Saturday, April 13, 2013

Dumex Dugro

Hari nih semperna besday Zikri yang ke-5 tahun, papa ajak pegi jenjalan sambil pegi beli barang-barang keperluan yang lain la. Sebabnya petang nanti papa nak kena attend 1 agency award kat KL. Teringat yang susu budak-budak nih dah nak habis, mummy pun ajak la papa pegi Manjaku. Selamat duit mummy mu ini jika pergi bawak papa..huhuhuhu

Aku dok la pikir-pikir nak beli susu apa lah kan. Zara sejak demam hari tuh dia macam tak berapa lalu nak minum susu vanila. Bila lalu kat rak Dugro tuh, rasa macam tertarik plak tengok packaging baru dia..SO COLORFUL! Pastu harga pun murah skit dari susu yang selalu aku beli tuh. Sebab utama tertarik dengan Dugro nih adalah perkataan ' Untuk perut ceria'. Zara memang jenis perut meragam. Kalau tukar je susu mula la dia nak membuang tuh sambil menangis-nangis. Pastu apalagi amik 2 beg. 1 perisa Fruit & Veg dan 1 beg lagi Coklat Strawberi.
Lagi 1 sebab mummy sangat-sangat tertarik nak beli susu nih sebab apa tau??? sebab Dugro ada 5 power nutri! Biasalah mak mana lah yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak kan...dah la murah pastu banyak plak khasiat. Pastu yang paling penting kurang sukrosa!

Thursday, April 11, 2013

JERAWAT?MENGGERUTU??


RM 197/ 30 SACHETS
TAK MAMPU NAK BELI SEKOTAK??
BOLEH BELI 1 SACHET @ RM6.50
HUBUNGI: FARA-0122265570

Tuesday, April 9, 2013

Rembau Most Wanted..Yaw...

I extremely HATE this song!!!!!!
Macam banggang jer ...
Dengar jer lagu nih cepat-cepat aku tutup radio.
Agak-agak dalam 5 minit pastu baru on kan balik radio.
 

Thursday, April 4, 2013

PROMOSI SET BERSALIN AMWAY (TROPICAL HERB)

Bersemperna Bulan kelahiran Zikri iaitu putera sulung aku, maka dengan ini set bersalin Tropical Herb Amway akan dijual pada harga RM285( tak termasuk postage)

Set lengkap ini mengandungi 10 produk untuk diamalkan oleh si ibu dan bayi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian :
1. Untuk dimakan:
* Teh Herba
* Kapsul Lepas Bersalin 1
* Kapsul Lepas Bersalin 2

2. Untuk kegunaan luaran:
* Herba Pembersih Wanita
* Herba Mandian
* Minyak Urut Herba
* Minyak Bayi
* Campuran Peramping Perut
* Campuran Penghangat Badan
* Campuran Penenang
*PERCUMA Bengkung!



Bengkung nih panjang. Untuk orang yang tak berapa nak tinggi macam aku nih, kepanjangan bengkung tu adalah sekitar sejengkal nak kelutut. And selesa sangat-sangat.

So jangan tunggu lama-lama, NAK ORDER???? FARA-012-2265570. Sila berikan aku masa 5-7 hari bekerja untuk aku buat penghantaran barang sebab nak kena order dari HQ dahulu. Nak delivery boleh tapi sekitar kawasan Bandar Baru Bangi dan Putrajaya sahaja.

Sentap tau

Korang kan selalu tak kena kalau time bayar makanan @ beli pape jer lah kan pastu kan ko dah hulur tangan nak amik duit lebih tuh, makcik kedai tuh hempok je duit ko kat meja???? I is SENTAP lunch tadi ada lebih 70sen pas beli nasi, pastu aku hulur lah tangan nak amik duit tuh boleh ke dia letak je atas meja. pastu next customer belakang aku adalah lelaki. aku perati je tengok dia letak duit tuh atas meja atau hulur...boleh plak hulur elok-elok..Makcik memang nak menggatalkan!!hahaha..


Orang niaga nih kalau muka tak mesra alam aku memang tak suke..And selalunya aku akan tidak repeat order kalau si penjual muka macam harem! Sebab tuh kalau aku jumpa customer aku akan seboleh mungkin ceria-ceria selalu and share experience dengan depa sume pas beli barang-barang jualan aku. sebab tuh aku banyak yang repeat customers.Aik bukan riak tau just bagitau jer...

Tuesday, April 2, 2013

Homework

Minggu nih pas naik cuti sekolah seminggu punya la banyak homework zikri kena buat. Malam nih je kena pulun 5 pages. Ada 2 buku. Aku tiap-tiap hari  sebelum g hantar dia ke transit aku akan cek siap-siap beg Smart Reader dia so aku akan alert yang dia ada homework untuk hari tuh dan aku tak akan balik keje lambat. Pastu sampai je rumah terus masak and bagi anak-anak makan sebelum pkol 7. Wah very tired woooo sampai rumah around 6.30 terus masak untuk budak 2 orang nih. Dah mandi terus suap makan dinner. Pas mahhrib jer terus buat keje sekolah. Tapi kelemahan anak- anak aku nih adalah PAPA diaorang. Bila dengar je kete Papa balik makkkaiii berterabur sume buku. Si papa plak bile suh ajar anak, tak sampai 10 min kuar bilik. GIVE UP!! Dia sangat la memanjakan anak terunanya. Nak buat apa sume pun boleh. HAIH.... Mummy gak yang letih. Ni dah pkol 10.30 tak siap lagi disebabkan banyak sangat iklannya. Laki aku agaknya ingat senang nak ajar anak dia belajar kot. Bila aku kuat je suara dia masuk bilik cakap jangan marah anak nanti tak pandai. Ha dah kena dia yang mengajar 10 minit dah blah. Mengangkang tengok tv berjam-jam boleh la.



Monday, April 1, 2013

SET BERSALIN AMWAY (TROPICAL HERB)

UNTUK ORDER:
012-2265570 (FARA)



KELEBIHAN PRODUK SET BERSALIN AMWAY – TROPICAL HERBS


1. HERBA MANDIAN – Herba dan bunga tropika yang sangat harum untuk menyegarkan semula tubuh dan membangkitkan mood. Herba-hrba lain seperti serai wangi dan daun limau purut melegakan lenguh-lenguh dan sakit otot manakala kunyit dan usnea barbata memberikan khasiat antibakteria dan antifungus untuk menangani masalah kulit yang ringan termasuk kegatalan dan ruam. Herba ini juga boleh diletakkan di dalam periuk sauna ketika bersauna untuk menyegarkan badan.

2. MINYAK URUT HERBA – Minyak yang dicampur khas daripada herba-herba yang direbus secara teliti. Rumusan zaman berzaman yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan, memberikan khasiat antibakteris, antispasmodik, antifungus dan astringen. DIbuat menggunakan minyak kelapa sawati yang kaya dengan vitamin E dan A, ia juga dapat menghangatkan kulit dan merangsang peredaran darah untuk merehatkan otot yang tertekan akibat proses bersalin.

3.  MINYAK BAYI – Rumusan semulajadi yang berkesan untuk mencegah angin dan kembung perut bayi. Ia dirumus menggunakan 100% tumbuhan dan minyak pati tanpa mengandungi menthol atau mentil salisilat. Boleh digunakan setiap hari ke atas bayi, hanya satu atau dua titis setiap penggunaan sudah mencukupi.

4. CAMPURAN PENGHANGAT BADAN – Apabila disapu pada seluruh badan, ia membantu peredaran darah dan mengurangkan bengkak air. Herba-herba yang digunakan dalam campuran ini termasuk halia, biji hitam, buah pala, bunga cengkih dan kunyit.

5. CAMPURAN PENENANG – Mengandungi herba yang menyamankan seperti biji hitam, daun turi dan asam jawa. Ia membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kurang tidur. Calit sedikit pada dahi juga mennyegarkan dan mengurangkan rasa berat di sekitar mata.

6. CAMPURAN PERAMPING PERUT – Tanah liat yang ditulenkan dengan air limau nipis dan herba-herba yang dikisar digunakan bersama dengan bengkung membantu ibu-ibu mengetatkan bahagian abdomen dan membantu mengempiskan perut disamping mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin. Juga berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda hitam pada bahagian perut.

7. HERBA PEMBERSIH WANITA – Melegakan ketidakselesaan disebabkan keradangan di bahagian alat sulit. Campuran herba yang begitu harum ini dapat menhilangkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit. Ia juga tinggi kandungan tanin yang membantu mengecutkan tisu alat sulit dan mempercepatkan penyembuhan. Mengandungi herba-herba seperti sirih,kunyit,manjakani,halia hutan dan daun jambu batu.

8. TEH HERBA – Tonik yang diilhamkan daripada rawatan selepas bersalin yang diamalkan oleh keluarga diraja Perak. Ia digunakan sejurus selepas bersalin untuk membersihkan sistem dan menyingkirkan darah beku dari rahim. Mengandungi kunyit, manjakani, halia, jintan putih dan hitam. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan keradangan tisu vagina.

9. PIL SELEPAS BERSALIN 1 – Pil yang membantu mengembalikan tenaga , melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Menggabungkan herba yang digunakan secara tradisional dalam sistem ayurveda dalam bentuk kapsul sayuran juga shatavari yang meningkatkan pengeluaran susu.

10. PIL SELEPAS BERSALIN 2 – Pil ini membantu ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal secara dalaman an luaran. Mengandungi kombinasi herba yang sangat astrigen untuk membantu pengecutan rahim dan otot vagina.

11. BENGKUNG KAPAS – Digunakan bersama-sama campuran peramping perut, ia memejalkan otot dan kulit perut, menggalakkan postur yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi dan membantu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin disamping mengempiskan perut.

EPHYRA @ RM197

Mulai April 2013, harga EPHYRA adalah RM197 sehingga diberitahu kelak. Harga asal adalah RM228. Ini bermakna anda jimat RM31. COD area Bangi dan Putrajaya sahaja. Area lain penghantaran adalah menggunakan khidmat Pos Laju. Bayaran sebelum pukul 12 tengah hari akan di pos pada hari yang sama.
Untuk order boleh hubungi Fara: 012-2265570

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...