Thursday, September 25, 2014

Wanita dan Make Up


Sementara ada masa sikit ni meh kite update blog nih. Hewwww busy sungguh kebelakangan ni mengalahkan Perdana Menteri. Tajuknye wanita dan make up.. Yep try tengok berapa ramai orang perempuan yang pegi opis tak 'bermake up'? Muka mengalahkan hantu niyang rapik! Kihkihkih maaf kalau bahasa aku ni terkasar. Kadang kala terpikir dilubuk hati aku ni macam mana wanita-wanita yang pegi kerje dengan muka pucat bibir gelap macam orang sakit? Selesanye la diaorang pegi kerje dengan muka macam tuh. Baju dah cantik, tudung dah havoc tang muka makkk aiiiii CHOIIIII!!!!

Ada lah dikalangan kawan-kawan aku yang pergi kerje muka pucat lesi sebab alasan yang seperti dibawah:

1. Laki tak bagi make up?
Ha??? Betul keredhaan suami tuh penting tapi try suh laki korang g keje jangan pakai minyak rambut jangan pakai minyak wangi. Boleh ke diaorang??? Selesa tak diaorang??? Rasa lengkap tak diaorang? Try suh si para suami tuh pegi kerje dengan muka yang selebet agak-agak diaorang malu x? Kalau lelaki golongan ni suke tak tengok perempuan lain cantik bergaya? Bagi aku diaorang ni PROPA je lebih. Tak bagi bini melawa sebab takut orang lain pandang kecantikan bini.

2. Tak ada masa nak make up?
Betul.. Aku paham macam aku sendiri kalau dah terbangun lebih pkol 6.30 memang kelam kelibut so memang tak sempat nak siap dari rumah. Tak salah kalau korang bawak alat make up tuh dan bersiap diopis. Kalau malu nak bersiap diatas meja sendiri, g lah toilet. Tak kan kat opis korang tak de toilet kot. Kihkihkih... Make up yang basic macam sapu foundation/eyeshadow/blusher/lipstic tuh amik masa lebih kurang 5 minit je kot. Asalkan berseri sikit muka korang pegi opis tak salah rasanya curi sikit waktu untuk melawa.

3. Tak tahu nak make up?
Owhhhh ni manusia zaman purba kala lah nih. Hahahaha meh aku gelak dulu. WEhhhhhh pegi lah google ke tengok kat You tube melambak-lambak kot cara nak make up. Please kurangkan beralasan dalam hidup nih. Manusia yang banyak alasan adalah manusia yang rugi.
 
Ni gambar memang tak sempat bersiap dari rumah sebab Zahin buat perangai. Pakai je foundation dulu dari rumah. Pastu siap-siap macam biasa.


Ni selepas 5 minit. Buat kat meja sendiri je. Pakai cermin kecik. Aku up tajuk ni bukan haper, kawan aku seopis ni cakap laki dia kata dia tak cantik. Woooppp!!! Memang la tak cantik dah ko pun pegi kejer muka dah macam haper. Macam muka dok kat rumah. Try tengok apa beza muka korang dengan laki korang? Kalau laki tuh jenis jaga penampilan, wahai perempuan, sila la jaga juga penampilan anda. Kalau si suami kulit lagi cerah dari kamu, sila la amik langkah lebih skit nak mencantikkan kulit anda. Bagi aku tak salah kalau spend skit duit gaji beli la supplement pape jenis sekalipun. Kalau dah kulit muka pun tebal macam kulit gajah uolls tak malu ke nak hadap suami dengan muka macam tuh? Kalau isteri dah cantik jaga penampilan, si suami masih mencari yang lain itu adalah kerana lelaki itu memang PENGGATAL!

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...