Friday, November 22, 2013

Sabah Part 2

 

 Sorry lambat nak upload gambar hari ke-2 kat Sabah. Sebabnye bz wehhh pastu kalau nak buat kat rumah line tenet nih sangat-sangat lah slow. Nak tak nak kena buat kat opis la jugak. Tapi kat opis korang tau jer la bz nyer macam mana eh... Huhuhuh.. Ok tengok gambar Zara dulu posing di pagi hari. Masa pagi tuh aku bangun tido dalam pkol 6.am makk aiii dah terang benderang. Ingatkan aku terlajak tidur sampai tengah hari rupanya memang kat sana pagi lebih cepat dari kat semenanjung. Sila jangan terkejut!

 
Posing lagi sebelum turun g sarapan kat bawah. Makanan kat hotel nih biasa jer lah tapi takpe asalkan kenyang sebab pasni nak jalan jauh...



Pas dekat 3 jam perjalanan dari KK ke Kundasang.. Nih kat Pekan Kundasang. CANTIK! Aku terkesima sebab Sabah memang cantik lah.. Hijau je mata memandang..

Okey bagi Bos tangkap gambar dulu berlatar belakangkan Bukit kat Pekan Kundasang nih sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain. Owh ya kalau pegi Sabah sila jangan pegi ke Kota Kinabalu sahaja sebab kalau kat KK memang korang tak nampak lah pape melainkan shopping kat Pasar Philippine tuh or makan seafood. Sila goggle tempat-tempat yang menarik sebelum pegi baru korang enjoy!

 


Ni dekat Kinabalu Pine Resort. Kat sini best sebab boleh tengok pokok-pokok pine menghijau jer.. Feeling-feeling macam kat oversea dengan udara sedikit sejuk. Walaupun cuaca macam panas tapi angin dia kuat.

Kat dalam nih ada Rabbit House. Boleh bagi makan kat arnab-arnab tuh dengan makanan yang dah disediakan.

 Macam biasa Zikri jer yang berani nak bagi makan. Zara???

 Zara tengok jew boleh sentuh memang nehi! Hahahaha


 Okey nih dah penat sibuk nak ajak balik

 Rambut pun dah tak rupa orang!


 Ada tempat boleh duduk-duduk sambil ambil angin and menikmati pemandangan hijau. 



Dari Kundasang terus bergerak ke Poring Hot Springs, Ranau. Dari Kundasang ke Ranau lebih kurang sejam lebih. Kat sini terkenal dengan tempat mandi air panas semula jadi. Ada bayaran masuk tapi aku tak ingat berapa RM sebab bukan aku yang bayar. Ngeh ngeh ngeh... Bawak baju siap-siap eh sebab kat sini best tapi ramai orang!

 Papa buat-buat lemas so Zara tolong! Kat sini air panas tuh mengalir melalui paip. Ada 2 paip.. Yang sejuk and yang panas. Korang adjust ikut ske korang tahap kepanasan yang diinginkan. Tempatnya macam lebih kurang masuk dalam bekas air tuh lah apa eh kolah ke ha pastu tadah la air. Pas nak kuar bukak lah lubang tuh so air yang korang dah guna berendam tuh akan dibuang keluar.

Budak nih plak orang sibuk mandi berendam air panas dia g mandi sorang-sorang kat kolam air sejuk. Yang syoknye dia sorang je concur kolam nih. Asal ada orang len nak main sama-sama dia g kocak-kocak air tuh sampai keluar. Hahaha apa lagi berambus lah orang-orang lain itu..

 Ha tengok dia je kan????


Dari Ranau kami patah balik ke Kundasang sebab nak tengok Kinabalu Park. Kat sini lah kalau nak naik Gunung Kinabalu. Tapi masa nih hujan tengah lebat dan jalan pun licin. Owh permukaan jalan yang curam tuh memang buat ko nak terkencing lah sambil mendaki naik kete dengan keadaan hujan yang lebat.


Dah hujan dan kabus tebal so turun balik. Esok je lah panjat kat sini balik. Nak masuk sini pun kena bayaran jugak. Tapi kalau tak silap tiket masuk dari Poring Hot Springs tuh boleh diguna pakai nak masuk ke sini.

  
 Malam kedua tuh kami tidur di Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa, Kundasang. Harga adalah 
RM 160 1 malam tanpa breakfast (untuk gov. rate. Sila bawak ID kat kerja masa nak check in)

Hotel nih best sebab bilik luas dan betul-betul view dia mengadap Gunung Kinabalu. Berbaloi-baloi lah. pastu kat tepi-tepi area hotel nih ada jambatan gantung and port nak tangkap gambar yang cantik-cantik. Parking pun senang dan aku rasa selamat la.


Ha ni lah dia jambatan gantung dia tuh... Cantik malam-malam jalan-jalan kat bawah ni. Dengan cuaca sejuk plak. Fuh BEST!

 Budak Zikri nih geram betul lah ske je buat macam-macam aksi kalau di suruh tangkap gambar.

Sebelum tidur tangkap gambar dulu depan pintu bilik.

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...