Thursday, January 9, 2014

Walaupun MC.....

Hari nih tak sihat... Sib sob sib sob... Siyes bangun tido backpain giler! So aku pegi la klinik and doc Jasmine bagi MC. Bagi la 2 hari kennn ni sehari jew.. Huhuhu lagi mau demand.. Tapi benornye hari nih aku memang banyak agenda nak dibuatnyer. Nak g update buku ASB,amik Ephyra and check up kat P9. So dah alang-alang dapat mc tuh aku pun settlekan la semua yang sepatutnya.

Pagi tadi mana-mana customers yang ada dalam contact hp aku dah aku sms pasal Ephyra 2 kotak @ RM360. Promo sampai ESOK SAHAJA. Pastu harga adalah 1 kotak RM197 dan 2 Kotak RM380. So sape-sape yang berminat boleh sms @ whatsapp aku 012-2265570.

Citer tadi g bank nak update buku ASB. Aku g bank tuh pas settle kat klinik dengan doc.Jasmine so memang kat tangan ada pegang plastik ubat la kan. Masa cakap kat staf RHB Bank tuh nak update buku, dia terus bagi aku nombor and terus letak buku aku kat kaunter.Hehehe siap cakap kat member dia pregnant lady. Makanya mak pun gumbira sebab tak payah susah payah nak beratur panjang mcm orang lain. Mak pun keluarkan lah buku ASB 1 family dan update kesemuanya sekali. Huhuhu 5 minit jer diperlukan terus settle urusan mak!Kihkihkih orang len tengok haku mesti berapi sebab masa tuh pkol 10 dah beratur sampai depan pintu bank. Daaaaaa..... Akak chow dulu! Kalu kena beratur panjang-panjang aku pun tak hingin baik aku balik rumah baring tidur.

Owh tadi g check up kat P9. Aku ingatkan mcm dah tak nak continue lah kat situ lagi tapi tadi aku nampak sorang pompuan nih perut besor giler. Aku jangka dia mesti dah tinggal tunggu hari jer sebab hidung pun dah kembang-kembang sekali aku tengok dia nangis-nangis and kena naik ambulan. Kebetulan aku masuk bilik rawatan tuh nurse yang handle kes dia tuh cakap la aku 2 minggu lagi kena minum air gula. Aku cakap aku tak nak sebab aku nak terus continue kat AZzahrah jew pasni. Sekali dia cakap pompuan tuh tadi dah 39w and baby dia dah 2 hari meninggal dalam perut. Alamak!!!!Tatutnyer.... Menurut nurse tadi tuh sekarang nih tak tahu kenapa terlalu kerap kes baby meninggal dalam perut. Dia kata boleh jadi dalam 1 minggu 1 kes. Kawan Aku pun last week 5 bulan dah terbesalin and of course la baby dia meninggal. Pastu aku terus macam termanggu-manggu dah blur nurse cakap apa pun aku dah tak berapa dengar... Nanti la balik aku tanya laki aku macam mana.. Dia tuh kang kalo aku cakap dia buat dunno jew benci tau!!!

Aku rasa sekarang nih tekanan hidup yang tinggi lah buat orang stress tuh yang jadi kes macam-macam.. Haih semoga baby mummy dijauhkan dari segala musibat lah. Amiinnnn....

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...