Sunday, March 30, 2014

Benda yang paling menyakitkan ketika mengandung

Ibu-ibu yang preggy ada tak kena sakit perut yang macam panas and pedih tuh?? Aku memang dari dulu ada gastrik so bile mengandung bertambah-tambah la penderitaan gastrik tuh. Minum susu full cream sekotak yang beso tuh 1 hari pun nan hado la nak baik.

Semalam citernye petang macam dah sakit perut. Wassep lakiku suh beli susu segar cakap la sakit perut. Dia reply 'sakit perut nak beranak ke?'. Asal mak jah nih cakap sakit perut je dia tanye nak beranak ke??? Tensi mak tau!!! Tapi balik tu dia bawak la jugak susu full cream tuh. Malam aku g COD ephyra area bangi pastu dah pesan siap-siap nanti nak singgah sec 3 sebab nak g Guardian beli ubat gastrik sebab tadi pagi g check up baby lupa plak nak amik sekali ubat pastu alih-alih budak Zikri nih buat perangai plak. Grrrrrr itu adalah mendatangkan kemarahan mummy!!!! Itula natijahnye kalau siang hari sepatutnye ko tido tapi g bantai tengok kartun. So malam hari dia jadi orang len la!!!! Dah sampai kedai makan dia tak moooo turun kete siap nangis jerit-jerit so laki i is tensi so start kete terus balik rumah. Arghhhh aku dah la lapo pastu sakit perut pastu kat rumah stok makan memang dah takde sebab minggu nih kan kami dok berjalan je sepanjang minggu. Maka mummy pun tido la dalam kelaparan..... Sob sob sob...

Sejam je pun aku tido pastu mule la sakit perut cery bery + gastrik. Lebih 10 kali la aku ulang alik g toilet. Yang menambah sakit hati aku nih aku tolak pintu toilet kuat-kuat pun laki kesayangan aku nih boleh terus terdodoi dengan dengkuran dia tuh!! Mak aiiiii geram!!!!!!! Sampai ke pagi aku tak bole tido. Tak tahan bile sendawa tu pedihnye sampai ke telinga. Kat jantung tuh sume perit!! Huwaaaaa stress bangat kalau preggy je mesti dapat sakit macam nih.

So pada sapa-sapa yang ada masalah heart burn @ gastrik macam aku nih masa mengandung selain ubat kat klinik yang doktor rekemen, korang boleh amik ubat nih namanya GAVISCON kat farmasi ada jual. Harga dalam rm20 je. Kat tv pun ada iklan dia kan... Dia memang sangat-sangat membantu sebab sakit tuh hilang dalam masa 5 minit and bole bertahan selama 5-6 jam. Macam aku malam memang seksa nak tido kalau baring pun rasa nak muntah so ubat nih sangat berkesan dan boleh diambil ketika mengandung dan menyusukan anak tanpa ragu-ragu.

P/s : pada sapa-sapa nak COD ephyra masih berjalan seperti biasa sehingga aku bersalin okey... Selepas aku bersalin dalam tempoh berpantang semua urusan adalah melalui pos laju. Melainkan customer sekitar bandar baru bangi yang boleh tolerate nak COD di Petronas Sek 15 pada waktu malam dalam pkol 9 keatas bole berbuat demikian (bergantung kepada tahap ke free an lakiku okey)

Tuesday, March 25, 2014

Swimming

Malam tadi pas dinner otw balik hotel tuh dengar PC dari Tok Jib pasal MH370. Sedih.... Siyes wordless.. Aku kalo period @ preggy mmg sangat-sangat cepat nak nangis. Sampai hotel masuk toilet nangis... Huhuhu terbayang la orang yang dok tunggu laki dia balik dengan selamat sekalik dapat berite mcm nih. Dah la pegi tak kembali takda kubur plak. Al fatihah dan takziah dari aku untuk semua yang terlibat..

Pastu celik mata pagi-pagi tadi Zikri & Zara dok la menuntut janji nak pegi berenang ke pool kat tingkat 11. Okies pas breakfast jom la pegi memandangkan papa uollss g kije so mummy la yang kena bawak. Ada 2 orang je budak masa aku datang tuh. Muka macam benggang je bile Zikri & Zara terjun masuk pool. Hekeleh rilex arghhh tuh bukan pool bapak uolls okey so kena sharing! Huhuhu...

Semua okey je sehingga la si Zikri ni mula menunjukkan skill kenakalan dia. Hoiii tensi mak ko ni. Dah la aku tak bawak baju so dok je la kat kusi sambil main HP. Boley tak dia g tenggelamkan kepala Zara sampai lemas. Choiiiii dah melalak meraung sampai muntah si Zara. Makanye mak jah kat tepi kolam nih pun dah nak bertukar la jadi The Hulk! Apa lagi moh la balik tak kose mak ko nak menjerit kat tepi kolam lagik. Masuk bilik sambung mandi dalam tab plak. Haih tak reti penat btol.

Monday, March 24, 2014

Ipoh Mali!!!

Bersiaran dari bilik hotel hari nih... Weeee wi fi adalah ditahap maksimum laju so sangat best surfing and downloading macam-macam. Saje je ikut suamiku branch visit so stay 1 malam kat Syuen Hotel, Ipoh. Kebetulan cuti sekolah and aku pun cuti sampai Rabu. Plan asal nye isnin - selasa kat Ipoh dan Rabu-Khamis kat Kuantan.

Tapi tak sure lagi yang nak ke Kuantan tuh aku nak ikut ke tak sebab hazabnye dok dalam kete lama-lama tuhan jela yang tahu. Aku dah 20 kali tido dan bangun tido lagik bangun haih tak sampai lagi... Adeh!!! Siap la laki aku gelak dia kata tak penah tengok aku penat macam ni padahal g KL -Ipoh jew. Aku yang bawak perut so aku la yang tau macamne letihnye. Orang len tengok je mana sama feel dia.

Sampai hotel dalam 1.30 tadi pas check in laki aku mandi-mandi and terus g opis. So dia tinggalkan duit soh aku g makan dgn anak-anak atau amik room service. Aku g makan kat Secret Recipe kat bawah nih jer. Kedai kot main lagik beso tapi kek byk takde.. Order noodle in tom yam soup pun tak de.. Haih tutup je la kedai dik non sume takde! Last-last order 2 slices cake and grill black pepper chicken jew. Pastu naik bilik terus zzzzzzz.... Haippp heaven erkk orang g kije aku bergembire bongkang macam nih.

** untuk order Ephyra boleh je order macam biasa cuma takde COD sampai aku balik Bangi la. Sms / whatsapp :012-2265570

Tuesday, March 18, 2014

Si pengotor

Aku balik kije awal kot tadi.. Puncanya tak tahan bau stokin budak depan aku nih. Punye la busuk kalah bangkai!!! Memang spoil la mood kalau dari pagi dia dh bukak kasut.. Ko bayangkan la kalau stokin tuh tak pernah dibawak balik rumah basuh. Hari-hari pakai stokin yang sama tak ke haprak baunye... Memang sialpalis btol!!!! Kalau seharian dia pakai kasut tibe dah petang jew aku dengar dia campak kasut dia kan haih memang cepat-cepat aku lari. Boleh rosak deria bau!! Kadang kalu dah tak tahan sangat aku perli-perli je dia tapi si bangkai ni boleh buat-buat tak paham. Aku seharian nih menahan bau sampaikan aku tutup hidung aku pakai tudung boleh bau downy ni pun kalah... Ha ape lagi aku pun blah g dok tempat orang len. Nasib la member aku nih cuti bersalin ada la jugak tempat nak merempat. Kalo tak memang seharian aku kena tutup hidung pakai tudung la... Ngok punye orang dah busuk pengotor suke-suke je korek hidung depan aku!!!!! Arhhghhhhh cepat la bersalin tak tahan aku!!!!

Monday, March 17, 2014

PLASTIK COURIER

Stok plastik courier dah restock balik.. Kali nih ada 3 size. S/M/L semua warna hitam dan tanpa poket. Owh ada yang tanya poket apa kat plastik nih?? Huhuhu dik poket tuh yang nak letak consignment note tuh. Kertas yang korang tulis nama korang and alamat customer tuh. Plastik akak xda ye poket tuh dan ada warna hitam jer.

Stok adalah terhad amik sikit jer sebab tak mooo simpan stok banyak-banyak sebab ahkak dah nak due bulan depan. So pape persoalan @ perlukan jawapan sila la jangan malu-malu sms @ whatsapp : 012-2265570. Walaupun dah bersalin nanti bisnes tetap berjalan so dun worry ya. Nak ephyra ke shaklee ke plastic ke boleh jer.

SEDEKAH

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi.

Monday, March 10, 2014

Kerahan Tenaga

Aku kan tiap hari amik Zara and Zikri pastu bawak balik kuarters. Tiap hari memang masak la untuk lunch sebab kalo beli 1 hal tuh dah la mahal pastu tak sedap. Pastu rasa macam kesian plak la anak - anak aku tak makan air tangan aku. Ngeh ngeh ngeh.. Dok manjang beli kat kedai nanti beso tak ingat mummy dia masak apa yang sedap. Weeeee.... Dok ingat kedai itu ini je yang masak sedap tak best plak. Masak simple-simple je macam sup ke kari ke lemak cili api ke. Yang mudah-mudah yang dalam setengah jam dah bole makan.

Pastu budak-budak nih plak asal balik rumah kan kena mandi... Haih bukan main lah terjerit-jerit bergaduh masa mandi. Yang aku seriaunye depan rumah aku nih masa aku baru duduk ritu dia jatuh bilik air pastu dead! Ha aku conpom-compom la takut kan jadi benda yang sama kat anak-anak aku.. Disebabkan dah selalu sangat suara aku nih kedengaran 1 blok so aku suh Zara mandi dulu pastu Zikri plak aku kerahkan dia buat nih:





v



v




v




v

 

Ha padan muka... Aku suruh dia pilih bawang la..Tumbuk bawang la... Amik barang dalam peti ais la.. Pape je la keje yang boleh buat dia berhenti mengusik Zara dalam toilet dan menggurangkan pitching sore aku nih jadi lantang. Hahaha... Tapi 1 benda memang nak puji Zikri nih dia memang boleh diharap. Kalau balik kerje aku penat kan aku suruh dia angkat kain dia angkat. Kalau aku suh dia angkat barang dari dalam kete dia buat.. Memang niat aku nak train dia jadi laki jangan malas! Aku tak boleh terima kalau asal nama LELAKI so dia tak payah susah -susah angkat kain/masak/basuh pinggan! Sume tuh kononnye keje bini... Ha macam ada sorang pompuan nih cakap macam tuh kat aku! Perghhhh kalau si bini memang dok rumah goyang cipap je boleh la ko nak cakap macam tuh. Nih laki bini kije so mesti saling bantu membantu! Baru rumah tangga bahagia!
 

Friday, March 7, 2014

Masa dulu vs Masa sekarang

Tadi duduk-duduk sambil tunggu Zikri habis taekwondo nampak budak nih tengah main-main sorang-sorang.Sekali dengar dia mintak air kat mak dia. Mak dia jawab takda duit minum air kat rumah jer. Tengok muka budak tuh terus sedih. Daripada cara pemakaian anak beranak tuh nampak macam comot skit la. Mungkin sebab sekarang kan tengah bulan agaknye budget pun dh longgar kot. Tapi siyes muka anak tuh mcm terus sedih.

Teringat 7 tahun lepas masa aku baru-baru kawin. Masa tuh aku kije kat TM laki aku dah kat syarikat sekarang tapi masing-masing gaji ciput. Pastu ada macam-macam plak masalah sampai la aku mengandung tuh ada 1 hari tuh aku nak makan bihun tom yam cakap la kat laki aku kan teringin....ha bukan nye dpt semangkuk bihun tom yam tapi berbakul-bakul dia bebelkan aku! Haih sentap mak siap nangis berhari-hari.Hahaha... Tapi btol masa mengandung Zikri aku rasa hazab sangat-sangat. Dengan macam-macam masalah dengan nak porak peranda rumahtangga aku lagi hoiii sangat menguji kesabaran. Boleh kata tiap malam aku menangis. Tuh agaknye 37minggu mengandung aku dh bersalin.

Beza plak dengan keadaan sekarang pas 7 tahun aku nak makan ape ke nak beli ape ke ske hati aku la..Huhuhu siyes. Kadang tengah jalan ok terbau roti canai aku g je terus singgah kedai. Makan sekeping je pun pastu balik. Makan sorang pun takpe. Kadang terlintas nak makan cheese cake tengah hari sebelum g amik budak-budak aku singgah SR terus beli 1 slice. Dah tak payah la nak ngadu-ngadu kat laki cakap teringin itu ini.. Itu la gaknye sedap je dia cakap aku ngandung tak da nak mintak makan macam-macam walhal sume craving tu aku sendiri yg penuhi.Untung la!!!! Dan lagi aku percaya kalau mengandung tuh memang dah dirancang awal-awal takda istilah xcdent ko memang akan enjoy la pregnancy tuh sebab ko dah ready dari segi mental dan fizikal.

Ingat dulu masa nak beli kelengkapan sambut Zikri aku cuma beli 10 helai je baju baby. Barut and bengkung mama sediakan. Sekarang nih plak asal pegang je baju baby terus lakiku tanye nak ke?? Cantik nih. Terus amik dah tak tengok harga. Bahahaha! ! Botol susu dulu pun amik yang paling murah cap anakku. Sekarang plak kalo tengok ada cap Avent ke Tommy tippee ke haper ehhhhh murahhhh beli jer... Bersyukur la dengan peningkatan taraf hidup nih.. Yang penting jadi manusia tuh hidup biar rajin dan selalu berusaha. Baru la ada kemajuan tak la sentiasa ditakuk lama.

Ha punye la banyak beli baju sekali baru perasan yang sarung tangan and kaki xda...Kihkihih ada harapan nak pegi nyopping lagi nih.. Yang anak dulu-dulu punye baju memang dah takde..Ada yang aku bagi kat orang ada yang aku bagi anak buah laki aku..Tapi aku memang tiap kali mengandung memang beli baju baru.

Ni citer petang tadi... Pas hantar zikri g Taekwondo singgah jap kat Darussalam nak beli kuew teow sebab esok laki aku kije.. Sekalik lalu depan kedai mamak tuh haih sedap plak la tosei nih nampaknye... Ajak Zara jom kakak kite pegi ngeteh! Hahahaha makan lah dua beranak... Sedap woooo... Pas makan baru ada tenaga nak g Darussalam beli kuew teow je pun!Hahahaha

March sudah

Arghhh dah masuk bulan mac dah...Haih cepatnye masa berjalan... Dah tak lama lagi baby Z nak kuar dah nih. Keadaan sekarang memang cepat letih and cepat je rase nak marah.. Yerla badan dah penat senang la nak ngamuk.Hehehehe... Pinggang memang tak boleh nak citer tahap kesakitannye.. Yang peliknye sakit memang belah kanan jew.. Kalau dah buat kije kat opis kan duduk je kan pastu nak bangun mak aiiiii hazabnye!!! Puh cepatlah bersalin tak sabo mummy nak berurut nak g spa sume..

Persiapan?? Macam nak sambut baby sulung! Ingat kan macam tak de baju je so asal kuar je g mana-mana nampak baju baby beli dan beli.. Sekali hari ahad lepas aku kira baju baby je dah ada 35 helai! Kihkihkih... Yang tak tahan laki aku cakap xpe pasni jangan rancang lama-lama cukup 2 tahun mummy kena pregnant lagi! Amboiiiii !!! Memang tak la kan! Cuma sekarang nak shopping untuk kelengkapan menyusu plak. Aku kan orang kampung so aku lagi ske baby aku full breastfeeding. Kalau orang bandar ske anak dia minum susu mahal-mahal so kalau bayar susu kat kaunter beratus-ratus siap jeling orang sebelah nak tunjuk anak dia minum susu mahal! Ngeh ngeh ngeh!!

Saturday, March 1, 2014

Kelas Piano

Hari nih bermula la kelas baru untuk Zikri... Kelas apa??? Kelas piano. Sebulan rm100 seminggu sekali bertempat di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Terpaksa amik hari Sabtu sebab tak mooo rushing dari Opis terus kena hantar dia pegi kelas piano plak. Kang aku pengsan kat tengah jalan lagi susah.Huhuhu

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...