Tuesday, March 5, 2013

Family Planning

Secara rasminya bulan februari yang lepas aku dah stop makan pil perancang...Huhuhuhu itu pun nak bagitau ka??? Eh ske hati aku la... WHY?? Yang pertama adalah kerana ugutan si suami yang kata dia nak anak and berdosa kalau aku teruskan amik pil perancang tanpa kebenaran dia. Okey..Janji ko layan aku baik-baik masa aku ngandung nanti, kalau tak memang aku ungkit sampai ke sudahlah perbuatan ko! Hahahaha... Secara jujurnya aku belum pun nak lagi benornya mengandung lagi sebab salah satunya adalah sebab aku baru nak kuruskan badan. Kalau preggy balik maknanya makin lah bertambah lebor badan mak nih! Dan yang keduanya adalah aku masih lagi dalam proses pemulihan perasaan aku nih terhadap dia! Hahaha... Dan yang ketiga adalah sebab Zara tuh macam kecik jer lagi..So rase mcm tak sampai hati nak bagi dia adik.

Selama 3 tahun nih aku telah mengamalkan injection Depo-Provera selama 2 tahun. Kaedahnya adalah dengan menalakan punggung korang dan suntikan adalah untuk 3 bulan. Paling murah adalah RM25 dan paling mahal aku kena caj untuk suntikan nih RM40. Aku amik dalam 7 @ 8 kali injection nih. 2 kali aku amik kat klinik kerajaan Presint 3, sekali masa kali ke-2 tuh nurse nak amik darah and cucuk tangan aku nih dekat 4 kali sampai aku nangis, maka marilah kite beralih arah ke klinik swasta. Walaupun kena bayar perkhidmatannya adalah tidak selembap klinik kerjaaan dan lebih selesa. Bagi aku amik injection nih sangat-sangat senang sebab ko tak payah pun nak rungsing dah makan ubat ke belum TAPI.....keburukan dia adalah kenaikan badan yang melampau. Aku dari 54 pas bersalin Zara sekarang dah dekat 70 kg! Selera makan memang macam naga. Dan last sekali keburukan injection depo ni adalah period yang sangat tidak regular!

Pastu dalam Januari 2012, aku amik pil perancang plak. Nama pil perancang tuh MELIANE . Makan tiap-tiap hari sebelum tidur dalam pkol 10 malam selama 21 hari dan selepas tuh rehat 7 hari. Dalam 7 hari korang akan datang period. Kebaikan makan pil perancang nih period adalah teratur dan boleh kawal berat badan. TAPI... keburukannya kalau korang lupa nak makan,heheheheeheh sendiri mau ingat lah...HEHEHEHE.. Aku memang tak pernah lupa makan pil nih sebab aku takut ter ACCIDENT preggy... Fuh kalau ko mengandung dengan keadaan tidak bersedia adalah sangat bahaya dari segi mental dan emosi!

 
Jadi ...pesanan aku, kalau tak ready dari segi mental dan fizikal, amalkan lah perancangan keluarga yang betul. Tak salah nak beranak tiap tahun tapi kalau muka ko pun dah buruk semacam je sebab tiap tahun keluar anak, hehehehe renung-renungkan lah yer...

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...