Thursday, June 26, 2014

Kejadian tengah hari tadi

Tajuk dah macam berita plak... Citer setiap hari pkol 11.45 biasanya adik aku yang g amik Zikri & Zara balik sekolah. Sebab time gitu aku sibuk masak dan lagi aku pun malas nak dukung Zahin turun naik tingkat 10 tuh. Tapi hari nih adik bongsu aku tuh kena hantar abang dia iaitu adik aku yang bawah aku tu g KLIA2 sebab dia nak g Langkawi.

So bergerak lah mak ni dari rumah ke sekolah dengan cuma 5 minit jer. Seperti selalu jugak aku memang tak penah parking kete masuk petak cuma berenti kejap block kete orang then teacher budak-budak ni akan bawak diaorang masuk kete. Memang senang banyak. Masa tengah tunggu turn nak masukkan zikri zara dalam kete tuh aku nampak minah sorang ni menuju ke kereta dia and dia bagi sign suh aku blah sebab dia nak keluar. Aku bukannye nak g makan pun dol aku tunggu cikgu budak-budak ni pastu aku blah la. Ko kepoh-kepoh apehal kan ko pun belum masuk kete lagi. Sekali!!!  sekali dia bole datang ketuk cermin kete aku belah penumpang. Aku turunkan la tingkap.

Lepas tuh!!! Si gile nih dia bole cakap kuat-kuat kat aku dia kata ' eh awak tak paham bahasa ke aku suh tepi aku nak kuarkan kete. Mentang-mentang hantar anak sekolah mahal berlagak!' by that time teacher, zikri and Zara dah sampai tepi kete. Aku pun cakap lah ' excuse me bahasa elok skit ya u pun tak masuk kete lagi kan' u sibuk-sibuk nak gadoh apa hal. Jiwa tak tenteram ke haper. Pastu aku nak sambung lagi teacher Zara dah menyampuk and aku pun malas nak panjangkan citer aku tutup je tingkat terus aku blah. Nak je la aku langgar pompuan gile nih tadi. Dah lah muka comot ada hati nak marah aku. Mihmihmih

Agak-agak la beb! Ko ada masalah apa pun ko nak humban kat orang buat ape. Tolerate lah skit aku bukan tinggalkan kete pun tadi. Aku berenti 5 minit pun tak sampai. Ha takpe balik nanti mak nak ngadu dengan laki mak. No kete kancil buruk ko tuh mak dah hafal. Ha biar lantak laki mak pukul ko. Bahahahahaaa....

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...