Friday, September 26, 2014

No More COD


Yup no more COD. Sebelum nih boleh COD area Bangi & Putrajaya tapi sekarang semua urusan pembelian adalah menerusi Pos Laju/ Gdex/ Skynet. Senang cerita semua aku pos. Melainkan kalau korang sanggup nak datang amik kat opis aku kat Presint 2 Putrajaya.

KENAPA? 
1. Atas dasar keselamatan
Sebelum ni aku COD kat Petronas Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Ada customer ni suh laki dia amik. Dah laki amik sah-sah la jumpa aku. Selepas malam pembelian Ephyra tuh, dia tak habis-habis Whatsapp aku benda pelik-pelik macam berkelakuan seperti orang bujang. Eh hello aku ni mak pada 3 orang anak dan ada laki so memang salah orang lah nak layan ko gile! Aku cakap kat laki aku so dia nak pegi pukul mamat giler tuh.  Dah gitu pulak kan... Ha dari jadi benda yang lagi tak elok baik lah aku stop kan COD. Siyes aku trauma!

2. Tak cukup masa
Sebelum ni aku cuti 5 bulan (cuti bersalin 3 bulan + unpaid 2 bulan) so aku ada banyak masa nak menghantar Ephyra ke merata-rata tempat sekitar Bangi & Putrajaya. Tapi sekarang dah naik kerje. Banyak kerje tapi sikit masa so aku takut kerja hakiki aku tak siap. Kang dikata dek orang plak! Nak keluar malam laki aku busy balik lambat and ada baby so malas nak renyah-renyah kuar bawak anak deret-deret so kite pos je la yer..

Aku paham kadang setengah orang selesa nak COD tapi kalau korang rasa tak nak pos-pos ni korang carilah seller lain. Betul aku tak kecik hati. Kadang-kadang dah explain panjang lebar tapi beli dengan orang lain alasannye aku tak boleh COD. Aku tak kisah sebab bagi aku rezeki Allah Taala tuh besar dan luas so kalau hilang sorang mungkin ada rezeki yang lain. Cuma tawakal jela.



No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...