Wednesday, November 13, 2013

Zikri @ Taekwondo

Kejap je pejam celik Zikri dah 5 tahun.. Dah besar dah... Ada 1 hari tuh dia balik sekolah bawak kertas pasal kelas taekwondo. Tengok yuran pun murah tempat pun dekat dengan opis so okay la jom mummy enroll for you la kan. Support skit minat anak-anak. Nih bagi aku la kan dari aku hantar dia g silat baik aku bagi dia belajar taekwondo. Nih just my personal opinion. Anak masing-masing so ikut uolls punye pendapat la.

Pendaftaran : RM 50
Yuran bulanan : RM40
Baju : RM 80

Belajar seminggu no limit. Boleh join mana-mana centre ikut kesesuaian masa masing-masing. Macam Zikri, setiap khamis di sek.keb P9 (2) jumaat di sek.keb 9 (1) pukul 5.30.
** Kalau ada yang berminat nak masuk boleh call Master Chandran : 019-3807779


 Ni masa mula-mula join class. Rasa dalam minggu ke- 2 kot. Masa nih datang awal so tak ramai lagi. Masa mula-mula 1st time g class tuh dia ingatkan suma kawan-kawan kat Smart Reader ada lah kan so sangat excited nak pegi. Sekali datang-datang cuma dia sorang. Pastu aku plak duk nyorok kat belakang duduk kat tangga. So dia ingatkan aku dah balik.. Apa lagi marilah melalak meraung-raung. Aku pun datang la tanya napa dia nangis. Haih... Bila nampak je muka mummy dia terus cakap ' mummy jangan pegi mana-mana duduk sini jer'! Owh baiklah anak ku...
Kematu bontot mak ko ni dok kat lantai 2 jam semata-mata nak temankan awak habis belajar.




 Ni dah dapat baju.. Sangat excited nak belajar.. Suke tengok dia happy macam tuh.
And master yang ajar tuh pun cakap Zikri cepat belajar and ada potensi nak cepat pegi grading (naik tali pinggang / level ).



  
Rasa macam cepatnya masa berlalu... Dulu budak nih kecik macam nih jer.. lahir pun cuma 2.3kg jer sekarang dah besar dah...  

p/s: Jom beli EPHYRA pada harga promosi.
sms/ whatsapp : 012-2265570

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...