Saturday, December 6, 2014

Beli emas di Kuala Pilah

Hati ni dah lama berhajat nak beli barang kemas baru saje nak tambah koleksi yang sedia ada. Bile ku serukan pada sang suami terus dia ajak g Pekan Kuala Pilah. Aku memang xnak la g jejauh gitu sebab biasanya aku beli kat Pekan Labu N.Sembilan je. Aku tak sure kenapa kat N.Sembilan harga emas dia murah jauh giler dr KL tapi design and kualiti sama je mcm kat Habib.

Dah laki dok insist nak jugak ke Kuala Pilah pegi lah jugak pas hbs kelas piano Zikri tadi. Sekali masuk highway Plus jammed nak mammmmmm so kuar ikut Bdr Seri Putra terus masuk Lekas.

Bile sampai kedai emas dari dalam kete lagi dah nampak kepenuhan dan kepadatan didalam kedai emas. Ada dalam 4 biji kedai emas kat situ. Weh kedai emas kat Kuala Pilah nih memang betul-betul kat pekan dia tau. Alah xsesat la sebab aku pun tak penah sampai sini tadi datang first time pun tak sesat. Sonang jo.hahahaha

Amat mengejutkan la sebab harga kat sini cuma rm125 / g fuhhhhhhhh murah gilos! Kat Labu aku kol tadi rm130 per gram kat Habib Alamanda last week Rm137. Ko nak memilih tu memang agak kurang selesa la sebab orang ramai tapi apa ada hal dah barang murah kualiti baik ko hadap jelah kan... Laki aku suh pilih yang paling beso katanya. Ecehceheh perli aku lah tuh. So pilih-pilih aku berkenan dengan 1 gelang ni berat 37g baru rm4400. Fuh siap rembat rantai 1 untuk Zara. Auchhhh rasa berat plak tangan mak ni nok.hahahahaha

So kalau nak beli emas pegi lah ke Kuala Pilah memang murah memang puas hati.

Nak beli Ephyra atau beli produk Ibeauty whatsapp je aku.huhuhu

Monday, November 17, 2014

Berhabuk Bersawang-sawang

Hello!!!!

Lamanya tak hupdate belog nih... Malas punca utama keduanya tak da masa... Hikhikhik.. Sekarang ni rasanye kalau letak kepala pkol 10 tuh tau-tau dah pagi.. Dah kena pegi kerje. Sekarang ni pulak ada Mr Gayut so dia kalau mummy bangun pkol 6 dia pun cepat-cepat hokhekhokhek bangun! Adoi... kadang tu dah puas pujuk tak jalan aku bagi je dia mandi pkol 6 pagi tu (tapi pakai heater la)..




Kejap je my Mr Muhammad Zahin Anaqi dah 7 bulan. Progress nye dia dah pandai merangkak dan memanjat. So extra careful la. Disebalik gambar ni benornye dia baru je lepas tersembam ke lantai. Aku masa ni OTW nak pegi rumah member husband. So masa bersiap-siap tuh dia dok panjat-panjat kaki aku... Agaknye kain baju kurung aku ni licin so dia terlepas dan tersembam ke lantai.. Wahhhhh berdarah-darah bilik aku. dah macam orang gila dah aku ni terkejut tengok darah banyak dari mulut dia. Laki aku masa ni pegi hantar Zikri kelas Piano. Nasib la tak serius sangat. Sorry sayang.

Ha ni buktinya aku tak boleh tinggal dia walaupun ke toilet. Hahaha dia akan merembes-rembes air mata dah macam haper!!! Eiiii tensi tau! Aku kadang balik kerje penat nak mati pastu kena bersihkan botol-botol dia tu sambil berdukung. Fuh memang lengguh la tangan aku nih ha. kadang tu nak naik angin lah jugak tapi cool beb cool. Budak ni bukan senang aku nak dapat. Hahaha terus taubat tak marah!.

Okies Zara tahun 2015 dah nak masuk 5 tahun so weollss masukkan dia kelas menari Ballet.Bukan nak soh dia jadi penari ya. Biarla dia bergaul dengan orang dan memang dia kuat giler berangan nak menari. Takpe mummy and papa penuhi impian kakak. Masalahnye bile dia dah join kelas ballet ni, hari-hari dia nak pegi. Asal pagi celik bijik mata cakap nak pegi kelas ballet ke?? Hahahaha bile jawapannya tak maka akan ada adegan berlinangan air mata pagi-pagi yang membuatkan darah mummy naik to the max! Sabor je la sejak dua menjak budak ni kuat gile merajuk dan melalak. Hoiii tensi tensi tensi!!! 

Pada yang nak suh hantar anak dara dia pegi belajar ballet, kelas di Bangi ialah di Happymindz. Shoplot atas AMbank atau lebih mudah dekat atas Manjaku. Ha sape dok Bangi tak tahu mana Manjaku aku tak tahu la kan! Per month RM100 / 1 Jam/ Pendaftaran RM80 / Tutu dress yang Zara pakai tuh RM100 / Kasut handmade RM100 dan advance 1 bulan RM100 = Rm480. owh dia ada kelas trial jugak. Means sebelum korang nak enroll boleh hantar dulu anak 2x belajar RM50. Ni utk tengok la samada diaorang suke ke x. Ha gitu... ada pape tak paham nak tanya pasal kelas Ballet ni boleh msg je yer.. aku explain berdasarkan apa yang aku tahu.



Tuesday, October 7, 2014

Raya Haji 2014

Sebelum terlambat izinkan daku mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam. Tahun ni beraya di Bangi sahaja sama macam tahun lepas. Tak kose mek nak balik-balik kampung. Cukup-cukup lah raya aidilfitri je kita balik kampung so raya haji kita raya rumah sendiri. Malas aku nak berasak-rasak balik rumah orang. 

Bagi aku la kan raya sekarang macam dah tak meriah la. Tak kisah lah raya rumah aku ke rumah laki aku. Mungkin ke sebab aku ni memang jenis dari kecik tak suke balik kampung tuh yang bile kena balik je alahai... BBOOORIIINGGGG! Aku rasa macam tak selesa bangat la kalau dok rumah orang. 

Dulu rumah nenek aku kayu tau. Cucu dia ramai ada lebih 20 orang sebab anak dia ada 6 orang. Rata-rata dok kampung so beranak pinak memang ramai lah. Aku ni dok KL so raya je setahun sekali aku balik kampung Batu Pahat atau pun bila ada kenduri-kenduri penting baru balik. Kalau sekali balik tuh macam seminggu gitu la. Bile mama cakap nak balik kampung je sure dah terbayang budak-budak berlari-lari keliling rumah bunyi gedebak gedebuk pastu bile nak mandi kena tunggu-tunggu turn macam dok hostel tuh. Pastu paling tak suka bile masa nak tido kena bentang tilam nipis-nipis tuh baring bergelimpangan sampai kedapur. hahahahaha mak tak sanggup!!!!  Tapi kira nasib baik gak lah semalam dua je aku tido rumah nenek belah mak aku sebab malam-malam yang seterusnya aku tido rumah atok belah abah. Atok belah abah kire macam orang berada skit so rumah besar and abah ada 3 beradik je rumah pun lapang dan sunyi sesuai lah dengan jiwa aku ni. Pastu nanti arwah atok akan ajak cucu dia ni pegi kedai beli macam-macam. Tu je pun benornye sebab sayang kat atok. Ahaks!

Tapi tuh semua dah jadi kenangan. Sejak kawin ni cuma 2 tahun sekali je aku jejak ke Batu Pahat tuh. Sekarang ni ada lagi nenek mama and nenek abah tapi masing-masing dah tua. Aku balik sana bile turn raya belah Johor. Kalau turn belah Terengganu memang nan hado la nak jumpa sedara mara belah Johor. Disebabkan jarang-jarang jumpa sekarang bile jumpa pun dah macam tak berapa nak meriah bersembang. Ada tuh kadang macam tak bertegur pun. Nak - nak lagi sepupu-sepupu yang lat umur dalam 10 tahun beza tuh kan tengah meningkat tahap kegedikan depa tuh mana nak tegur aku nih yang dah dikire mak-mak (yerla mak kan anak dah 3). Dah la muka hodoh sombong plak tuh. Kite yang tua nih tegur senyum pun buat banggang jew! DASAR! Takpela budak kampung kalau dah jejak kaki ke bandar memang gitu gayanye. Make up ngalahkan primadona! Ahaks!

Pagi raya ritu aku masak-masak jugak lah sebab adik beradik aku datang rumah pas semayang raya. Masak laksa kuah lemak(as per request by my hubby) pastu nasi himpit dengan rendang + sambal bilis. Tuh pun tak habis. Pas makan haper sume tuh masing-masing melepak dengan Hp and Tablet masing-masing pastu zzzzzzzz pastu waktu pun dah petang. Maka habis la raya. Esoknye tuh dah tak ingat dah semalam raya haji. Siap masa aku sidai kain bunyi takbir dari surau aku macam ehhhhh takbir??? Kerlas ko jah sampai macam tuh sekali makna raya. Kalau raya aidilfitri pun macam tuh jugak. Pas mintak-mintak maaf pegi raya rumah sebelah-sebelah pastu balik pastu terus zzzzz maka macam sangat tak berbaloi la ko g beli baju raya mahal-mahal sebab end up ko akan habiskan raya ko dengan tido ataupun tengok tv.

Sebab tuh sekarang aku perhatikan bile raya jer ada kawan-kawan aku yang pegi bercuti. Hahaha aku usulkan lah benda macam tuh kat laki aku dia cakap boleh nak pegi bercuti time raya tapi masa turn rumah aku. Kihkihkih macam dah tau je aku tak sanggup nak berlama-lama rumah dia kot. Padahal kat Terengganu tuh banyak je tempat menarik tapi 1 pun aku tak penah pegi. Kesian tak?? Sotong celup tepung yang dok orang cakap-cakap tuh pun aku tak penah sampai. Paling-paling jauh aku penah sampai pun bandar Kuala Terengganu tuh jer. Haih nasib badan la. Bile tengok tv je konon-konon pasal Terengganu je laki aku paling excited la cakap sana sini best aku balas je dengan jelingan maut terus terdiam. Hahahaha zalim btol! Nape diam? Yerla dah tersedar lah dia dok perap aku je kat rumah dia kalau balik sana lagi ada berani nak sembang keindahan negeri dia.

Friday, September 26, 2014

No More COD


Yup no more COD. Sebelum nih boleh COD area Bangi & Putrajaya tapi sekarang semua urusan pembelian adalah menerusi Pos Laju/ Gdex/ Skynet. Senang cerita semua aku pos. Melainkan kalau korang sanggup nak datang amik kat opis aku kat Presint 2 Putrajaya.

KENAPA? 
1. Atas dasar keselamatan
Sebelum ni aku COD kat Petronas Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Ada customer ni suh laki dia amik. Dah laki amik sah-sah la jumpa aku. Selepas malam pembelian Ephyra tuh, dia tak habis-habis Whatsapp aku benda pelik-pelik macam berkelakuan seperti orang bujang. Eh hello aku ni mak pada 3 orang anak dan ada laki so memang salah orang lah nak layan ko gile! Aku cakap kat laki aku so dia nak pegi pukul mamat giler tuh.  Dah gitu pulak kan... Ha dari jadi benda yang lagi tak elok baik lah aku stop kan COD. Siyes aku trauma!

2. Tak cukup masa
Sebelum ni aku cuti 5 bulan (cuti bersalin 3 bulan + unpaid 2 bulan) so aku ada banyak masa nak menghantar Ephyra ke merata-rata tempat sekitar Bangi & Putrajaya. Tapi sekarang dah naik kerje. Banyak kerje tapi sikit masa so aku takut kerja hakiki aku tak siap. Kang dikata dek orang plak! Nak keluar malam laki aku busy balik lambat and ada baby so malas nak renyah-renyah kuar bawak anak deret-deret so kite pos je la yer..

Aku paham kadang setengah orang selesa nak COD tapi kalau korang rasa tak nak pos-pos ni korang carilah seller lain. Betul aku tak kecik hati. Kadang-kadang dah explain panjang lebar tapi beli dengan orang lain alasannye aku tak boleh COD. Aku tak kisah sebab bagi aku rezeki Allah Taala tuh besar dan luas so kalau hilang sorang mungkin ada rezeki yang lain. Cuma tawakal jela.



Thursday, September 25, 2014

Wanita dan Make Up


Sementara ada masa sikit ni meh kite update blog nih. Hewwww busy sungguh kebelakangan ni mengalahkan Perdana Menteri. Tajuknye wanita dan make up.. Yep try tengok berapa ramai orang perempuan yang pegi opis tak 'bermake up'? Muka mengalahkan hantu niyang rapik! Kihkihkih maaf kalau bahasa aku ni terkasar. Kadang kala terpikir dilubuk hati aku ni macam mana wanita-wanita yang pegi kerje dengan muka pucat bibir gelap macam orang sakit? Selesanye la diaorang pegi kerje dengan muka macam tuh. Baju dah cantik, tudung dah havoc tang muka makkk aiiiii CHOIIIII!!!!

Ada lah dikalangan kawan-kawan aku yang pergi kerje muka pucat lesi sebab alasan yang seperti dibawah:

1. Laki tak bagi make up?
Ha??? Betul keredhaan suami tuh penting tapi try suh laki korang g keje jangan pakai minyak rambut jangan pakai minyak wangi. Boleh ke diaorang??? Selesa tak diaorang??? Rasa lengkap tak diaorang? Try suh si para suami tuh pegi kerje dengan muka yang selebet agak-agak diaorang malu x? Kalau lelaki golongan ni suke tak tengok perempuan lain cantik bergaya? Bagi aku diaorang ni PROPA je lebih. Tak bagi bini melawa sebab takut orang lain pandang kecantikan bini.

2. Tak ada masa nak make up?
Betul.. Aku paham macam aku sendiri kalau dah terbangun lebih pkol 6.30 memang kelam kelibut so memang tak sempat nak siap dari rumah. Tak salah kalau korang bawak alat make up tuh dan bersiap diopis. Kalau malu nak bersiap diatas meja sendiri, g lah toilet. Tak kan kat opis korang tak de toilet kot. Kihkihkih... Make up yang basic macam sapu foundation/eyeshadow/blusher/lipstic tuh amik masa lebih kurang 5 minit je kot. Asalkan berseri sikit muka korang pegi opis tak salah rasanya curi sikit waktu untuk melawa.

3. Tak tahu nak make up?
Owhhhh ni manusia zaman purba kala lah nih. Hahahaha meh aku gelak dulu. WEhhhhhh pegi lah google ke tengok kat You tube melambak-lambak kot cara nak make up. Please kurangkan beralasan dalam hidup nih. Manusia yang banyak alasan adalah manusia yang rugi.
 
Ni gambar memang tak sempat bersiap dari rumah sebab Zahin buat perangai. Pakai je foundation dulu dari rumah. Pastu siap-siap macam biasa.


Ni selepas 5 minit. Buat kat meja sendiri je. Pakai cermin kecik. Aku up tajuk ni bukan haper, kawan aku seopis ni cakap laki dia kata dia tak cantik. Woooppp!!! Memang la tak cantik dah ko pun pegi kejer muka dah macam haper. Macam muka dok kat rumah. Try tengok apa beza muka korang dengan laki korang? Kalau laki tuh jenis jaga penampilan, wahai perempuan, sila la jaga juga penampilan anda. Kalau si suami kulit lagi cerah dari kamu, sila la amik langkah lebih skit nak mencantikkan kulit anda. Bagi aku tak salah kalau spend skit duit gaji beli la supplement pape jenis sekalipun. Kalau dah kulit muka pun tebal macam kulit gajah uolls tak malu ke nak hadap suami dengan muka macam tuh? Kalau isteri dah cantik jaga penampilan, si suami masih mencari yang lain itu adalah kerana lelaki itu memang PENGGATAL!

Thursday, September 11, 2014

Kegilaan terbaru

Semalam aku terpikir nak tukar URL blog. Tak tahu nape tapi rase memang nak tukar, so petang semalam tukar jelah dari mylifefara.blogsport ke belogmummyfara.blogspot. Sebenarnya bukan mudah kalau tukar url blog nih sebabnye yang paling penting ko akan kehilangan followers. Hurm tapi takpela aku menulis bukan nak kumpul followers. Aku ske nak tulis apa yang aku rasa and aku buat so bile masa free boleh kelek-kelek balik kenangan silam. Huwa... Dah makin tua benornye tu sebab banyak benda nak kena buat dan fikirkan. 

Nak share sejak ada Muhammad Zahin Anaqi ni, Masyaallah tak tahu la nape timbul kegilaan baru iaitu mengumpul barang baby yang baru. Bukan takat baju je aku dok beli dan beli. Pantang nampak murah terus beli. Tak kire online ke offline asal berkenan aku beli jer. Padahal baju Zikri dan Zara tuh melambak-lambak dalam lemari. Mungkin ni la yang orang dok cakap penangan ada baby buat para mummy lupa diri. Aku rasa ayat tuh memang betul sebab memang kena sangat la dengan aku ni ha.

Mula-mula masa Zahin 2 bulan, rasa macam susahnye nak jalan sebab stroller lama Zikri tuh dah tak berapa elok tayarnye, so nak tolak pun berat je. Ala macam trolly yang berat kat Alamanda tuh lah jadinye sebab tayar dia dah tak betul, so aku pegi google tengok brand yang okey skit and murah. Ada jumpa kat lilwhiz.com brand Halfold tapi tak sure okey ke tak sebab review macam tak banyak so bertukar ke brand Sweet Cherry.Design cantik harga boleh tahan. Pegi survey kat Jusco Equine harga lagi mahal sampai RM700++ padahal kat Lazada baru RM500 + free delivery. So beli kat Lazada je jimat RM200. Owh zaman sekarang aku rasa beli barang online lagi murah dan mudah. Sebab kalau nak pegi Shopping mall kena bawak anak-anak pastu kalau lama sikit kelek barang muka laki aku dah bertukar jadi Hulk! Hahahaha so baikla aku kelek-kelek depan pc jer.

 

Ha masa ni baru je sampai stroller ni terus ajak adik aku g Alamanda sebab nak test jenjalan dengan stroller baru. Sungguh buruk perangai betol! Stroller nih okey dan cantik, cuma besar dan berat. Kalau pakai myvi atau kelisa, sure penuh bonet korang sebab dia makan space. Just my seposen opinion.

Bile dah masuk 5 bulan ni Zahin dah mula pandai pantang Mummy hilang je dia pun terus melalak macam kena cekik. Hahaha padahal mak ko ni berak je dik tuh pun melalak macam haper. Pastu jalan-jalan cuci mata dalam IG nampak ehhhhhh cantiknye rocker Fisher Prices nih. Dulu-dulu takde plak nak beli (mungkin sebab dulu tak berapa ada duit) so ???????


 
Beli jelah daripada aku siang malam dok mimpi benda alah nih baik aku beli jer. Pada yang nak beli Rocker Fisher Price ni elok beli masa dalam baby la macam umur sebulan dua macam tuh so korang boleh avoid beli buaian. Tapi aku anak 3 orang pun belum penah ajar berbuai, Alhamdulillah. And beli yang kala biru sebab bile mainan yang disangkut tuh ditarik, dia akan kuarkan bunyi. Compare dengan yang kala hijau, dia tak ada bunyi. Tapi kala hijau memang lagi cantik dari yang biru.


Ni gambar 2 hari lepas kot. Aku geram tengok Zahin dok ralit mainan tuh ditarik-tarik kuar bunyi, so aku pun jahat saje cakap ' hhhhhaaaaaiiiiiiiiiipppppppp' lelama. Hahahaha terus dia jadi macam nih! Kuat giler kot Zahin nangis. Aku pun terkejut tengok dia nangis macam tuh. Alololo sorry sayang mummy. Mummy janji tak buat lagi. Muah-muah!

Bulan depan kan Zahin dah 6 bulan nak start solid food, pastu asal jalan-jalan online mesti la aku jumpa Baby Bullet. Asal bukak IG pun ada. Bukak kedai baby punye website pun ada. Bukak blog orang pun ada. Haih korang ni jahat la buat aku mimpi siang malam baby bullet nih!!! GGGrrrrrrrrrrr  SOOOOOOO aku beli lah jugak! Hahahahaha.. Siyes harga dia range RM 115-180 tapi aku dapat harga RM79 kat Groupon. Baik sape-sape yang berhajat nak beli Baby Bullet nih pegi beli sekarang kat Groupon.Paling murah harga aku dapat dan siap ada beg dan ada warranty. Yup warranty paling penting sebab certain website macam Lelong.com murah gak dia offer tapi takde warranty. Safe ke tak beli kat Groupon??? Safe ler.. Aku dah macam-macam lah beli kat Groupon la Mydeal la Streetdeal la sume barang okey dan elok especially handbag! Macam kat Groupon, dia cakap 10 hari bekerja akan sampai Baby bullet aku nih. Aku order 5.9.2014 dapat barang 10.9.14. Okey lah kan????


Moga-moga mummy rajin untuk memasakkan Zahin makanan yang berkhasiat. Moga-moga Zahin membesar menjadi anak yang sihat dan soleh. Amin......
Okey sekian bebelan Mak Jemah sebab Mak Jemah nak buat kerje sekarang.
 




 

Wednesday, September 10, 2014

Owhhh zzzzz


God please help me!!!!
Ntah apa yang merasuk pagi nih sangat mengantok!
Tak boleh bukak mata.
Yang boleh dibukak cuma macam nih


v




v



v




v


Kihkihkih tapi version aku idok ler sehodoh gini lebih bersopan. Wink wink wink...
Agaknye malam ada terpikir perkara yang menyakitkan hati tuh yang tidur tak berapa lena.
Tak mengapa aku maafkan insan yang dah menyakitkan hati aku tuh.
Akibatnya bile buat kerje selak-selak dokumen ni macam ternampak-nampak tulisan ni sedang berjoget-joget. Ehhhhh apa da....

Letak kepala kat meja rasa macam dah terlena lama gilerrr padahal sekali tengok jam dah 5 minit. Auwww lega kejap. Kalau lah kat rumah ketike ni memang aku dah pasang aircond kuat-kuat pastu ajak Zahin boooobooo arghhh sedapnye.... Nikmatnye kalau dapat hug dia kiss-kiss dia punye bau masam tuh. Rindunye kat my big teddy!

Tuesday, September 9, 2014

Kembali Betugas

Iyer sudah kembali bertugas sejak 3.9.2014 setelah bercuti tanpa gaji selama 57 hari. Orang cuti bersalin paling lama 3 bulan, aku plak sampai 5 bulan. wink wink wink!!!! Alasan mengambil cuti tanpa gaji ni sebab Zahin tiada pengasuh. Yup teramat susah aku nak dapat taska yang OKEY di sekitar Putrajaya untuk jaga my big teddy nih. Kalau ada pun yang kosong, keadaan adalah AMAT menyedihkan. Aku tak nak anak aku membesar dalam keadaan taska yang sempit, pandang kiri kanan budak menangis, mana tahu satu hari nanti anak aku kejung pun orang tak perasan. Baik berhati-hati.

Maka dengan tak malu mintak jasa baik abah tolong jagakan Zahin untuk sementara waktu. Mungkin sampai dia umur setahun kot. Memandangkan abah pun tak buat apa-apa kat kampung. Nasib baik abah okey jer. Masalahnye bile duduk dibawah asuhan atok, mak aiiii manja gedek-gedek sangattttt! Pantang nangis cepat-cepat atok bangun dukung. Pantang merenggek atok dodoi. Letihnye mummy ni bile kat rumah nak buat kerje tak boleh la sebab Zahin dah biasa orang dok kelek dia aje. Tapi mummy ni hatinye kental, dia buat-buat tak dengar jer sampai kerje settle baru datang dukung. Itupun kalau keadaan tak kronik la. Kalau kronik nangis macam kene pukul, terpaksa lah mummy tangguhkan kerje-kerje mummy tuh.

Okey dah 5.30 nak siap-siap balik jumpa Zahin kat rumah. Tadi tengah hari dah janji dengan dia mummy kerje 4 jam setengah je lepas tuh mummy cepat-cepat balik :-) so janji kena ditepati. Daaaaaa

Monday, August 11, 2014

Peneman

Sekarang g mana-mana dah ada peneman. Peneman baru. Nama dia Muhammad Zahin Anaqi. Weeeee... Yerla dia kan takda pengasuh lagi so memang g mana-mana kena bawak dia. So secara auto dia memang dah jadi peneman mummy.

Monday, July 14, 2014

Minyak Baby Yang Paling Best

Introducing the best baby oil in town!!!!! Wehooooo.... Siyes sejak zaman beranakan Zara lagi aku guna minyak Tropical Herbs by Amway. Ahaks bukan sebab aku ahli Amway aku pakai okey tapi masa bersalin Zara memang dah guna set bersalin Amway so dalam tu include skali minyak baby nih. 

Setengah baby kan sensitif mak makan tak control je dia kembung kan? Pastu dia nangis jerit-jerit so mummies pun pening so serik nak beranak lagi. Hahaha.... Tapi so far pakai minyak ni aku memang tak penah ada masalah tu. Bukan cakap besar, tapi barang elok meh la share keelokkannya bersama-sama.Aku ni dah la suke makan especially coklat. Kan ada mak nenek yang cakap tak bole makan coklat nanti baby kembung la pape la kan. Minyak ni sangat aku recommeded.

Boleh beli dari aku kalau nak. Maksudnya ko bayar aku order Amway hantar kat rumah @ opis. Aku tak simpan stok kat rumah dan TIDAK BOLEH COD. 1 botol aku estimate boleh tahan 6 bulan. Macam gambar kat atas, dah guna sama baya umur Zahin, 3bulan, tak sampai suku pun lagi.

 Harga 1botol RM28 + postage RM 10. 2 botol RM 60 (dah siap postage). Harga memang mahal for those yang ske nak compare dengan Minyak Yu Yi @ Minyak Telon. Tapi sapa yang pernah guna minyak baby ni sure dia tak nak guna minyak brand lain. Sms/whatsapp: 012-2265570

Bile mood kelaut

Dah 2 minggu puasa haih maknanye 2 minggu lagi nak raya. Persiapan memang xsiap-siap lagi sebab anak dah ramai laki plak dok sibuk g sana sini. Nak g shopping lama-lama pun payah sebab Zahin ada. Pastu malam kan kejap-kejap bangun menyusu so siang hari memang letih gilos. Tuh bile laki wassap bile dia g outstation jadi kelaut je mood nak reply.

#nama panggilan dipadamkan supaya stalkers tak menjaja mulut yang jahat tu.wink wink wink

Saturday, June 28, 2014

Sharing is caring

Bila Zikri mengasuh

Balik dari kelas piano tadi si Zahin dok la nangis-nangis. Laki aku takde g kursus so pas habis kelas rushing nak masak. So suh la Zikri tengok adik dia kejap. Apehal la senyap je kan dari dapur tak dengar sore budak nangis. Sekali ku jengah dalam bilik owhhhh... Dia dok la selimutkan adik dia. Tepuk-tepuk dada... Okey good..

Thursday, June 26, 2014

Kejadian tengah hari tadi

Tajuk dah macam berita plak... Citer setiap hari pkol 11.45 biasanya adik aku yang g amik Zikri & Zara balik sekolah. Sebab time gitu aku sibuk masak dan lagi aku pun malas nak dukung Zahin turun naik tingkat 10 tuh. Tapi hari nih adik bongsu aku tuh kena hantar abang dia iaitu adik aku yang bawah aku tu g KLIA2 sebab dia nak g Langkawi.

So bergerak lah mak ni dari rumah ke sekolah dengan cuma 5 minit jer. Seperti selalu jugak aku memang tak penah parking kete masuk petak cuma berenti kejap block kete orang then teacher budak-budak ni akan bawak diaorang masuk kete. Memang senang banyak. Masa tengah tunggu turn nak masukkan zikri zara dalam kete tuh aku nampak minah sorang ni menuju ke kereta dia and dia bagi sign suh aku blah sebab dia nak keluar. Aku bukannye nak g makan pun dol aku tunggu cikgu budak-budak ni pastu aku blah la. Ko kepoh-kepoh apehal kan ko pun belum masuk kete lagi. Sekali!!!  sekali dia bole datang ketuk cermin kete aku belah penumpang. Aku turunkan la tingkap.

Lepas tuh!!! Si gile nih dia bole cakap kuat-kuat kat aku dia kata ' eh awak tak paham bahasa ke aku suh tepi aku nak kuarkan kete. Mentang-mentang hantar anak sekolah mahal berlagak!' by that time teacher, zikri and Zara dah sampai tepi kete. Aku pun cakap lah ' excuse me bahasa elok skit ya u pun tak masuk kete lagi kan' u sibuk-sibuk nak gadoh apa hal. Jiwa tak tenteram ke haper. Pastu aku nak sambung lagi teacher Zara dah menyampuk and aku pun malas nak panjangkan citer aku tutup je tingkat terus aku blah. Nak je la aku langgar pompuan gile nih tadi. Dah lah muka comot ada hati nak marah aku. Mihmihmih

Agak-agak la beb! Ko ada masalah apa pun ko nak humban kat orang buat ape. Tolerate lah skit aku bukan tinggalkan kete pun tadi. Aku berenti 5 minit pun tak sampai. Ha takpe balik nanti mak nak ngadu dengan laki mak. No kete kancil buruk ko tuh mak dah hafal. Ha biar lantak laki mak pukul ko. Bahahahahaaa....

Wednesday, June 25, 2014

Bonding time!!!

Yeah itu dia bile dia dapat peluang dukung adik dia kemain happy! Zikri sejak bertambah adik nih makin boleh di harap. Mummy senang banyak woo!! Contoh erk pas mummy bukak baju and diapers adik sebab nak bagi mandi, dia terus je amik baju masuk dalam mesin and diapers tadi masuk dalam bakul sampah. Petang pas dia nap kejap, dia terus angkat kain dijemuran. Huhuhuhu mummy sungguh berterima kasih sayang. Ok bye!! Tak moo puji lebih-lebih.

Tuesday, June 24, 2014

My sunshine

Nyanyi skit.. U are my sun shine my only sun shine.. Vavaaavaaa.. Dah lama takde baby so bile ada baby ni rasa nak gomoi je tak habis-habis. Even masa dia tido aku kiss-kiss mulut dia. Hahaha ayat tak boleh blah 'sedapnye bau mulut adik walaupun adik tak gosok gigi!!!' bahahahaha try kalo papa yang tak gosok sehari sure pitam mak ko nih!

So far dah nak masuk 3 bulan Zahin tak banyak sangat ragam. Minum susu kenyang-kenyang pastu bagi tido terus dia zzzzzzzz..... Lama gak sekali nap dalam 2 jam bergantung pada tahap kesunyian pada masa tuh. Kalau kakak and abang ada kejap je la sebab dia pun pelik agaknye sape lah yang memekak sangat nih nak tido pun susah! Hahahaha cuma dia memang tak bole panas. Kalau panas dia akan melalak tak berenti-renti. Apo lagi... Ayuhlah menabung kepada TNB dengan lebih lagi sebab aircond boleh dikatakan dibukak almost 24 hours. Vah!!!! Takpela asalkan dia tak meragam and membesar dengan sihat apa la sangat nak bayar bil letrik tuh. (ayat sedapkan hati)

Nah tengokla muka Zahin Anaqi nih yang dah nak masuk 3 bulan nih... Makin gedempol! Makin booolat!

Monday, June 23, 2014

Laki & handphone

Sejak-sejak teknologi makin canggih ni makin kurang plak komunikasi secara fizikal nih. Itu aku rase lah. Macam kadang g makan kat kedai aku perati anak-anak sibuk dengan tab and hp masing -masing mak bapak je yg sibuk sembang. Bukan pe nak mengadu nih rasa macam nyesal plak kenalkan aplikasi whatsapp tuh kat lakiku. Last year kot dia baru 'diexposekan' dengan application nih last-last skrg nih sume group dia join. Group adik beradik la, group member opis la, group member sekolah la. Haih boring btol! Kalau xda wassap nih macam kuno plak kesian plak dia jadi bahan kutukan nanti. Dah ada rasa macam menyemakkan plak.

Mana lah mek tak boring.... Balik rumah dah lah malam dalam pkol 8++ pastu aku bagi makan ape sume dalam pkol 9 ++ tuh aku dah nak tido. Ada baby nih letih mak aiii pkol 8 dah ngantok. Masa dia makan tuh la pun nak sembang-sembang. Ni aku dah la seharian tak jumpa malam bile ajak sembang dia bole dok la godeh hp tak habis-habis pastu gelak pastu buat-buat macam interested dengan sembangan aku tadi. Mau tak berapi!!!! Ha bile dah geram tuh aku nyahkan je tinggal masuk bilik baring lagi bagus.

Rasenye macam teknologi canggih macam nih mendekatkan yang jauh tapi menjauhkan yang dekat. Ke aku je yang rase macam tu orang len tak erk? Dalam wassap aku nih ada 1 je group that is group peniaga EKF tuh pun aku mute kan and tak aktifkan notification dia. Bile aku free je aku bukak and baca. Kadang bukan bincang pasal EKF tapi sembang hal anak la haper tuh yg maleh aku nak join. Aku kan sombong! Hahaha.. Pape jela labu janji aku tak kaco hidup ko udah lerrrr. Aku ske bunyi hp ni kalau orang nak order barang @ sembang dgn kwn-kwn ataupun family aku je. Lain-lain group merepek nih jangan lah nak invite memang aku tak mooo.

Sekian luahan mek yang boring. :-)

Friday, May 30, 2014

Cepatnye masa berlalu

Tengok kalendar tadi minggu depan Zahin Anaqi dah 2 bulan (5.6.2014). Cepatnye la masa berlalu. Means ada lagi 2 bulan nak bercuti berjimba kesana kemari. Pastu terpaksa rela bagi orang lain jaga Zahin sebab mummy dah kena kerje. Aduhai sedihnye.... Tapi sampai hari nih aku belum dapat pun pengasuh Zahin. Tak tau mana nak hantar dia nih. Sape- sape tau area Putrajaya ada pengasuh @ taska yang elok selain taska JPN bole la call aku nih.

Hari nih pendekar dua orang tuh Zara Zikri atok nenek dia jaga so rumah adalah sangat sunyi.vaaaa bantai tido je mummy korang takde sebab kurang bercakap dan kurang menjerit. Bahahaha kalau tak memang sore aku je la kat taman nih yang paling kuat. Rasanye bile dah beranak 3 nih aku rasa rumah dah macam haper. Kejap je bersih pastu sepah dengan mainan. Kejap je sunyi tengok tv baik-baik pastu melalak-lalak gado. Makkk aiiihhh tension wehhh.

Tapi laki aku ske aku dok rumah sebab dia balik rumah dah kemas,  kain baju dah berlipat dan yang paling penting dia tak payah buat kerje rumah 1 haper pun. Relax brader relax!!! Ecececehhh... Aku rasa tak kerje pun sama penat dengan kerje sebab nak handle anak lagi susah dari nak handle kerje. Weeee... So pendek citer aku memang tak sesuai ada anak ramai. Cukuplah apa yang Allah dah bagi kat aku nih. Jaga lah sebaik mungkin. Aminnnnnn

Tuesday, May 27, 2014

Kiddos

Hari nih ikut lakiku ke Ipoh. Saje boring dok rumah lagipun last week the whole week busy je dia yang ntah pape so dah dia ajak aku pun okey je la. Benornye tak da pape pun kat sini cuma ada wifi and ada swimming pool so dah pasti anak-anak yang happy. Selebihnye merap dalam bilik je pun.

Si Zahin pun eloknye la perangai erk tak menjerit langsung. Bangun nak menyusu pastu tido balik. Yer arghhh bilik sejuk kot econ je manjang. Bil letrik kat rumah bulan nih rm200. Pergh dapat tudung Fareeda sehelai. Bukan aku ajo berecon tapi agaknye sebab dah memang dari dalam perut kot aku pun ske tido sejuk-sejuk. Maka bile kuar budak gedobot nih dia pun nak berecon dari siang ke malam. Huiiiii mampuih omak nih nak bayar bil letrik. Si papa pun dah geleng pala jer sebab kalo balik kampung dah sah-sah takde econ takut kot bujang dia nih menjerit nanti. Huhuhu..


Pastu kakak and abang dia plak sibuk lah sorang tengok kartun kat tv sorang tengok Frozen kat laptop. Mummy buat apa? Mummy ngadap hp jerla. Zahin pun layan tido. Maka terciptala entry ini yang ntah pape. Bahhhhhaha.... Bagi aku teknologi zaman sekarang ni kadang-kadang sangat lah membantu handle kiddos dari jerit memekak. Macam sekarang ni sunyi aman damai sebab masing-masing layan syok sendiri. Sama gak kalau pegi makan kat mana-mana kedai yang ada wifi bukak kan je youtube ha senyap takda lah aku pun sama nak naik meroyan nak mengetip sapa-sapa yang notty tapi ada gak buruknye.

Buruknye Kalau macam hp tuh tak dibagi time diminta mak aiiiii dia punye merenggek macam aku tak bagi makan seminggu. Perghhh terutama si Zikri. Hoiii stress sungguh sampai bole gado la laki bini. Laki aku plak dia sangat memanjakan bujang senang sorang ni kalau salah macam mana pun dia okey jer. Jangan aku,  kalau ko memang salah memang mendapat la erk no filter-filter zara ke zikri sama je aku bagi. Hhhahahah


Monday, May 26, 2014

Tawar Menawar

Lama tak update blog sebab sibuk...weeee!!! Sibuk tau sebab i kan ada baby sekarang nih. Lagipun laptop nih macam benggong jew so lagi menambah tahap kemalasan nak mengupdate. Kalau guna HP pun bole benornye kalo rajin tapi sebab malas semua benda tak jadi...

So disebabkan laptop nih dah macam haper kan, aku pun pegi lah hantar kedai komputer kat Bangi namanya Carikomputer.com! Vaaa kerlas dol nama kedai ko.. Hahahaha!! Telah dilayani oleh seorang mamat yang agak tua dan dia cakap total cost untuk reformat + antivirus + bateri haper ntah RM168. Aku cakap lah RM150 lah bang sebab banyak dah ni rosak.. Blah blah blah mamat nih pun kire atas kertas kecik pastu dia pun angguk boleh! Okey deal!

Malam sabtu tuh dapat sms kata laptop dah siap servis harga RM168. Aikkkk tadi tengah hari cakap RM150. So aku reply la cakap harga yang telah dipersetujui ialah RM150 dia x reply!! Takut la tuh!! GGrrrrrrr nih nak marah ni. Ahad aku pegi pas amik Zikri Taekwondo dia tak bukak lagik! Burrrr geram!!! So tadi aku pegi lah pas amik budak-budak nih kat school. Okey aku tengok kat kertas tuh dia memang tulis RM168 dan aku explain lah kat budak tuh yang mamat tua tu bagi aku harga RM150. Dia kata kat sini sume muda-muda tak da orang tua! Ko jangan nak melawak dik mulut dah lah busuk tahap cipan so memang x lawak hokey! Pastu aku pun dah loya nak cakap banyak dengan orang yang macam tak gosok gigi aku pegi kaunter terus bayar RM168. Okey fine! Semoga lebih maju jaya lah bisnes anda pasni!

Laki aku cakap aku tak pandai menawar. Kalau balik terengganu dia kalo hati ada baik kaki ada rajin dia ajak lah aku g jenjalan kat Bandar Kuala Terengganu tuh so setiap kali aku nak beli apa dia suh tunjuk je. Hahahah bukan dia nak bayarkan tau tapi dia nak tawarkan. Kihkihkih aku dilarang bercakap sebab aku kan orang luar so lagi la peniaga tuh nak cekik harga kat aku. Kalau beli pape la kat mana-mana dia lah tukang tawar. Aku?? Aku tengok jela.. Kang kalo aku menawar jadi lah macam citer diatas! Boleh gado plak kang dengan orang. Bahaha..

Thursday, April 17, 2014

Diet owh diet

Hari nih dah hari ke 12 berpantang. Rasa badan pun dah semakin segar dan bertambah sihat maka berani la aku memulakan proses diet secara perlahan. Kalau 11 hari yang lepas makan nasi 2 kali sehari mulai hari nih sehari sekali jer iaitu masa lunch.

Masa tiba kat labor room ritu berat aku dah 79kg. Masa tuh hari sabtu 5.4 sedangkan masa check up hari rabu 2.4 tuh 81kg. Masa tuh kan demam tuh yang turun kot. Aim nak 50kg kalau dapat la. Hikhokhikhok... So pagi aku makan roti 2 keping and air pape lah kopi ke horlick ke pastu lunch makan nasi dengan syarat tak boleh menambah! Petang plak kalau lapar minum lah air dengan makan biskut ke. Malam sebelum makan amik ESP Shaklee 1 sudu dulu pastu buat air tambah oat dan roti 2 keping.

Tak boleh tak makan langsung malam kang gelap mata eden nih. Hahahaha dah lah boboy aku nih kot main kuat menyusunya. Malam aduh mak aiiii berapa puluh kali lah aku bangun menyusukan dia. Siyes kalau tak bertabah lah memang aku dah nangis kuat-kuat sebab kali nih memang SANGAT-SANGAT MENCABAR!!! Sume benda dari mengandung sampai la nih sume buat sendiri rasa macam haih nyesal! !!!!!! Tapi dont get me wrong i love Zahin Anaqi so damn much ya... Maksud menyesal tuh ntah la.. Takpe tarik nafas dalam-dalam, hembus.... Pejam mata bertenang.. I know i can get through all this la Allah tak kan menguji hambanya kalau dia tak mampu. Hhhahahahaha.... Nih citer diet ke luah perasaan?????

Aku lupa plak nak beli mesin timbang tuh sebelum bersalin ritu kalau tak boleh timbang berat hari-hari. Kihkihkih....


Tuesday, April 15, 2014

Ragam Zahin Anaqi

Oh my oh my dah 10 hari dah berpantang.. Ada 34 hari lagi.. Hoiii lama lagi nih nak dapat jalan-jalan. Anak aku nih memang baik sungguh la mengajar mummy nih jadi burung hantu. Siang dia punye lena tido sampai terkeluar-keluar tangan tuh, malam plak start je pkol 1 hok heh hok heh nangis nak susu. Dah bagi susu nak melekap jer. Aku pangku elok la tido jap pastu nak melekap lagik!! Haih patah pinggang mak nih!!! Aku siap tido duduk tuh.. Huhuhu...

Dulu aku ingat Zikri ada gak lah macam nih tapi apa ada hal kan masa tuh pantang kat rumah mak pak aku so anak nangis ke jaga ke aku tido je. Abah aku lah yang dok dodoi cucu dia. La ni sume benda aku buat sendiri so nangis sendiri la di malam hari... Takpela sabo jela nak buat macam mana lah kan tak kan lah mak nak packing barang balik Johor plak. Tak rock lah weiii dah tua-tua susahkan mak bapak.

Sunday, April 13, 2014

Kesian Zikri & Zara

Hari nih hari ke-8 berpantang maknanya 8 hari jugak lah aku dok perap dalam rumah jew.. Eh tapi aku ada gak kuar g klinik hari khamis tuh sebab Zahin kena kuning skit so nak cek tahap kuning dia tuh. Pastu memandangkan settle sume tuh pkol 12 lebih so lakiku bantai bawak aku and Zahin terus g amik Zikri and Zara kat sekolah. Huhuhu dapat la aku cuci mata tengok pemandangan... Best woo!!! Pastu jumaat tuh g cek kuning tuh lagi alhamdulillah dah turun tapi macam nak tercabut puting tetek nih ha dok bagi breastfeed je setiap sejam. Huhuhuhu...

La ni anak-anak aku asal nampak papa pakai seluar je tanya 'papa kite nak jalan pegi mana??' hahaaa nampak sangat boring tahap cipan dok kat rumah. Yerla sebelum nih asal hujung minggu je berjalan merayap ntah kemana-mana je. Kuar pagi balik malam. Yang pagi aku leaking tuh benornye dah plan nak g Cameron Highland untung la leaking kalau tak mau aku bersalin kat sana. Hahahaha jadi lah anak Pahang!

Hari nih besday Zikri yang ke-6 pagi tadi baru perasan. Tuh pun sebab belek hp tengok tarikh sebab bile tak kije nih hari apa tarikh apa sume tak ingat. Hahaha teruk gile! Pastu cakap kat lakiku kesian Zikri besday dia tak celebrate pun so td dia pun g lah belikan kek kecik. Kebetulan adik-adik aku datang rumah so pak ngah pun ajak lah budak berdua nih keluar jalan-jalan. Tengok gambo nih haih gembire sungguh ya kamu anak-anak dapat berjalan-jalan. Mummy jugak lama lagi nak boleh keluar. Huhuhuhu....

Saturday, April 12, 2014

Dah ada nama

Sekejapan 7 hari dah berlalu... Hari nih hari ke 7 melahirkan boboy mummy nih so Papa dan mummy namakan baby dengan nama MUHAMMAD ZAHIN ANAQI BIN MAT ZAMRI.. Semoga membesar dengan sempurna dan jadi anak yang soleh.

P/s untuk order ephyra penghantaran berjalan seperti biasa. Setiap pembelian akan dapat free gift. So order sekarang sms/ whatsapp: 0122265570

Friday, April 11, 2014

Alhamdulillah syukur

Last entry hari tuh pasal leaking kan... Hari jumaat malam sabtu lebih kurang pkol 3 pagi tengah tido tuh rasa macam basah-basah kat celah kelangkang. I is terkejut so bangun and bukak lampu toilet tengok btol dah kuar air ketuban. Tak banyak sangat tapi basah la baju tido aku tuh. Sakit pun memang langsung takde and air discaj tuh pun warna jernih dan takde darah langsung so berani sambung tido balik. Hehehe.. Pagi subuh tuh bagitau laki aku cakap dah leaking dia pun kata ok la next week dah tak payah g kije... Boleh?? Dia plak yang ske aku beranak dia tak payah kije.

Huhuhu then pkol 10 macam tuh siap-siap la nak pegi spital. Skali dah sampai kat roundbout presint 15 tuh aku cakap la tak moo lah pegi spital awal-awal sebab kang doktor tak habis-habis nak menjolok je jom la hantar Zikri g kelas piano dulu. Sebab kelas dia pkol 11.30 so sempat lagi kan.. Pegilah seksyen 7 bangi hantarkan Zikri dulu pastu siaplah singgah ke Manjaku la Mymydin lah beli ntah haper-haper. Benornye aku takut nak ingat sakit bersalin tuh sebab dah 4 tahun yang lepas kan so seriau lah.

Pastu dah habis kelas piano tuh Zikri kata Sir piano tuh suh dia beli piano untuk lebih praktis kat rumah so papa pun cakap la mummy okey ke nak jalan-jalan lagi??. Disebabkan contraction pun xda sakit cume merenggat-renggat skit je baby gerak pun okey aku pun okey lah jom lah jalan lagi.. Pegi kompleks diamond Bangi tuh tingkat 2 beli keyboard Zikri. Pas beli tuh balik rumah balik. Eh macam tak jadi beranak plak lan siap dah balik rumah lagi... Masa kat rumah tuh dah msg adik aku cakap nanti nak hantar zikri and zara suh dia jaga. Dia pun dah stand by je la kat rumah.

Lebih kurang pkol 6 petang tuh dah mula start sakit 5 minit sekali tuh tapi yang nih boleh tolerate lagi. So tiap kali sakit aku akan jalan slowly dalam rumah. Masa nih laki aku takde aku pun tak tau lah dia pegi mana. Pastu dlm 6.30 ptg bertambah-tambah sakit so aku dah ready dah nak g spital. Lakiku balik terus pegi. Tapi tuh la kan aku dah cakap hantar budak-budak nih kat adik aku dulu eh dia tak moo dengar last-last berangkut budak 2 orang nih g spital lah jugak. Yang adik aku dah tak senang duduk kat rumah sebab dari pagi msg kata nak hantar tapi tak hantar-hantar. Lantak la ko weiii aku memang dah sakit so memang tak moo pk hal lain.

Pastu lebih kurang pkol 7 lebih tuh sampai lah kat Hospital Putrajaya. Masa nih ramai orang tunggu kat Dewan bersalin tapi sekor pun tak da yang nak bagi aku duduk. Sume macam banggang je duduk buat tak tahu padahal korang dok situ nak tunggu sedara mara bersalin. Tapi takpe la kan aku pun tak selesa nak duduk baik berdiri.Kalau time contraction datang and kite berdiri dan jalan slow-slow tak la sakit sangat.

So bile nurse panggil masuk dalam tuh mula soal siasat dijalankan... Pastu masa check laluan tuh dia kata baru 2cm (ni houseman yang buat) dan macam biasa kalau kat Hospital Putrajaya akan berlaku adegan tolak menolak dengan alasan tiada wad la haper la. Mcm tuh jugak kena kat aku sama macam masa nak bersalinkan Zara dulu. Aku cakap bincang dengan laki aku lah sebab kalau nak ditolak ke Kajang memang tak moo lah aku baik aku g azahrah je sebab rekod pun dh ada kat sana. So btol lah doktor pun bincang dengan laki aku cakap nak bawak g kajang so laki aku cakap tak nak dia nak bwk g azzahrah tapi doktor cakap kalau pesakit dari spital kerajaan nak ke swasta kena isi borang haper ntah. So lakiku tunggu punye tunggu tak plak ada doktor yang bawak surat tuh.

Yang aku plak kat dalam nih dah dikejutkan dengan bacaan CTG yang tak elok. Haih tapi depa nih memang la aku tanye la ape dah jadi sekor pun tak moo explain. Siap suh aku telentang ke kiri lah ke kanan la. Rupenye jantung baby tak cantik. Dan ada lagi masalahnye dulu aku pernah refer untuk scan jantung kat situ tapi aku tak pegi. Tadaaaa..... Bile nak bersalin jadilah macam-macam hal.. So diaorang pun tak berani nak tolak kes aku g kajang. Terus aku disiap-siapkan naik wheel chair masuk labor room sebab bukaan masa tuh dah 4 cm. Masa tolak ke labor room tuh berlari-lari lah sang misi tuh sambil kat belakang cakap CTG tak cantik maka beramai-ramai la doktor meluru masuk sekali ke dalam bilik aku. Terus la aku ditukarkan baju putih tali belakang and dibaringkan dan terus dicucuk-cucuk tangan aku nih sampai lebih 7 kali kiri dan kanan sampai aku menjerit-jerit kesakitan ha baru berenti. Ko mampu tahan nak buat IV sampai berkali-kali kena cucuk macam ayam. Last-last nak cucuk kat kaki aku plak lagi la aku tak bagi. Akhirnye datang lah doktor M.O cari urat sekali cucuk terus dapat.

Pastu lebih kurang pkol 9 lebih tuh dah ready drip haper sume tuh M.O tuh suh aku amik epidural sebab tak nak aku stress and takut baby stress. Dia bagi aku baca pro and cons epidural nih so aku cakap boleh la sebab aku memang macam dah tak boleh nak tolerate lagi sakit dan lagi nih adalah last baby so nak la rasa macamne epidural tuh sebab dulu masa zikri tak sempat. Tunggu pakar bius datang tuh diaorang dah bagi laki aku masuk so lebih kurang pkol 10 tuh memang gesaan dah datang memang tak bole blah sakitnye berlari-lari lakiku memanggil misi tengok-tengok dah nampak rambut so prepare sume tuh 3 kali teran terus kuar. Perghhhh lega...

Yang kelakar masa doktor nak bersihkan aku tuh pakar bius datang nak bagi epidural. Hhhaha lambat benor ko nih datang doktor aku dah beranak dah. Takpe offer la kat orang len. Kesimpulannye 3 jam menanggung sakit tuh berbaloi lah dengan kehadiran baby boy nih. Dan lebih haru kali nih bersalin dari kat labor room sampai dipindahkan ke Pusat Bersalin berisiko rendah tuh sume doktor yang aku dapat adalah Lelaki. Redha je lah. Dah laki aku pun kata bersalin situ lagi elok dari kat private. Dah la free tempat pun cantik. Bluweeekek takut la tuh kalau kena kat azzahrah ritu harus rm2000 diberi ke orang.

Pas siap semua tuh pkol 1.30 pagi doktor bagi pilihan aku nak tido kat labor room ke nak g Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8. So pilih nak g presint 8 sebab tak moo stress dengar bunyi CTG tuh and orang jerit-jerit sakit nak bersalin. Naiklah ambulan tengah-tengah pagi buta tuh. Yang sedihnye pkol 1.30 pagi tuh zikri and zara dok lah berpeleseran kat luar kaunter dewan bersalin tuh lagi. Tapi nasib la ada orang lain yang tunggu sedara dia beranak tuh ada lagi. Itulah bini cakap tak moo dengar last-last susah ke anak-anak jugak. Walau apa pun okey lah sume dah settle tinggal nak besokan anak je la pasnih.huhuhu....

Saturday, April 5, 2014

Leaking oledy

Air ketuban dah start leaking skit-skit dari malam tadi lebih kurang pkol 4 pagi. Kali nih tak meletup banyak macam masa Zikri dulu so mummy bertahan dulu sampai rasa contraction kerap baru nak g hospital. So doakan aku ya kawan-kawan agar dipermudahkan segala urusan hari ni. Amin amin. .....

Wednesday, April 2, 2014

Unwell

Today tak sihat.... Bangun pagi mata is bengkak and tekak is gatal. Pastu hari nih turn jaga call centre. Mood adalah kelaut so memang tak hingin la aku dok kat call centre tuh so pas hantar kiddos g school aku g klinik. Terus buat antenatal check up skali so sabtu nih tak payah buat lagi. Total charge RM71 + mc 1 hari... Yeah yeah....

Lalu kat petronas berenti jap nak masukkan duit dlm CDM maybank skali ramai orang. Malas lah nak beratur. Sekalik terpandang kotak ais krim... Okey sangat sedap so beli sampai 2 jenis. Drumstick n yang dalam cup plastik tinggi tuh. Balik rumah dulu sebab lambat lagi kiddos nak habis class sambil menyantap ais krim. Sedapnyeeeee..... Pas makan terus nyesal sendiri..huhuhuhu

Those yang nak COD ephyra hari nih berjalan seperti biasa okey... Sms / whatsapp : 012-2265570

Sunday, March 30, 2014

Benda yang paling menyakitkan ketika mengandung

Ibu-ibu yang preggy ada tak kena sakit perut yang macam panas and pedih tuh?? Aku memang dari dulu ada gastrik so bile mengandung bertambah-tambah la penderitaan gastrik tuh. Minum susu full cream sekotak yang beso tuh 1 hari pun nan hado la nak baik.

Semalam citernye petang macam dah sakit perut. Wassep lakiku suh beli susu segar cakap la sakit perut. Dia reply 'sakit perut nak beranak ke?'. Asal mak jah nih cakap sakit perut je dia tanye nak beranak ke??? Tensi mak tau!!! Tapi balik tu dia bawak la jugak susu full cream tuh. Malam aku g COD ephyra area bangi pastu dah pesan siap-siap nanti nak singgah sec 3 sebab nak g Guardian beli ubat gastrik sebab tadi pagi g check up baby lupa plak nak amik sekali ubat pastu alih-alih budak Zikri nih buat perangai plak. Grrrrrr itu adalah mendatangkan kemarahan mummy!!!! Itula natijahnye kalau siang hari sepatutnye ko tido tapi g bantai tengok kartun. So malam hari dia jadi orang len la!!!! Dah sampai kedai makan dia tak moooo turun kete siap nangis jerit-jerit so laki i is tensi so start kete terus balik rumah. Arghhhh aku dah la lapo pastu sakit perut pastu kat rumah stok makan memang dah takde sebab minggu nih kan kami dok berjalan je sepanjang minggu. Maka mummy pun tido la dalam kelaparan..... Sob sob sob...

Sejam je pun aku tido pastu mule la sakit perut cery bery + gastrik. Lebih 10 kali la aku ulang alik g toilet. Yang menambah sakit hati aku nih aku tolak pintu toilet kuat-kuat pun laki kesayangan aku nih boleh terus terdodoi dengan dengkuran dia tuh!! Mak aiiiii geram!!!!!!! Sampai ke pagi aku tak bole tido. Tak tahan bile sendawa tu pedihnye sampai ke telinga. Kat jantung tuh sume perit!! Huwaaaaa stress bangat kalau preggy je mesti dapat sakit macam nih.

So pada sapa-sapa yang ada masalah heart burn @ gastrik macam aku nih masa mengandung selain ubat kat klinik yang doktor rekemen, korang boleh amik ubat nih namanya GAVISCON kat farmasi ada jual. Harga dalam rm20 je. Kat tv pun ada iklan dia kan... Dia memang sangat-sangat membantu sebab sakit tuh hilang dalam masa 5 minit and bole bertahan selama 5-6 jam. Macam aku malam memang seksa nak tido kalau baring pun rasa nak muntah so ubat nih sangat berkesan dan boleh diambil ketika mengandung dan menyusukan anak tanpa ragu-ragu.

P/s : pada sapa-sapa nak COD ephyra masih berjalan seperti biasa sehingga aku bersalin okey... Selepas aku bersalin dalam tempoh berpantang semua urusan adalah melalui pos laju. Melainkan customer sekitar bandar baru bangi yang boleh tolerate nak COD di Petronas Sek 15 pada waktu malam dalam pkol 9 keatas bole berbuat demikian (bergantung kepada tahap ke free an lakiku okey)

Tuesday, March 25, 2014

Swimming

Malam tadi pas dinner otw balik hotel tuh dengar PC dari Tok Jib pasal MH370. Sedih.... Siyes wordless.. Aku kalo period @ preggy mmg sangat-sangat cepat nak nangis. Sampai hotel masuk toilet nangis... Huhuhu terbayang la orang yang dok tunggu laki dia balik dengan selamat sekalik dapat berite mcm nih. Dah la pegi tak kembali takda kubur plak. Al fatihah dan takziah dari aku untuk semua yang terlibat..

Pastu celik mata pagi-pagi tadi Zikri & Zara dok la menuntut janji nak pegi berenang ke pool kat tingkat 11. Okies pas breakfast jom la pegi memandangkan papa uollss g kije so mummy la yang kena bawak. Ada 2 orang je budak masa aku datang tuh. Muka macam benggang je bile Zikri & Zara terjun masuk pool. Hekeleh rilex arghhh tuh bukan pool bapak uolls okey so kena sharing! Huhuhu...

Semua okey je sehingga la si Zikri ni mula menunjukkan skill kenakalan dia. Hoiii tensi mak ko ni. Dah la aku tak bawak baju so dok je la kat kusi sambil main HP. Boley tak dia g tenggelamkan kepala Zara sampai lemas. Choiiiii dah melalak meraung sampai muntah si Zara. Makanye mak jah kat tepi kolam nih pun dah nak bertukar la jadi The Hulk! Apa lagi moh la balik tak kose mak ko nak menjerit kat tepi kolam lagik. Masuk bilik sambung mandi dalam tab plak. Haih tak reti penat btol.

Monday, March 24, 2014

Ipoh Mali!!!

Bersiaran dari bilik hotel hari nih... Weeee wi fi adalah ditahap maksimum laju so sangat best surfing and downloading macam-macam. Saje je ikut suamiku branch visit so stay 1 malam kat Syuen Hotel, Ipoh. Kebetulan cuti sekolah and aku pun cuti sampai Rabu. Plan asal nye isnin - selasa kat Ipoh dan Rabu-Khamis kat Kuantan.

Tapi tak sure lagi yang nak ke Kuantan tuh aku nak ikut ke tak sebab hazabnye dok dalam kete lama-lama tuhan jela yang tahu. Aku dah 20 kali tido dan bangun tido lagik bangun haih tak sampai lagi... Adeh!!! Siap la laki aku gelak dia kata tak penah tengok aku penat macam ni padahal g KL -Ipoh jew. Aku yang bawak perut so aku la yang tau macamne letihnye. Orang len tengok je mana sama feel dia.

Sampai hotel dalam 1.30 tadi pas check in laki aku mandi-mandi and terus g opis. So dia tinggalkan duit soh aku g makan dgn anak-anak atau amik room service. Aku g makan kat Secret Recipe kat bawah nih jer. Kedai kot main lagik beso tapi kek byk takde.. Order noodle in tom yam soup pun tak de.. Haih tutup je la kedai dik non sume takde! Last-last order 2 slices cake and grill black pepper chicken jew. Pastu naik bilik terus zzzzzzz.... Haippp heaven erkk orang g kije aku bergembire bongkang macam nih.

** untuk order Ephyra boleh je order macam biasa cuma takde COD sampai aku balik Bangi la. Sms / whatsapp :012-2265570

Tuesday, March 18, 2014

Si pengotor

Aku balik kije awal kot tadi.. Puncanya tak tahan bau stokin budak depan aku nih. Punye la busuk kalah bangkai!!! Memang spoil la mood kalau dari pagi dia dh bukak kasut.. Ko bayangkan la kalau stokin tuh tak pernah dibawak balik rumah basuh. Hari-hari pakai stokin yang sama tak ke haprak baunye... Memang sialpalis btol!!!! Kalau seharian dia pakai kasut tibe dah petang jew aku dengar dia campak kasut dia kan haih memang cepat-cepat aku lari. Boleh rosak deria bau!! Kadang kalu dah tak tahan sangat aku perli-perli je dia tapi si bangkai ni boleh buat-buat tak paham. Aku seharian nih menahan bau sampaikan aku tutup hidung aku pakai tudung boleh bau downy ni pun kalah... Ha ape lagi aku pun blah g dok tempat orang len. Nasib la member aku nih cuti bersalin ada la jugak tempat nak merempat. Kalo tak memang seharian aku kena tutup hidung pakai tudung la... Ngok punye orang dah busuk pengotor suke-suke je korek hidung depan aku!!!!! Arhhghhhhh cepat la bersalin tak tahan aku!!!!

Monday, March 17, 2014

PLASTIK COURIER

Stok plastik courier dah restock balik.. Kali nih ada 3 size. S/M/L semua warna hitam dan tanpa poket. Owh ada yang tanya poket apa kat plastik nih?? Huhuhu dik poket tuh yang nak letak consignment note tuh. Kertas yang korang tulis nama korang and alamat customer tuh. Plastik akak xda ye poket tuh dan ada warna hitam jer.

Stok adalah terhad amik sikit jer sebab tak mooo simpan stok banyak-banyak sebab ahkak dah nak due bulan depan. So pape persoalan @ perlukan jawapan sila la jangan malu-malu sms @ whatsapp : 012-2265570. Walaupun dah bersalin nanti bisnes tetap berjalan so dun worry ya. Nak ephyra ke shaklee ke plastic ke boleh jer.

SEDEKAH

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi.

Monday, March 10, 2014

Kerahan Tenaga

Aku kan tiap hari amik Zara and Zikri pastu bawak balik kuarters. Tiap hari memang masak la untuk lunch sebab kalo beli 1 hal tuh dah la mahal pastu tak sedap. Pastu rasa macam kesian plak la anak - anak aku tak makan air tangan aku. Ngeh ngeh ngeh.. Dok manjang beli kat kedai nanti beso tak ingat mummy dia masak apa yang sedap. Weeeee.... Dok ingat kedai itu ini je yang masak sedap tak best plak. Masak simple-simple je macam sup ke kari ke lemak cili api ke. Yang mudah-mudah yang dalam setengah jam dah bole makan.

Pastu budak-budak nih plak asal balik rumah kan kena mandi... Haih bukan main lah terjerit-jerit bergaduh masa mandi. Yang aku seriaunye depan rumah aku nih masa aku baru duduk ritu dia jatuh bilik air pastu dead! Ha aku conpom-compom la takut kan jadi benda yang sama kat anak-anak aku.. Disebabkan dah selalu sangat suara aku nih kedengaran 1 blok so aku suh Zara mandi dulu pastu Zikri plak aku kerahkan dia buat nih:





v



v




v




v

 

Ha padan muka... Aku suruh dia pilih bawang la..Tumbuk bawang la... Amik barang dalam peti ais la.. Pape je la keje yang boleh buat dia berhenti mengusik Zara dalam toilet dan menggurangkan pitching sore aku nih jadi lantang. Hahaha... Tapi 1 benda memang nak puji Zikri nih dia memang boleh diharap. Kalau balik kerje aku penat kan aku suruh dia angkat kain dia angkat. Kalau aku suh dia angkat barang dari dalam kete dia buat.. Memang niat aku nak train dia jadi laki jangan malas! Aku tak boleh terima kalau asal nama LELAKI so dia tak payah susah -susah angkat kain/masak/basuh pinggan! Sume tuh kononnye keje bini... Ha macam ada sorang pompuan nih cakap macam tuh kat aku! Perghhhh kalau si bini memang dok rumah goyang cipap je boleh la ko nak cakap macam tuh. Nih laki bini kije so mesti saling bantu membantu! Baru rumah tangga bahagia!
 

Friday, March 7, 2014

Masa dulu vs Masa sekarang

Tadi duduk-duduk sambil tunggu Zikri habis taekwondo nampak budak nih tengah main-main sorang-sorang.Sekali dengar dia mintak air kat mak dia. Mak dia jawab takda duit minum air kat rumah jer. Tengok muka budak tuh terus sedih. Daripada cara pemakaian anak beranak tuh nampak macam comot skit la. Mungkin sebab sekarang kan tengah bulan agaknye budget pun dh longgar kot. Tapi siyes muka anak tuh mcm terus sedih.

Teringat 7 tahun lepas masa aku baru-baru kawin. Masa tuh aku kije kat TM laki aku dah kat syarikat sekarang tapi masing-masing gaji ciput. Pastu ada macam-macam plak masalah sampai la aku mengandung tuh ada 1 hari tuh aku nak makan bihun tom yam cakap la kat laki aku kan teringin....ha bukan nye dpt semangkuk bihun tom yam tapi berbakul-bakul dia bebelkan aku! Haih sentap mak siap nangis berhari-hari.Hahaha... Tapi btol masa mengandung Zikri aku rasa hazab sangat-sangat. Dengan macam-macam masalah dengan nak porak peranda rumahtangga aku lagi hoiii sangat menguji kesabaran. Boleh kata tiap malam aku menangis. Tuh agaknye 37minggu mengandung aku dh bersalin.

Beza plak dengan keadaan sekarang pas 7 tahun aku nak makan ape ke nak beli ape ke ske hati aku la..Huhuhu siyes. Kadang tengah jalan ok terbau roti canai aku g je terus singgah kedai. Makan sekeping je pun pastu balik. Makan sorang pun takpe. Kadang terlintas nak makan cheese cake tengah hari sebelum g amik budak-budak aku singgah SR terus beli 1 slice. Dah tak payah la nak ngadu-ngadu kat laki cakap teringin itu ini.. Itu la gaknye sedap je dia cakap aku ngandung tak da nak mintak makan macam-macam walhal sume craving tu aku sendiri yg penuhi.Untung la!!!! Dan lagi aku percaya kalau mengandung tuh memang dah dirancang awal-awal takda istilah xcdent ko memang akan enjoy la pregnancy tuh sebab ko dah ready dari segi mental dan fizikal.

Ingat dulu masa nak beli kelengkapan sambut Zikri aku cuma beli 10 helai je baju baby. Barut and bengkung mama sediakan. Sekarang nih plak asal pegang je baju baby terus lakiku tanye nak ke?? Cantik nih. Terus amik dah tak tengok harga. Bahahaha! ! Botol susu dulu pun amik yang paling murah cap anakku. Sekarang plak kalo tengok ada cap Avent ke Tommy tippee ke haper ehhhhh murahhhh beli jer... Bersyukur la dengan peningkatan taraf hidup nih.. Yang penting jadi manusia tuh hidup biar rajin dan selalu berusaha. Baru la ada kemajuan tak la sentiasa ditakuk lama.

Ha punye la banyak beli baju sekali baru perasan yang sarung tangan and kaki xda...Kihkihih ada harapan nak pegi nyopping lagi nih.. Yang anak dulu-dulu punye baju memang dah takde..Ada yang aku bagi kat orang ada yang aku bagi anak buah laki aku..Tapi aku memang tiap kali mengandung memang beli baju baru.

Ni citer petang tadi... Pas hantar zikri g Taekwondo singgah jap kat Darussalam nak beli kuew teow sebab esok laki aku kije.. Sekalik lalu depan kedai mamak tuh haih sedap plak la tosei nih nampaknye... Ajak Zara jom kakak kite pegi ngeteh! Hahahaha makan lah dua beranak... Sedap woooo... Pas makan baru ada tenaga nak g Darussalam beli kuew teow je pun!Hahahaha

March sudah

Arghhh dah masuk bulan mac dah...Haih cepatnye masa berjalan... Dah tak lama lagi baby Z nak kuar dah nih. Keadaan sekarang memang cepat letih and cepat je rase nak marah.. Yerla badan dah penat senang la nak ngamuk.Hehehehe... Pinggang memang tak boleh nak citer tahap kesakitannye.. Yang peliknye sakit memang belah kanan jew.. Kalau dah buat kije kat opis kan duduk je kan pastu nak bangun mak aiiiii hazabnye!!! Puh cepatlah bersalin tak sabo mummy nak berurut nak g spa sume..

Persiapan?? Macam nak sambut baby sulung! Ingat kan macam tak de baju je so asal kuar je g mana-mana nampak baju baby beli dan beli.. Sekali hari ahad lepas aku kira baju baby je dah ada 35 helai! Kihkihkih... Yang tak tahan laki aku cakap xpe pasni jangan rancang lama-lama cukup 2 tahun mummy kena pregnant lagi! Amboiiiii !!! Memang tak la kan! Cuma sekarang nak shopping untuk kelengkapan menyusu plak. Aku kan orang kampung so aku lagi ske baby aku full breastfeeding. Kalau orang bandar ske anak dia minum susu mahal-mahal so kalau bayar susu kat kaunter beratus-ratus siap jeling orang sebelah nak tunjuk anak dia minum susu mahal! Ngeh ngeh ngeh!!

Saturday, March 1, 2014

Kelas Piano

Hari nih bermula la kelas baru untuk Zikri... Kelas apa??? Kelas piano. Sebulan rm100 seminggu sekali bertempat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Terpaksa amik hari Sabtu sebab tak mooo rushing dari Opis terus kena hantar dia pegi kelas piano plak. Kang aku pengsan kat tengah jalan lagi susah.Huhuhu

Tuesday, February 18, 2014

Baby Adra Afieya binti Adzriefaiz

Tadi blogwalking kat blog kak neena dia ada story pasal baby Adra Afieya binti Adzriefaiz.Adzriefaiz nih pengacara Program Makan Angin. Tv berapa aku pun tak tahu..Ngeh ngeh ngeh... baby dia nih menderita penyakit hati tahap kronik dan memerlukan transplant dengan segera. Yang aku baca kat blog Sedara ke kawan pada mak baby nih pembedahan tuh akan dibuat kat Singapore. So cost dia memang mahal la... 

Pada sesiapa yang berkemampuan nih kalau ada account Maybank, Jom kite sedekah skit.. Kalau RM10 tuh banyak sangat pada korang, sedekah RM1 je pun takpe yang penting ikhlas dan dapat sedikit sebanyak membantu family nih uruskan pembedahan anak mereka. Sekarang nih time diaorang susah mana tahu akan datang benda yang sama kena plak kat kite kan..

Sumbangan boleh dibuat ke akaun maybank seperti yang diatas ya...



v



v



v



v




v

Pada mereka yang ada masalah pigmentasi, boleh lah mencuba Ephyra. Sehari minum 1 sachet dengan kesan paling awal boleh didapati dalam masa 10 hari. 
Ada 2 pek Ephyra iaitu: 
1. Trial pack : RM 68 (10 sachets)
2. Full Pack : RM 197 (30 sachets)
sms/ whatsapp : 012-2265570

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...