Wednesday, November 27, 2013

Fungsi Ephyra

1 Kotak RM 197 mengandungi 30 sachets
2 Kotak  RM 370
Minum 1 hari 1 sachet
sms/ whatsapp : 012-2265570 
COD area Bandar Baru Bangi di Petronas Sek 15.

Tuesday, November 26, 2013

Sedapnya

Haih sedapnye petang-petang nih dapat makan coklat.. Nyum nyum nyum... Tadi pegi Guardian kat Alamanda sekali nampak coklat nih kat rak. Aik macam cantik jer. Macam sedap jer. Harga dalam RM6 ++ sekali makan alamak sedapnyer... Nyesal amik 1 jer. Tapi takpe hujung minggu nih laki aku nak g Langkawi nak mintak jasa baik dia lah belikan coklat skit untuk aku. Ngeh ngeh ngeh! Mak aku kan paling pantang la kalau time pregnant aku makan coklat @ kicap. Katanya nanti anak hitam.. Adeh! Tepuk dahi! Idok ler aku percaya.... Tapi bile dia cakap aku diamkan ajer lah. Kang kalau dijawab makin panjang lebor bebelnya.. Ngeh ngeh ngeh...

Cepatnya masa berlalu...

Pagi nih tengok kat calender dah nak masuk 5 bulan la rupanya aku preggy. Aku ingatkan baru nak masuk 4 bulan. Ngeh ngeh ngeh! Anak no 3 so perasaan excited pun tak berapa nak ada.. Bukan maksudnya not welcoming this baby cuma yerla sebab dah no 3 so feeling-feeling excited tuh pun kurang la. Owh lagi 2 bulan boleh la start membeli belah. Huhuhu... Bak kata laki aku, kalau aku mengandung 10 kali pun memang tiap anak aku akan beli baju baru. Tapi memang betol lah. Baju Zara Zikri memang banyak lagi dalam almari cuma aku tak rasa nak bagi baby nih pakai baju recycle. Beli je lah yang baru..

Owh baru-baru nih aku g tengok calander cina. Ala nih bukan betul-betul percaya tapi suke-suke jew..

v

v
Based pada calendar nih Zikri lahir masa bulan April aku umur 25 patutnya pompuan tapi kuar lelaki. Masa Zara plak aku umur 27 lahir pada Mei dapat Pompuan... Yang kali nih umur 31, bulan April so baby girl. ME?  Aku pape jer lah janji baby sihat sudah ler... Lagipun apa nak dikira aku dah ada sepasang dah anak.. Huhuhu Dan lagi ini adalah kali terakhir aku nak mengandung. Inshaallah... Tak mo dah. Nak tutup kilang! Yerla tahun depan aku dah 31, laki aku dah 39. Pergh dah tua la.. Tak mo tak mo.... So tadi masa blogwalking tadi jumpa a few blogger yang pakai implanon. Erm aku memang dah survey dan implanon adalah salah satu pilihan aku. Ada tak yang tahu implanon tuh haper??

 Nih implanon yang belum dipasang.

 Pasang kat bawah lengan mana-mana tangan ko ske.
Pilihlah tangan mana yang ko kurang nak guna.

Ha... Dah siap pasang dari luar kulit tuh dah boleh nampak dah bendaalah tuh.Besornya macam batang mancis jer. Kalau nak pasang, boleh pegi ke LPPKN (murah) atau klinik private. Range harga dari RM300 - RM900. Kalau kat LPPKN nih cuma dalam RM300 ++ . Area Putrajaya LPPKN ada di Presint 4. Memang mahal compare dengan makan pil @ cucuk depo. Tapi aku dah penah try makan pil, IUCD dan Depo lebih kurang jer benornye kos nak pasang implanon nih. Lagipun aku tak nak ada istilah termengandung @ teraccident. Biar kite ready and happy jew masa preggy baru lah kite ENJOY!

Friday, November 22, 2013

Sabah Part 2

 

 Sorry lambat nak upload gambar hari ke-2 kat Sabah. Sebabnye bz wehhh pastu kalau nak buat kat rumah line tenet nih sangat-sangat lah slow. Nak tak nak kena buat kat opis la jugak. Tapi kat opis korang tau jer la bz nyer macam mana eh... Huhuhuh.. Ok tengok gambar Zara dulu posing di pagi hari. Masa pagi tuh aku bangun tido dalam pkol 6.am makk aiii dah terang benderang. Ingatkan aku terlajak tidur sampai tengah hari rupanya memang kat sana pagi lebih cepat dari kat semenanjung. Sila jangan terkejut!

 
Posing lagi sebelum turun g sarapan kat bawah. Makanan kat hotel nih biasa jer lah tapi takpe asalkan kenyang sebab pasni nak jalan jauh...



Pas dekat 3 jam perjalanan dari KK ke Kundasang.. Nih kat Pekan Kundasang. CANTIK! Aku terkesima sebab Sabah memang cantik lah.. Hijau je mata memandang..

Okey bagi Bos tangkap gambar dulu berlatar belakangkan Bukit kat Pekan Kundasang nih sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain. Owh ya kalau pegi Sabah sila jangan pegi ke Kota Kinabalu sahaja sebab kalau kat KK memang korang tak nampak lah pape melainkan shopping kat Pasar Philippine tuh or makan seafood. Sila goggle tempat-tempat yang menarik sebelum pegi baru korang enjoy!

 


Ni dekat Kinabalu Pine Resort. Kat sini best sebab boleh tengok pokok-pokok pine menghijau jer.. Feeling-feeling macam kat oversea dengan udara sedikit sejuk. Walaupun cuaca macam panas tapi angin dia kuat.

Kat dalam nih ada Rabbit House. Boleh bagi makan kat arnab-arnab tuh dengan makanan yang dah disediakan.

 Macam biasa Zikri jer yang berani nak bagi makan. Zara???

 Zara tengok jew boleh sentuh memang nehi! Hahahaha


 Okey nih dah penat sibuk nak ajak balik

 Rambut pun dah tak rupa orang!


 Ada tempat boleh duduk-duduk sambil ambil angin and menikmati pemandangan hijau. 



Dari Kundasang terus bergerak ke Poring Hot Springs, Ranau. Dari Kundasang ke Ranau lebih kurang sejam lebih. Kat sini terkenal dengan tempat mandi air panas semula jadi. Ada bayaran masuk tapi aku tak ingat berapa RM sebab bukan aku yang bayar. Ngeh ngeh ngeh... Bawak baju siap-siap eh sebab kat sini best tapi ramai orang!

 Papa buat-buat lemas so Zara tolong! Kat sini air panas tuh mengalir melalui paip. Ada 2 paip.. Yang sejuk and yang panas. Korang adjust ikut ske korang tahap kepanasan yang diinginkan. Tempatnya macam lebih kurang masuk dalam bekas air tuh lah apa eh kolah ke ha pastu tadah la air. Pas nak kuar bukak lah lubang tuh so air yang korang dah guna berendam tuh akan dibuang keluar.

Budak nih plak orang sibuk mandi berendam air panas dia g mandi sorang-sorang kat kolam air sejuk. Yang syoknye dia sorang je concur kolam nih. Asal ada orang len nak main sama-sama dia g kocak-kocak air tuh sampai keluar. Hahaha apa lagi berambus lah orang-orang lain itu..

 Ha tengok dia je kan????


Dari Ranau kami patah balik ke Kundasang sebab nak tengok Kinabalu Park. Kat sini lah kalau nak naik Gunung Kinabalu. Tapi masa nih hujan tengah lebat dan jalan pun licin. Owh permukaan jalan yang curam tuh memang buat ko nak terkencing lah sambil mendaki naik kete dengan keadaan hujan yang lebat.


Dah hujan dan kabus tebal so turun balik. Esok je lah panjat kat sini balik. Nak masuk sini pun kena bayaran jugak. Tapi kalau tak silap tiket masuk dari Poring Hot Springs tuh boleh diguna pakai nak masuk ke sini.

  
 Malam kedua tuh kami tidur di Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa, Kundasang. Harga adalah 
RM 160 1 malam tanpa breakfast (untuk gov. rate. Sila bawak ID kat kerja masa nak check in)

Hotel nih best sebab bilik luas dan betul-betul view dia mengadap Gunung Kinabalu. Berbaloi-baloi lah. pastu kat tepi-tepi area hotel nih ada jambatan gantung and port nak tangkap gambar yang cantik-cantik. Parking pun senang dan aku rasa selamat la.


Ha ni lah dia jambatan gantung dia tuh... Cantik malam-malam jalan-jalan kat bawah ni. Dengan cuaca sejuk plak. Fuh BEST!

 Budak Zikri nih geram betul lah ske je buat macam-macam aksi kalau di suruh tangkap gambar.

Sebelum tidur tangkap gambar dulu depan pintu bilik.

Monday, November 18, 2013

Lagi kebaikan EPHYRA

 

Lagi dan lagi nak share pasal EPHYRA nih.... Ada yang whatsapp tanya EPHYRA nih untuk kulit jer ke??
Jawapannya :- Tidak .. Ia untuk seluruh badan.. Aku ada customer umur 58 baru-baru nih repeat second order sebab dia mula-mula sakit lutut and guna tongkat. Belum habis 30 sachets ( belum sebulan) guna EPHYRA dia dah boleh jalan tak pakai tongkat. Macam aku sendiri kan mengandung kalau tak minum EPHYRA rasa macam flat... asyik nak zzzzzz jew kat opis and kalau orang mengandung biasa akan sakit belakang badan kan??? So far aku tak da lagi masalah tuh.. And jerawat pun jarang-jarang nak tumbuh kat muka.

 Seperti yang diwar-warkan sebelum nih, EPHYRA nih selamat untuk wanita yang mengandung dan menyusukan bayi mereka... Dan sedikit sebanyak EPHYRA nih membantu memperbanyakkan susu ibu... Sila baca testimoni mereka yang percaya akan kebaikan EPHYRA nih. Orang yang mula-mula nak try consume apa-apa supplement, PLEASE ya bagi lah masa at least 3 bulan untuk betul-betul nampak keberkesanan sesuatu produk tuh. Memang la macam EPHYRA nih kesan awal adalah dalam masa 10 hari tapi BERGANTUNG pada cara pemakanan and badan korang. Kalau dah dok hari-hari membedal kopi & nescafe 3 @ 4 cawan sehari, manalah nak nampak kesan yang cepat. Orang kalau amik kolagen tolong kurangkan kafein dan minum lebih banyak air masak. Nak cantik kena jaga makan dik non! Nih kalau berbalang-balang kolagen ko telan pastu makan macam naga kebulur memang tak la kan nak nampak cantik. Opppss sorry terkasar bahasa!



 Kesan paling awal guna EPHYRA nih adalah kulit nampak lebih halus dan cerah. Yer macam aku memang dah sedia cerah tapi cerah dulu tak berseri nampak kusam and pucat. Sekarang pas amik EPHYRA nampak lebih elok. Make up pun nipis-nipis dah nampak okey. Sekarang pun dah mula dapat customer India yang percaya EPHYRA nih boleh bantu mereka nampak lebih berseri-seri.

Untuk tempahan @ sebarang pertanyaan boleh 
SMS/ Whatsapp aku di 012-2265570
Harga 1 kotak RM 197
2 Kotak RM 370

Wednesday, November 13, 2013

Ada ke patut???

Tadi tengah hari aku pegi beli makanan kat Perbadanan Putrajaya. Zikri request nak makan nasi ayam. So moh ler kite pegi ke situ sebab kat situ jer jumpa nasi ayam harga RM3.80 plus aku pun nak makan nasi goreng and masukkan duit dalam Maybank. Pastu baru nak pegi delivery Ephyra kat Kompleks E9. Sekali kan orang kat nasi ayam tuh boleh panggil Zikri ' Nah kakak, nasi ayam kakak dah siap!' Erk? Ko cakap dengan aku ke cakap dengan anak aku??? Kompius mak ko nih... Sekali kan dia cakap seksi lah kakak nih pakai seluar pendek pegi sekolah! Adeh!! Pitam! Aku pun cakap la ' dik nih lelaki la bukan pompuan'. Huhuhuhu tewos termalu! Kot iyer pun lah nak berbahsa basi sila tengok baik-baik hokey!


Mungkin sebab rambut Zikri dah panjang skit kot tuh yang nampak macam gurgurl...
haih harus pegi Alamanda hantarkan anak laki aku nih potong rambut.
Sekarang dah advance nak potong rambut + cuci sekali sebab nampak aku buat mcm tuh.
Apakah ko ingat murah nak buat service tuh?? Anak owh anak...







Muka boring tunggu customer mummy lambat turun.. Tapi aku rela lagi bawak Zikri g sana sini dari bawak Zara sebab dia mengikut perintah walaupun penat. Tak macam Zara, kalau dah penat dia ngamuk tak tentu hala. 

p/s: nak beli EPHYRA dengan harga promo?
sms/ whatsapp : 012-2265570


Zikri @ Taekwondo

Kejap je pejam celik Zikri dah 5 tahun.. Dah besar dah... Ada 1 hari tuh dia balik sekolah bawak kertas pasal kelas taekwondo. Tengok yuran pun murah tempat pun dekat dengan opis so okay la jom mummy enroll for you la kan. Support skit minat anak-anak. Nih bagi aku la kan dari aku hantar dia g silat baik aku bagi dia belajar taekwondo. Nih just my personal opinion. Anak masing-masing so ikut uolls punye pendapat la.

Pendaftaran : RM 50
Yuran bulanan : RM40
Baju : RM 80

Belajar seminggu no limit. Boleh join mana-mana centre ikut kesesuaian masa masing-masing. Macam Zikri, setiap khamis di sek.keb P9 (2) jumaat di sek.keb 9 (1) pukul 5.30.
** Kalau ada yang berminat nak masuk boleh call Master Chandran : 019-3807779


 Ni masa mula-mula join class. Rasa dalam minggu ke- 2 kot. Masa nih datang awal so tak ramai lagi. Masa mula-mula 1st time g class tuh dia ingatkan suma kawan-kawan kat Smart Reader ada lah kan so sangat excited nak pegi. Sekali datang-datang cuma dia sorang. Pastu aku plak duk nyorok kat belakang duduk kat tangga. So dia ingatkan aku dah balik.. Apa lagi marilah melalak meraung-raung. Aku pun datang la tanya napa dia nangis. Haih... Bila nampak je muka mummy dia terus cakap ' mummy jangan pegi mana-mana duduk sini jer'! Owh baiklah anak ku...
Kematu bontot mak ko ni dok kat lantai 2 jam semata-mata nak temankan awak habis belajar.




 Ni dah dapat baju.. Sangat excited nak belajar.. Suke tengok dia happy macam tuh.
And master yang ajar tuh pun cakap Zikri cepat belajar and ada potensi nak cepat pegi grading (naik tali pinggang / level ).



  
Rasa macam cepatnya masa berlalu... Dulu budak nih kecik macam nih jer.. lahir pun cuma 2.3kg jer sekarang dah besar dah...  

p/s: Jom beli EPHYRA pada harga promosi.
sms/ whatsapp : 012-2265570

Monday, November 11, 2013

Bantulah Alia Haryanie

Baru-baru nih ada terbaca 1 blog.. SEDIH! Aku rasa macam tabahnya la dia harungi segala macam penyakit yang datang kat dia.. Kadang bile pikir eh susahnya la hidup aku nih..Macam-macam lah benda jadi dalam hidup aku ni yang buat aku sampai sesak nafas tapi rupanya ada orang yang hidupnya lagi susah dari aku.. WA... kena banyak bersyukur lagi nih... Well, Alia nih bukan lah kawan aku @ sedara mara aku.. cuma aku sangat - sangat simpati dengan apa yang menimpa dia. Kalau korang ada duit lebih, hulurkan lah sikit pada mereka yang memerlukan macam si Alia nih ya.. Boleh baca kisah hidup dia kat sini KISAH ALIA..

Trip ke Sabah Part 1

Pada 26/10/2013 - 29/10/2013 selamat lah kami sekeluarga pegi jalan-jalan ke Sabah. Aku yang plan trip nih.Laki aku pun tak tau yang aku dah booking ticket g Sabah. Cuma aku mintak dia amik cuti on that date la. Sekali ada 1 malam tuh kawan dia datang rumah, bini dia boleh tanya bile nak g Sabahnye. Sebabnye ada upkan status dalam FB pasal hotel mana yang best kat Sabah. Choiiiiii terus kantoi.. Pas je dia balik jadilah bahan ketawa laki aku.. Ske lah tuh! Surprise yang tak menjadi..




 Naik Air Asia jer. Kalau tahun lepas aku g langkawi and tertinggal flight masa nak balik tuh memang aku dah menyumpah tak nak lagi naik Air Asia tapi disebabkan tiket pun aku beli last minit so jangan lah perasan nak naik MAS @ MALINDO hokey... Flight masa dari KL ialah pukul 12.00. Tapi sebabkan seriau dengan pengalaman lepas, pkol 6 aku dah bangun! hahahaha siyot tol tak boleh tidur malam tuh sebab takut tertinggal lagi. Pastu pkol 8 aku dah siapkan putera puteri aku sume.. Dalam 8.30 tuh adik aku dah datang nak hantar g LCCT. OTW nak g airport tuh boleh plak laki aku kata jom makan dulu.. Haihhhhhh debor jantung aku nih.. Makan laju-laju terus pegi tak mooo lagi singgah mana-mana!. Lebih kurang pkol 10 macam tuh sampai lah kat airport. Print boarding pass sume and letak luggage baru hati tenang...



 Masa pegi tuh aku dok dengan budak nih... Adeh depan aku plak 1 family bawak baby and anak lebih kurang baya Zara. Punyela dia meraung menangis-nangis macam kapal tuh nak terhempas! hahahahaha siyes arghhh mengganggu btol! Menangis nak turun kapal nak naik kereta. Korang bayangkan sampai masa flight tuh tengah nak naik bapak dia siap bukak seat belt and bangun nak comfortkan dia.. Haih... Bising-bising! Nasib la Zara tak join the group nak buat tangisan dalam kapal terbang plak kan..


 Masa dah kat atas macam nih baru lah itu budak diam.. Pergh tensi mak!


Perjalanan dari KL - KK lebih kurang 2 jam 30 minit. Jadi lebih baik order makan sebelum perut korang mendidih bau makanan orang sebelah-sebelah. Huhuhuhu... Beli dalam perjalanan pun boleh tapi mahal skit la dari beli online. Lagi pun aku memang dah tau mulut anak-anak aku macam mana jadi bersiap sedia la. Masa pegi aku amik Nasi Beriani/Nasi lemak/ Spagetti and Pancake.


Ha tengok dia makan sampai habis wooo. Bagi aku lah kan makanan dalam flight nih okey lah. Sedap la jugak.. Memang berbaloi lah kalau sebekas spageti tuh dalam RM 12 kot.

 Pastu dia tido sampai lah landing.. Disebabkan masa nak landing kena pakai belt terpaksa la mummy kejut ini budak. Vavavavava melalak meraung plak dia.. Sekali aku stress ha aku cubitkan pehanya terus dia diam.Hahahaha...


 Kat sini pkol 6 dah gelap gelita.. Maghrib pun awal, so dalam pkol 7 dah kuar hotel nak g dinner. KK memang sangat terkenal dengan seafood dia lah... Best and murah! Aku g makan seafood nih dekat Jalan Tun Fuad Stephens. Sebabnya banyak review dalam blog best makan kat sini. Memang best la sebab dia tepi pantai and ada banyak kedai yang jual seafood. Ko boleh pilih kedai mana yang korang rasa menarik.


 Makan macam nih baru RM 80 kot. Berbaloi-baloi! Nih ada lagi menu yang tak sampai. Tapi memang puas la... Makan kenyang-kenyang balik hotel zzzzzzzzzz.hahahaaha


Nih kedai yang aku makan malam tuh...


p/s: nak beli EPHYRA dengan harga promo??
sms/ whatsapp : 012-2265570



Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...