tanya apahal bising-bising nih macam dia sorang je ada mulut. Nak masak, masak je la guna tangan bukan mulut. Pastu.... Dia jawab 'lenkali masak garam letak sini,tupperware siap-siap tutup simpan dlm kabinet blah blah blah..... Aku blah masuk toilet. Aduhai kalu dia yang masak pening kepala otak aku dgr dia bebel. Pastu nak menambah sakit hati aku, semalam aku bli periuk multicooker Amway, dia dah angkatkan ke dapur pastu dah siap-siap buang kotak bagai. Wouiiiii aku tak suh pun ko buang kotak tuh sebab aku tak ready lagi nak guna!!!! Masa bila la dia dok mengemas barang tuh pun aku tak tau. Tau-tau periuk tuh dah kat atas kabinet. Aihhhh stress!!! Pastu aku baru plan nak bli cangkul hari nih nak tanam pandan kat belakang rumah. Sekali aku cari anak pandan yang aku dapat tuh dah tak ada. Aku tanya manalah plastik putih yang ada pokok pandan tuh? Jawabnya 'abang dah tolong buangkan sebab tak suke la plastik-plastik macam tuh. Nampak macam rimas'. Hmmmm perang nak bermula lah nih!

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...