Wednesday, January 8, 2014

Azam 2014

Hari nih dah 8hb Januari?? Phew kejap giler dah masuk 8 hari kat tahun baru... Apa azam tahun nih?? Aku? Hurm kalau cakap pasal azam tiap tahun pun berazam nak kumpul duit banyak-banyak.Huhuhuu tapi tak kayo-kayo jugak! Ngeng!! Tahun nih belanja makin besar. Anak makin ramai.. 2 @ 3 bulan lagi dah nak masuk anak 3 orang.. Sekarang taska pun dah mahal.. Abang and kakak dia pun dah sekolah mahal so banyak lah belanja sekarang nih. So, cakap kat laki aku tahun nih marilah meningkatkan tabungan kurangkan taburan duit kejalan yang tak berapa berfaedah.. Dia macam biasa kalau aku cakap dia diamkan ajer.Hehehehe...

Bisnes baru
Tahun nih nak menambah pendapatan kena lah tambah barangan.. So dah beberapa hari nih survey a few product yang famous kat market sekarang ni. Dah decide ada beberapa barang yang berbaloi kalau jadi ahli and jual online... Pada peminat Ephyra still ada...Esok aku pegi restock eh. 2 Hari nih habis stock payah tol order online HQ plak lambat hantar. Ada customer yang paham okey lah sanggup tunggu, yang tak berapa nak paham, aku tak kisah kalau korang nak cari agen lain. What to do la kan anggap jew takde rezeki.

Bukak account syarikat
Walawehhh macam ada company besar! Hahahahaha gelak guling-guling. Aku mana ada kedai ke haper jangan salah anggap okey cuma nak pastikan flow duit bisnes tuh betol-betul masuk dalam account syarikat sebab aku kan kije gomen. Kije gomen nih macam-macam hal lah! Kang ada plak yang ragu-ragu tentang kekayaan aku nih dah g report kat SPRM dah satu hal kennnn...Kuikuikui! Padahal aku nih kais pagi makan pagi kais petang makan petang jer tuh pun ramai yang nak menyibuk dengki kat aku. Apalah kan orang melayu nih suke pendengki. Pantang nampak orang banyak duit sikit mesti nak cakap belakang-belakang. Contoh ada 1 hari tuh aku g beli kasut kat Alamanda, tetibe jumpa budak opis. Siap lah cakap tengah-tengah bulan pun boleh shopping kasut eh? Hoiiii duit aku suke hati aku la der!

Tingkatkan tabungan
Korang menabung macam mana??? Aku memang buat potongan gaji tiap bulan masuk ASB. Aku buat untuk aku, Zikri and Zara. So secara teorinya sangat berkesan.. Sebab aku tak payah susah-susah pegi bank tiap bulan pun duit masuk secara konsisten. Jadi aku dah jumpa 1 lagi cara nak menambahkan tabungan dengan setiap tahun kenaikan gaji yang dapat tuh bahagi dua. Eceh-eceh macam banyak benor duit gaji naik tiap tahun! Hahahaha... Tapi tiap tahun ko tambahlah potongan gaji tuh. Pastu tak payah lah kalau susah skit takde duit ko g korek plak kan... Anggap jer duit tuh memang ko takde...Ha so takde la gatal nak g kuar-kuarkan..Tuh cara aku lah.. Cara korag suke hati korang la!

Nak jadi mak yang lebih baik
Siyes aku nih garang..Nak-nak lagi dengan Zikri sebab dia sekarang memang boleh buat aku sakit jantung ler.. Bayangkan g Jusco baru nih dengan adik aku, dia g kejor-kejor Zara pastu g tumbuk-tumbuk adik dia. Hoi aku jeritlah kuat-kuat. Pastu boleh plok dia g joget-joget kat aku! Haih cari pasal nih! Kenalah pengetip ketam yang hebat. Geram btol! Aku azam nak kurangkan kemarahan dan kegarangan pada anak-anak tapi setakat nih belum berjaya lagi. Aku ske tengok Mak Biras aku. Lemah gemalai kalau jumpa kami kiss-kiss memang mesra giler! Aku ske tengok dia cakap lembut jew.. haih bestnye dapat MIL macam tuh.. Macam penyayang sangat la.Okey sila praktikkan mana yang baik...

Okey dah 5.30 aku nak balik dulu..Hari nih pening kepala bau busuk kaki orang! Agaknye stokin tahun lepas dia pakai tak basuh-basuh kot tuh bau mak aiiii macam bangkai! Kucing aku berak pun tak bau busuk macam nih. Siap lah aku bukak kipas and pakai selimut sebab pening giler bau macam bangkai! Dia rilexxxxxx jew macam tak de pape!Aku ejek-ejek dia pun tak reti bahasa lagi. Hurm patut lah tak kawin-kawin!


No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...