Wednesday, January 29, 2014

Kepala Ting Tong Ting Tong!!!

Adeh.. sakit kepala... Hari nih plak trun kena jaga call centre. Aku punye pening sampaikan aku tengok jew tepon tuh kelip-kelip. Puncanye semalam aku minum banyak btol air kopi. Ntah nape tetibe macam craving wawa sedapnye bau kopi. So pagi breakfast minum kopi, petang minum lagi dah malam pas makan aku minum lagi. Akibatnye pkol 3.30 pagi aku tak tido-tido lagik! Haiya!!! Ditambah malam tadi laki ku ngada-ngada demam plak so dia kata jangan pasang aircond kuat-kuat. Okey... Pasang 25c jer.. Pastu anak-anak sume peluh-peluh. Aku pun! Okey tak tahan matikan aircond terus bukak pintu bukak kipas. Dengan harapan udara kat luar tuh boleh membantu menyejukkan bilik. Adalah sangat harapan!!!!! Tak tahan nampak Zikri duduk bersila peluh-peluh tengah-tengah malam.. Bukak balik aircond 20c plak. Pastu agaknye laki aku terlampau sejuk dia blah g bilik tengah! Okey aku bangun terus on aircond 16c. Pergh terus lena! Gila btol sekarang tak boleh tido kalau tak sejuk. Aku siap tukar baju sebab bau peluh menganggu tidur ku.

Siyes aku preggy kali nih sangat lah menyeksakan! Dari awal bleeding teruk sekarang dah sarat memang letih giler.. Pastu back pain! Sangat-sangat sakit! Aku nih sampai kalau dah duduk aku tak nak bangun dah sebab bile bangun perghhhh sakit gilos! So sekarang memang sangat-sangat avoid perjalanan jauh. Laki aku ajak g outstation pun aku tak nak ikut. Kalau drive sendiri pun kaki kiri dah masuk nak angkat kaki kanan masuk kete pun amik masa. Siyes sakit gilerrrr!!! Hoiii cepatlah beranak!! Tak tahan sakit satu badan dah nih.. Penah 1 malam aku tido sekali bangun sebab sakit belakang. Duduk jer termenung tengok laki den hamboi-hamboi comel btol tido lena aku nih menahan sakit! Pastu nangis sorang-sorang hujung katil. Nak ngadu kat sape kan... Nangis sorang-sorang jerla.


Saturday, January 18, 2014

OmegaGuard SHAKLEE


Siapa yang memerlukan OmegaGuard Shaklee nih???

 ■IBU HAMIL
-Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
-Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan -Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
-Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

■IBU MENYUSU
-Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga
-Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

■KANAK-KANAK
-Minyak Ikan Omega Guard Shaklee untuk anak yang mudah dapat sakit demam, batuk dan selesema -Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
-Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma Memperkuat sistem imunisasi badan

■MASALAH BERAT BADAN
-Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.
Orang yang sering dilanda masalah kesihatan Batuk berkahak, selesema berterusan Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi Sakit Stroke 


Mengapa OmegaGuard Shaklee??



  Nota Penting: Cara beri anak makan Omega Guard?

**Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin, boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka. Pengalaman saya sendiri saya akan campurkan dalam makanan anak terutama makanan yang berasaskan seafood seperti spageti prawn olio, nasi goreng kampung versi kanak-kanak, sandwich tuna dan lain-lain. Saya pecahkan softgel dan picit keluar minyak ikan dan gaulkan dengan makanan semasa makanan suam (jangan campurkan ketika memasak)
 
**Jika anak anda sudah cukup besar dan pandai menelan Omega Guard adalah dalam bentuk softgel (halal) dan mudah untuk ditelan.  
 
 Ingin dapatkan Produk Shaklee dengan harga Ahli???
Hanya bermodalkan RM75 untuk yuran keahlian seumur hidup disamping dapat menjana pendapatan sampingan. 
Sms / whatsapp : 012-2265570


Pembekal Plastik Courier

Salam hujung minggu

Nak inform 1 lagi bisnes baru lagi untuk tahun nih...



v



v



v



v



v


v


 Tada....!!!!!! Plastik courier!!!
Memang susah kalau buat bisnes online tak de plastik courier mcmnih.
Setakat nih aku amik stok yang saiz dia 40 x 51 + 4 cm.
Besor!!!!
Boleh muat 2 kotak kasut @ 2 kotak ephyra.
Warna hitam SAHAJA.
InShaAllah akan bawak masuk banyak lagi size plastik courier nih.
Kalau ada pape request just sms/ whatsapp : 012-2265570
Harga confirm jauh murah dari supplier lain! Ngeh ngeh ngeh!!

Wednesday, January 15, 2014

VIVIX SHAKLEE

10 KEBAIKAN VIVIX!

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan



Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :


• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


sms / whatsapp : 0122265570

Monday, January 13, 2014

Bubu Dalam Kenangan

Baru-baru ni aku ada bela kucing parsi..Baby lagi dalam 3 bulan la umurnya. Untuk makluman aku ni bukan lah penyuka kucing.. Memang geli dan takut dengan kucing.Kalau makan kat kedai pun ada kucing ngiau ngiau bawah kaki sanggup aku duduk sila takut dia gigit kaki. Sekali hujung tahun lepas adik aku pegi makan ada sekor kucing nih dok lah ngekor dia.Agaknye sebab comel adik aku pun angkat la dia naik motor bawak balik.Masa tu tak tahu lagi yang Bubu nih spesis Parsi. Sampai la keesokkan harinya tuh baru perasan. Sebabnye adik aku jumpa Bubu nih kat kedai makan mamak malam pkol 1 pagi! Huhuhu.. So dia pun geram dia kol aku kata nak bela kucing la sebab dia suke Bubu nih jenis aktif.

Punya la adik aku nih sayang sangat kat Bubu nih, dia boleh share duit dengan kawan dia pegi beli sangkar kucing dan bekas makanan bagai. Dah namanye kucing Parsi dia macam leceh sikit lah nak jaga. 2 minggu yang pertama aku jaga tuh dia tak nak makan and macam sakit. 2 kali aku pegi klinik haiwan. Dah la aku nih penakut kucing gagah lah jugak angkut Bubu nih pegi klinik. Yang tak tahannye masa nak kena suap ubat. Haih memang tak la aku nak pegang kan...hehehe tuh sume aku pertanggung jawabkan pada adik aku. Bila dah sihat makan pun dah banyak, berlaku la episod sedih... Hew...........

Pagi sabtu tuh adik aku kuar pegi KL nak beli baju lah katanya. Dalam pukul 9.00 malam tuh dia ada datang singgah rumah aku. Dia cakap dia belum balik Putrajaya lagi. Aku dah macam berdebar tetibe plak sebab adik cakap dia kuar dari pukul 10 pagi sampai sekarang belum balik rumah lagi. Pastu dia cakap dia lupa nak pasang lampu.. Haih nape lah aku rasa tak sedap hati kennnn... Sekalik aku pegi kuar makan dalam pkol 10 malam la pas adik balik. Dia kol dengan suara yang kelam kelibut kata BUBU TAKDE dalam rumah! SUDAH!!!!!! Aku suh dia tengok tingkap bilik mana yang terbuka... Rupanya tingkat bilik mainan Zikri terbukak sikit... Aku suh adik tengok kat bawah rumah... HURM....

v



v



v



v






Keadaan Bubu masa jumpa tuh elok lagi and masih panas. Aku jangka dia binggung duduk dalam gelap and lama sangat kena tinggal tuh yang dia terjun dari dalam bilik Zikri. Sebab dalam bilik tuh je yang terang sebab ada cahaya dari luar. Tak boleh bayang la macam mana sakitnya Bubu terhempas dari tingkat 10 sampai kebawah. Adik aku dah menangis-nangis macam haper dah masa kol tuh..

Kaki dia terkulai..Patah la kan sebab jatuh tinggi sangat..Ada kesan darah kat rumput. Sedih memang tak boleh cakap la. Dalam sebulan aku jaga nih dah banyak dah habis duit hantar dia pegi Vet, mandi, beli makanan yang elok. Tengok perut dia pun buncit dah. Tak macam masa mula-mula aku jaga dia dulu. Aku masa nih tengah makan kat kedai mamak sekali laki aku nih dok lah provok cakap macam-macam... Ha aku nih dah lah cepat sedih sekarang nih apa lagi..... Aku nangis kuat-kuat kat kedai! HAhahahaha terkejut laki aku! Ada ke dia cakap nak belikan aku kucing kampung senang sikit jaga la macam-macam la. Ha bile tengok aku menangis, Zikri pun nangis... Teresak-esak siap nak guna  tepon aku nak kol Paksu dia. Dah jadi adegan nangis menangis kat kedai makan! Siyes Bubu nih manja tau.Kalau aku masak kat dapur dia ikut pegi dapur. Zara Zikri mandi dia pun ikut tunggu depan toilet.. Memang rasa kehilangan giler lah dia mati. Mama and abah pun sayang giler kat Bubu... Nih la sebabnye aku tak suka bela kucing sebab kalau dia mati aku nih dah jadi macam haper dah..





Nih video terakhir Bubu mengusik Zara dan Zikri masa tidur.. Kami kalau tidur kat rumah memang sorok kaki dalam tilam toto sebab nanti kena gigit dengan Bubu...Sekarang semua tuh dah tinggal kenangan...

Thursday, January 9, 2014

Walaupun MC.....

Hari nih tak sihat... Sib sob sib sob... Siyes bangun tido backpain giler! So aku pegi la klinik and doc Jasmine bagi MC. Bagi la 2 hari kennn ni sehari jew.. Huhuhu lagi mau demand.. Tapi benornye hari nih aku memang banyak agenda nak dibuatnyer. Nak g update buku ASB,amik Ephyra and check up kat P9. So dah alang-alang dapat mc tuh aku pun settlekan la semua yang sepatutnya.

Pagi tadi mana-mana customers yang ada dalam contact hp aku dah aku sms pasal Ephyra 2 kotak @ RM360. Promo sampai ESOK SAHAJA. Pastu harga adalah 1 kotak RM197 dan 2 Kotak RM380. So sape-sape yang berminat boleh sms @ whatsapp aku 012-2265570.

Citer tadi g bank nak update buku ASB. Aku g bank tuh pas settle kat klinik dengan doc.Jasmine so memang kat tangan ada pegang plastik ubat la kan. Masa cakap kat staf RHB Bank tuh nak update buku, dia terus bagi aku nombor and terus letak buku aku kat kaunter.Hehehe siap cakap kat member dia pregnant lady. Makanya mak pun gumbira sebab tak payah susah payah nak beratur panjang mcm orang lain. Mak pun keluarkan lah buku ASB 1 family dan update kesemuanya sekali. Huhuhu 5 minit jer diperlukan terus settle urusan mak!Kihkihkih orang len tengok haku mesti berapi sebab masa tuh pkol 10 dah beratur sampai depan pintu bank. Daaaaaa..... Akak chow dulu! Kalu kena beratur panjang-panjang aku pun tak hingin baik aku balik rumah baring tidur.

Owh tadi g check up kat P9. Aku ingatkan mcm dah tak nak continue lah kat situ lagi tapi tadi aku nampak sorang pompuan nih perut besor giler. Aku jangka dia mesti dah tinggal tunggu hari jer sebab hidung pun dah kembang-kembang sekali aku tengok dia nangis-nangis and kena naik ambulan. Kebetulan aku masuk bilik rawatan tuh nurse yang handle kes dia tuh cakap la aku 2 minggu lagi kena minum air gula. Aku cakap aku tak nak sebab aku nak terus continue kat AZzahrah jew pasni. Sekali dia cakap pompuan tuh tadi dah 39w and baby dia dah 2 hari meninggal dalam perut. Alamak!!!!Tatutnyer.... Menurut nurse tadi tuh sekarang nih tak tahu kenapa terlalu kerap kes baby meninggal dalam perut. Dia kata boleh jadi dalam 1 minggu 1 kes. Kawan Aku pun last week 5 bulan dah terbesalin and of course la baby dia meninggal. Pastu aku terus macam termanggu-manggu dah blur nurse cakap apa pun aku dah tak berapa dengar... Nanti la balik aku tanya laki aku macam mana.. Dia tuh kang kalo aku cakap dia buat dunno jew benci tau!!!

Aku rasa sekarang nih tekanan hidup yang tinggi lah buat orang stress tuh yang jadi kes macam-macam.. Haih semoga baby mummy dijauhkan dari segala musibat lah. Amiinnnn....

Wednesday, January 8, 2014

Azam 2014

Hari nih dah 8hb Januari?? Phew kejap giler dah masuk 8 hari kat tahun baru... Apa azam tahun nih?? Aku? Hurm kalau cakap pasal azam tiap tahun pun berazam nak kumpul duit banyak-banyak.Huhuhuu tapi tak kayo-kayo jugak! Ngeng!! Tahun nih belanja makin besar. Anak makin ramai.. 2 @ 3 bulan lagi dah nak masuk anak 3 orang.. Sekarang taska pun dah mahal.. Abang and kakak dia pun dah sekolah mahal so banyak lah belanja sekarang nih. So, cakap kat laki aku tahun nih marilah meningkatkan tabungan kurangkan taburan duit kejalan yang tak berapa berfaedah.. Dia macam biasa kalau aku cakap dia diamkan ajer.Hehehehe...

Bisnes baru
Tahun nih nak menambah pendapatan kena lah tambah barangan.. So dah beberapa hari nih survey a few product yang famous kat market sekarang ni. Dah decide ada beberapa barang yang berbaloi kalau jadi ahli and jual online... Pada peminat Ephyra still ada...Esok aku pegi restock eh. 2 Hari nih habis stock payah tol order online HQ plak lambat hantar. Ada customer yang paham okey lah sanggup tunggu, yang tak berapa nak paham, aku tak kisah kalau korang nak cari agen lain. What to do la kan anggap jew takde rezeki.

Bukak account syarikat
Walawehhh macam ada company besar! Hahahahaha gelak guling-guling. Aku mana ada kedai ke haper jangan salah anggap okey cuma nak pastikan flow duit bisnes tuh betol-betul masuk dalam account syarikat sebab aku kan kije gomen. Kije gomen nih macam-macam hal lah! Kang ada plak yang ragu-ragu tentang kekayaan aku nih dah g report kat SPRM dah satu hal kennnn...Kuikuikui! Padahal aku nih kais pagi makan pagi kais petang makan petang jer tuh pun ramai yang nak menyibuk dengki kat aku. Apalah kan orang melayu nih suke pendengki. Pantang nampak orang banyak duit sikit mesti nak cakap belakang-belakang. Contoh ada 1 hari tuh aku g beli kasut kat Alamanda, tetibe jumpa budak opis. Siap lah cakap tengah-tengah bulan pun boleh shopping kasut eh? Hoiiii duit aku suke hati aku la der!

Tingkatkan tabungan
Korang menabung macam mana??? Aku memang buat potongan gaji tiap bulan masuk ASB. Aku buat untuk aku, Zikri and Zara. So secara teorinya sangat berkesan.. Sebab aku tak payah susah-susah pegi bank tiap bulan pun duit masuk secara konsisten. Jadi aku dah jumpa 1 lagi cara nak menambahkan tabungan dengan setiap tahun kenaikan gaji yang dapat tuh bahagi dua. Eceh-eceh macam banyak benor duit gaji naik tiap tahun! Hahahaha... Tapi tiap tahun ko tambahlah potongan gaji tuh. Pastu tak payah lah kalau susah skit takde duit ko g korek plak kan... Anggap jer duit tuh memang ko takde...Ha so takde la gatal nak g kuar-kuarkan..Tuh cara aku lah.. Cara korag suke hati korang la!

Nak jadi mak yang lebih baik
Siyes aku nih garang..Nak-nak lagi dengan Zikri sebab dia sekarang memang boleh buat aku sakit jantung ler.. Bayangkan g Jusco baru nih dengan adik aku, dia g kejor-kejor Zara pastu g tumbuk-tumbuk adik dia. Hoi aku jeritlah kuat-kuat. Pastu boleh plok dia g joget-joget kat aku! Haih cari pasal nih! Kenalah pengetip ketam yang hebat. Geram btol! Aku azam nak kurangkan kemarahan dan kegarangan pada anak-anak tapi setakat nih belum berjaya lagi. Aku ske tengok Mak Biras aku. Lemah gemalai kalau jumpa kami kiss-kiss memang mesra giler! Aku ske tengok dia cakap lembut jew.. haih bestnye dapat MIL macam tuh.. Macam penyayang sangat la.Okey sila praktikkan mana yang baik...

Okey dah 5.30 aku nak balik dulu..Hari nih pening kepala bau busuk kaki orang! Agaknye stokin tahun lepas dia pakai tak basuh-basuh kot tuh bau mak aiiii macam bangkai! Kucing aku berak pun tak bau busuk macam nih. Siap lah aku bukak kipas and pakai selimut sebab pening giler bau macam bangkai! Dia rilexxxxxx jew macam tak de pape!Aku ejek-ejek dia pun tak reti bahasa lagi. Hurm patut lah tak kawin-kawin!


Monday, January 6, 2014

Sesi Persekolahan 2014

Kejap jew dah masuk 2014. Maknanya tahun nih Zikri 6 tahun dan Zara 4 tahun. Aku pilih untuk stay di Smart Reader bagi sesi persekolahan 2014 memandangkan terlampau banyak masalah di taska lama Zara. So, malas nak pening kepala atau gado-gado dengan orang baik aku hantar kat tempat lain. Biar mahal tapi berkualiti. Owh kawan aku yang masih stay kat taska lama tuh cakap yuran taska dah naik RM350. Huhuhu aku sanggup bayar jumlah tuh kalau korang boleh provide better environment for my baby doll nih tapi nan ado lah kan! Baik aku blah..

Hantar ke Smart Reader this year dah naik jugak yuran bulanan. Sebelum nih RM 270 sebulan tapi start tahun nih dah jadi M295. 2 orang anak jumlahnya adalah RM 590 sebulan. Yerla tahun 2014 kan tahun kenaikan harga barang.. Mana ada benda nak jadi makin murah kennnn??? Total yuran pendaftaran untuk 2 orang anak di Smart Reader tahun ini adalah +- RM4000. Okey lap peluh urut dada papa uolls nak bayar tapi untuk kebaikan so bayar jew lah.Ada yang tanya aku RM295 tuh sehari ke?? Jawapannya adalah TIDAK yer... Kelas mula pkol 8.45 - pkol 11.30. Aku pkol 12 kuar opis amik diaorang then bawak balik rumah. Setakat nih tak hantar lagi pegi transit sebab adik aku a.ka Paksu diaorang jaga.

Muka sedih sebab baru je masuk kelas dah nak makan gula-gula. Of course lah cannot!!!!! Tapi perubahan ketara Zara sekarang bangun pagi kejut sekali je cakap ' Baby bangun nak pegi Smart Reader nih' ha terus dia bangun! No drama-drama nangis-nangis pagi-pagi setakat nih. Walaupun hari sabtu ahad dia bangun tanya nape tak pegi school. Tu maknanye dia seronok la kan???

Alololo... Zikri ditugaskan khas untuk menjaga adik dia. Ha dia kata kalau ada sesiapa kacau Zara dia akan sepak orang tuh! hahahahaha yerlah tuh sebab nye kan dia dah pegang Yellow belt! Okey good!

Malam plak pas maghrib aku hantar diaorang pegi mengaji dengan ustazah kat taman rumah aku nih. Kalau nak diikutkan tahun lepas lagi Zikri dah aku hantar tapi sebab laki aku nih yang kadang-kadang sanggat tak supportive dalam 'menyaport' apa yang aku buat, so benda tuh terbehenti setenggah jalan. Maka effectnye adalah pada Zikri yang mana dia terpaksa mengulang balik dari awal Iqra' tuh. Takpe lah nak usaha tangga kejayaan. Zara pun aku hantar sekali biar dia belajar dari usia muda.

Sebelum pegi ngaji tangkap gambar dulu. Huhuhu tapi siyes ada dikesalkan sedikit.. Ada jer manusia hati jahat nak kondem aku... Antara kata-kata mereka:

1. Zara baru 4 tahun dah hantar sekolah
Haih urut dada.... 4 tahun tuh usia paling afdal lah nak start belajar.. Ko nak kurung anak ko tak bergaul dengan orang sampai umur 6 tahun ke?? Adakah pada pandangan orang-orang nih umur 6 tahun baru 'BAGUS' nak dihantar ke tadika?? Anak aku bukan dok kampung ceruk felda ke mana eh.. Kalau kat sini budak-budak umur 6 tahun tuh dah pandai membaca bukan baru nak tahu mengenal huruf.. Please sebelum komen pape hal orang pikir dulu.

2. MAHAL!!!
Tuh terpulang pada masing-masing.. Anak masing-masing. Aku tak penah cakap hantar anak kat Pra sekolah tak bagus. Cuma aku dah penah apply untuk kemasukan tahun 2013 dan dapat jawapan bahawa anak aku tak layak sebab bukan dari golongan berpendapatan rendah! Padahal anak-anak cikgu @ PTD ramai jer yang dapat masuk! Aku plak bukan jenis yang suke merayu-rayu macam haper.. So aku cari solution lain. Nak hantar sekolah mana ke haper ke korang as parents mesti dah survey kan samada bagus @ tak school tuh, mampu atau tidak. So kalau korang tak mampu and tengok orang lain boleh, jangan cakap macam tuh.Nih senang-senang cakap aku hantar anak sekolah berasaskan Kristian! Gile ke haper!

3. Kata aku dera Zikri
Nih memang boleh gelak guling-guling. Sebab orang nih dia memang suke sibuk hal aku kennn.. Ada jer dia nak kutuk aku. Memang ngok lah ko nih! Kata aku dera Zikri sebab pas hantar Zikri kat SR, petang dia g taekwando, malam plak mengaji!For your info lah kan, pas balik SR, aku bagi dia mandi, pastu makan , pastu aku suh dia tido.Depend, kadang dia akan tidur dari pkol 2- 5petang. Pastu kelas taekwando tuh hari khamis & jumaat sahaja, pkol 5-7. Kelas ngaji memang setiap isnin-jumaat dalam pkol 8. Dia ngaji bukan 1 juzuk 1 malam.. Cuma setengah jam jer. Kat mana timbulnya isu mendera? Aku bagitau laki aku pun dia gelak! Bak kata laki aku abaikan manusia gile seperti itu sebab mereka cuma suka mengkondem setiap perubatan orang lain sebab diaorang nih terlebih bijak so nampak orang lain BODOH! Dan lagi, kalau aku tak penuhkan jadual dia macam tuh, masa dia akan terbuang dengan menonton TV citer kartun dari channel 613-617. Lagi RUGI!


Sunday, January 5, 2014

Salam Pagi Ahad

Pagi tadi bangun tidur pas subuh tengok dapur dah terang. Tengok-tengok laki aku yang dok kelentang kelentung masak.. I is malas nak layan so sambung tidur kat sofa.. Sakit pinggang aku nih tu yang bile bangun tido rasa macam tak boleh bukak mata. Baby Z nih plak asal malam dia main guling-guling sampai aku pun terkejut. Sekali bau menumis macam dah bau kari.. Okey takpe biarkan lah dia sebab jap lagi dia nak fly g Sabah plak.

Aku bangun-bangun dah pkol 8. Terus siap-siap nak hantar dia g airport sebab flight pkol 10.20. Sempat lagik singgah rumah sebelah tengok baby. Jiran sebelah baru bersalin. Aku setahun sekali je bercakap dengan bini dia tapi yerla dah nama jiran hadap jew lah.. Nanti laki aku bising kalau tak ikut!

Sekali dalam kete laki ku cakap dia dah siap masakkan aku kari ikan merah...Huhuhu yerlah bang saya makan kenyang-kenyang yer.. Balik jer rumah aku goreng bawang/cili/ikan bilis pastu tumbuk makan dengan kari ikan merah dia.WAWAWAWA sedap!!!!!! Senang kije mak nok tak payah susah susah masak hari nih...
Hew... Thanks ya!


Thursday, January 2, 2014

It's yellow belt oledy...

Well.. jadi mak nih memang penat nak nak lagi time membuyut nih. Banyak benda yang remeh pun boleh buat aku jadi stress. Kat opis memang dah tension tahap gaban. Balik rumah plak kerja rumah dari a-z sume aku buat sendiri. Nak harap orang tolong memang nan ado lah! So, pejam mata tarik nafas dalam-dalam... Lantak ko lah tak nak tolong aku takpe jadi pape kat aku seumur hidup aku salahkan ko.. Ha kan senang! Huhuhu...

Baru-baru nih dalam 20/12/2013 Zikri dah buat ujian nak grading naik yellow belt. Yuran nak naik gred ialah RM 60. Kalau tak lulus duit itu burn okey... Aku mula-mula tak yakin lah Zikri boleh join grading tuh since dia pun baru jer 2 bulan join kelas Taekwando tuh tapi pas bincang dengan master yang ajar Zikri tuh dia kata Zikri is at maximum level so dia yakin Zikri boleh pass the grading exam tuh. Dia mintak aku bagi peluang kat Zikri. So aku pun okey lah...

Alhamdulillah... LULUS! Yang bestnye masa announcement lulus tuh disaksikan oleh atuk, mama, pak ngah, pak su and adik dia Zara. Wow! Kire the whole family was there lah nak sorak untuk Zikri. Kebetulan masa tuh dah suruh adik pegi amik Zikri sebab aku kuar opis lambat. Pastu Adik aku datang bawak Pak Ngah dia. So masa aku otw balik rumah tuh aku amik mama, abah and Zara tuh yang berhimpun sume sorak utk Zikri. PHEW... Nasib lulus kalau tak lulus mau malu nak letak muka kat mana eh! Ehehehe sebabnya master tuh akan sebut nama ko kuat-kuat pastu cakap mana yang salah masa ko exam ritu pastu terus sebut LULUS / GAGAL!

Alhamdulillah ini kejayaan ke dua buat Zikri dalam tahun 2013 nih. First masa final exam ritu dapat No 1 dalam kelas dia. Walau pun dia suke melawan and merepek-repek kalau disuruh tapi cerdik okey lah kan...Huhuhu...Bak kata teacher Loga dia, Zikri nih pandai tapi sebab dia boy so dia banyak main and kurang fokus.. Owh btol lah tuh! Kalau time buat homework memang suare aku nih 1 taman boleh dengar. And aku akan pastikan dia siap homework tuh sebelum papa dia balik. Kalau tak.... HANCUR!


With atok yang kemain lagi tepuk tangan kuat-kuat... Kihkihkih...

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...