Monday, January 6, 2014

Sesi Persekolahan 2014

Kejap jew dah masuk 2014. Maknanya tahun nih Zikri 6 tahun dan Zara 4 tahun. Aku pilih untuk stay di Smart Reader bagi sesi persekolahan 2014 memandangkan terlampau banyak masalah di taska lama Zara. So, malas nak pening kepala atau gado-gado dengan orang baik aku hantar kat tempat lain. Biar mahal tapi berkualiti. Owh kawan aku yang masih stay kat taska lama tuh cakap yuran taska dah naik RM350. Huhuhu aku sanggup bayar jumlah tuh kalau korang boleh provide better environment for my baby doll nih tapi nan ado lah kan! Baik aku blah..

Hantar ke Smart Reader this year dah naik jugak yuran bulanan. Sebelum nih RM 270 sebulan tapi start tahun nih dah jadi M295. 2 orang anak jumlahnya adalah RM 590 sebulan. Yerla tahun 2014 kan tahun kenaikan harga barang.. Mana ada benda nak jadi makin murah kennnn??? Total yuran pendaftaran untuk 2 orang anak di Smart Reader tahun ini adalah +- RM4000. Okey lap peluh urut dada papa uolls nak bayar tapi untuk kebaikan so bayar jew lah.Ada yang tanya aku RM295 tuh sehari ke?? Jawapannya adalah TIDAK yer... Kelas mula pkol 8.45 - pkol 11.30. Aku pkol 12 kuar opis amik diaorang then bawak balik rumah. Setakat nih tak hantar lagi pegi transit sebab adik aku a.ka Paksu diaorang jaga.

Muka sedih sebab baru je masuk kelas dah nak makan gula-gula. Of course lah cannot!!!!! Tapi perubahan ketara Zara sekarang bangun pagi kejut sekali je cakap ' Baby bangun nak pegi Smart Reader nih' ha terus dia bangun! No drama-drama nangis-nangis pagi-pagi setakat nih. Walaupun hari sabtu ahad dia bangun tanya nape tak pegi school. Tu maknanye dia seronok la kan???

Alololo... Zikri ditugaskan khas untuk menjaga adik dia. Ha dia kata kalau ada sesiapa kacau Zara dia akan sepak orang tuh! hahahahaha yerlah tuh sebab nye kan dia dah pegang Yellow belt! Okey good!

Malam plak pas maghrib aku hantar diaorang pegi mengaji dengan ustazah kat taman rumah aku nih. Kalau nak diikutkan tahun lepas lagi Zikri dah aku hantar tapi sebab laki aku nih yang kadang-kadang sanggat tak supportive dalam 'menyaport' apa yang aku buat, so benda tuh terbehenti setenggah jalan. Maka effectnye adalah pada Zikri yang mana dia terpaksa mengulang balik dari awal Iqra' tuh. Takpe lah nak usaha tangga kejayaan. Zara pun aku hantar sekali biar dia belajar dari usia muda.

Sebelum pegi ngaji tangkap gambar dulu. Huhuhu tapi siyes ada dikesalkan sedikit.. Ada jer manusia hati jahat nak kondem aku... Antara kata-kata mereka:

1. Zara baru 4 tahun dah hantar sekolah
Haih urut dada.... 4 tahun tuh usia paling afdal lah nak start belajar.. Ko nak kurung anak ko tak bergaul dengan orang sampai umur 6 tahun ke?? Adakah pada pandangan orang-orang nih umur 6 tahun baru 'BAGUS' nak dihantar ke tadika?? Anak aku bukan dok kampung ceruk felda ke mana eh.. Kalau kat sini budak-budak umur 6 tahun tuh dah pandai membaca bukan baru nak tahu mengenal huruf.. Please sebelum komen pape hal orang pikir dulu.

2. MAHAL!!!
Tuh terpulang pada masing-masing.. Anak masing-masing. Aku tak penah cakap hantar anak kat Pra sekolah tak bagus. Cuma aku dah penah apply untuk kemasukan tahun 2013 dan dapat jawapan bahawa anak aku tak layak sebab bukan dari golongan berpendapatan rendah! Padahal anak-anak cikgu @ PTD ramai jer yang dapat masuk! Aku plak bukan jenis yang suke merayu-rayu macam haper.. So aku cari solution lain. Nak hantar sekolah mana ke haper ke korang as parents mesti dah survey kan samada bagus @ tak school tuh, mampu atau tidak. So kalau korang tak mampu and tengok orang lain boleh, jangan cakap macam tuh.Nih senang-senang cakap aku hantar anak sekolah berasaskan Kristian! Gile ke haper!

3. Kata aku dera Zikri
Nih memang boleh gelak guling-guling. Sebab orang nih dia memang suke sibuk hal aku kennn.. Ada jer dia nak kutuk aku. Memang ngok lah ko nih! Kata aku dera Zikri sebab pas hantar Zikri kat SR, petang dia g taekwando, malam plak mengaji!For your info lah kan, pas balik SR, aku bagi dia mandi, pastu makan , pastu aku suh dia tido.Depend, kadang dia akan tidur dari pkol 2- 5petang. Pastu kelas taekwando tuh hari khamis & jumaat sahaja, pkol 5-7. Kelas ngaji memang setiap isnin-jumaat dalam pkol 8. Dia ngaji bukan 1 juzuk 1 malam.. Cuma setengah jam jer. Kat mana timbulnya isu mendera? Aku bagitau laki aku pun dia gelak! Bak kata laki aku abaikan manusia gile seperti itu sebab mereka cuma suka mengkondem setiap perubatan orang lain sebab diaorang nih terlebih bijak so nampak orang lain BODOH! Dan lagi, kalau aku tak penuhkan jadual dia macam tuh, masa dia akan terbuang dengan menonton TV citer kartun dari channel 613-617. Lagi RUGI!


No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...