Monday, November 21, 2011

uptown

mlm td kami g tgk papa niaga kat uptown JLn Reko..sekali tuh baru jer sampai budak bucuk nih jatoh plak...aduhai dah lah aku x bawak baju spare..so pas setup siap kedai aku g lah meronda nak carikan baju,,budget dlm RM10 jer..xnak mahal2 aku kan kedekut!hahahaha....sekali dapat lah baju ultraman.

 dah mcm laki anak dara aku nih plak...yg kelakarnye pas zara pakai je baju tuh trs zikri kata ' mummy nih baju abg.bukak2 abg nak pakai'....hahahahha...abg..ni baju adik..bukan baju abg ok...zikri pun x blh terima adik dia pakai baju ultraman.dok lah suruh aku bukak.
zikri mkn aiskrim potong...pokcik yg jual aiskrim ni jugak yg untung.org deret2 beli dgn dia non stop.dah lah tapak pun x payah bayar.

 tgkkk....zara dah comot dah rambut pun serabai..dok lah berkepit dgn paksu dia.

so far niaga kat sini mcm ok lah...xda la masyuk tahap cipan tapi ok lah..lagipun adik dah start cuti sem so dia akan take over lah pas nih.nak harapkan laki aku???HHMMM 1 minggu mau 2 kali jer dia niaga.HAMPEH!

Monday, November 14, 2011

saya dah gemokkkk!!!

hahahah gelak tgk tajuk entry!td tgh hari mcm boring nak g tgk zara kat taska nnti dia feel ngada2 melalak menjerit2 sebab mummy dtg..so baik i g jenjalan alamanda..niat nak g tgk alat fitness..ngeee!!!
aku pun dgn rajin nye lepas shopping kat parkson sengsorang, aku g masuk kat fitness concept...MAKKAIIIII mahal kebenor lah set alat senaman dia...pakat2 6K ke atas..FUH!baik aku diet jer lah...ritu g jenjalan kat CArrefour xda plak semahal tuh.Agaknye sbb kualiti kot..tapi kesimpulannye baik lupakan je la niat nak beli alatan itu di fitness concept.g survey tmpt len la...

aduhai injection depo nih dah buat aku naik 2kg la...risau2....next month nak cucuk lagi...tapi kalo dipikir-pikir dari gemuk sbb beranak baik gemuk sbb inject.hmmm aku bukan x nak anak lagi tapi not ready yet la..skrg nih pun tunggang langgang budak dua itu bergadoh.kalo muncul yg ketiga pasti kiamat duniaku...ishhhhh!!!

ooo..mulai skrg ni kena control makan...BOLEH ke>??????harus boleh! GO FARA GO!!!!!!!!!!

Thursday, November 3, 2011

Bayi muntah bebola jeli

KUANTAN: Seorang bayi berusia setahun tiga bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini kelmarin, bagi mengeluarkan bebola agar-agar yang ditelannya.
Ifti Ilya Farhana Mohd Khairuddin, tertelan dua bebola berkenaan yang diambil daripada pek makanan ringan pada 26 Oktober lalu, sebelum mengalami demam dan muntah serta tidak mampu makan serta minum.
Ibunya, Siti Aisyah Yusof, 27, berkata beliau menyedari Farhana tertelan bebola agar-agar namun tidak mengambil sebarang tindakan kerana menyangka ia tidak akan membawa kemudaratan.

“Namun dua hari kemudian anak saya mula muntah serta demam teruk malah suhu badannya mencecah sehingga 45 darjah Celcius selain tidak boleh makan atau minum.

“Saya kemudian memaklumkannya kepada suami Mohd Khairuddin Harun, 29, sebelum membawa bayi ke HTAA untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.

“Pada malamnya, anak saya muntah sekali lagi dan kali ini mengeluarkan sebiji bebola bersaiz sebesar guli.
“Mengesyaki ada lagi bebola dalam perutnya, kami membawanya sekali lagi ke HTAA sebelum pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan sebiji lagi bebola,” katanya sambil berjanji akan lebih berhati-hati pada masa depan supaya kejadian sama tidak berulang.

******paper pagi nih...apelah mak ko ni dikk....dah tau JAJAN adalah bahaya dan x baik utk kesihatan bg lagi anak makan..dah tuh dah nampak anak tertelan bendealah tuh x cepat2 bawak g klinik..aku tgk umur mak ko adalah lebih kurang baya aku jer tapi pimikirannya adalah  ***** .

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...