Friday, October 11, 2013

HOSPITAL PUTRAJAYA BERHANTU?????

Bukak web yahoo tadi sekali kuar pasal citer nih Hospital Putrajaya Berhantu. Berhantu ke?? Aku bersalin 2 orang anak kat spital nih. Pengalaman ngeri alhamdulillah tak penah plak jumpa. Yang hantu nye doktor-doktor kat spital tuh jer..Huhuhu serius nurse adalah sangat baik dan sangat berpengalaman, tapi yang selalu menyakitkan hati aku memang doktor. Contoh pertama adalah ketika aku nak bersalin Zara. aku budget nih mesti doktor baru sebab masa kepala baby dah nampak tuh dia tetiba jerit ' saya nak tolong' then para nurse pun pakaikan dia baju tuh kan sekali kan dia perasan yang aku tak di drip IV lagi kan..Pastu si sengal nih sibuk lah cucuk tangan kanan aku berkali-kali nak cari line nak drip. Boleh tak bayangkan dah lah sakit baby nak kuar tangan ko plak dicucuk-cucuk semata-mata nak cari line. Aku dah tak tahan aku tanya lah nak buat apa drip-drip?? Tak payah la lantas menyorokkan tangan aku dalam selimut.Hahahaha... bodoh btol lah dan akibatnya masa nak tolak ke wad tuh habis kain aku penuh dengan darah sebab kesan dicucuk banyak kali kat tangan tadi tuh berdarah-darah... memang nightmare bab nak amik darah sebab aku kan gemuk so susah nak cari urat. Kalau kena orang yang pandai sekali dua cucuk dah dapat kalau dapat kat si bonggok memang berkali-kali la.

Pastu pengalaman kedua yang memang aku sakit hati sangat last week hari jumaat 4/10/2013. Tengah photostat kat opis sekali rasa macam terkencing. Eh cannot be la kan sebab sebelum g photostat tuh aku dah g toilet. Memang hari tuh macam tak sihat sangat dari pagi lagi tapi tak jangka la benda mcm tuh nak jadi. Pastu aku berlari g toilet ha koooooooo

v

v


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v





Owh lupa nak maklumkan bahawa yes I AM PREGNANT almost 3 months la. Cuma tak nak war-war kan sangat sebab kandungan kali sangat menguji kesabaran. Bukan mabuk teruk tapi keep on bleeding. The worst memang 4/10 tuh. Melimpah-limpah sampai pakai pad overnight 3 keping. Kejadian jadi pukul 3.30 petang and maklumkan kepada suami tercinta tapi dia hanya muncul kat rumah pukul 8 lebih dekat pkol 9. Alasan??? Jalan Jem la... HUhuhuhuu pengajaran... Pasni apa-apa yang boleh dibuat sendiri sila lah buat sendiri. Pastu kat spital plak punya lah ramai manusia.. Yang demamnye yang accidentnye.. Aduhai aku semakin stress la dok situ lama. Dekat sejam tunggu baru dapat g Triage pastu dalam 15min macam tuh doktor panggil. Masuk-masuk bilik doktor macam-macam soal siasat dijalankan. Yes memang aku tak pegi government clinic atau pun hospital sebab aku tak suke nak lalui perkara-perkara seperti ini. Tapi malam tuh memang aku terpaksa pegi. So buat scan..Doktornya adalah lelaki. Tuh tak pelah tala je perut ko kan.. Baby still ada and nampak ok. Pastu refer g pakar O& G. Disuruh baring tunggu dalam 15 minit walhal ada jer doktor pompuan kat tepi tuh sampailah datang sorang doktor lelaki nih datang and terus jalankan prosedur.. Makk aiii 1st time ever lah kan dirobek-robek bawah tuh oleh doktor lelaki. Memang night mare lah! Pastu yang buat aku nak marah tuh bukan haper, ko dah jolok-jolok tuh ko explain la apa yang berlaku. Nih tak suh aku g pakai baju sekali kuar dari toilet dah ada patient lain kat atas katil tuh. Pastu bile aku tanya apa kes aku nih nurse suh kuar and explain skit-skit jew. Pastu suh datang lagi untuk next appoinment.

Disebabkan rasa sakit mencucuk-cucuk tak hilang jugak, aku g Pakar O&G kat spital private. Takpela kuarkan duit lebih skit sebab aku nak tau apa puncanya aku bleeding jew. Pastu baru lah tau rupanya pintu rahim tuh macam dah terbukak sedikit laluannya. And rahim macam tak berapa kuat. So pesanan doktor kalau baby sihat dia akan stay alive kalau tak biarkan la dia pegi.. Yes aku redha and dah siapkan mental and fizikal. Tapi cuma sedikit terkilan la kadang kite share something dengan seseorang tuh bukan nak raih simpati. Kalau ko tak boleh nak temankan aku g mana-mana takpe aku paham sebab memang ko bz cuma aku memang tak boleh blah lah kan kalau ko dah tau aku bleeding macam tuh nak bawak-bawak naik bot bagai tuh memang tak la. Aku lagi sayang nyawa aku and anak-anak aku dari nak layan benda-benda mcm tuh. At least kalau jadi papa pun aku memang dah jaga diri sebaik mungkin. So pada 'mereka' tuh yang membaca nih jangan plak nak buat wasangka bukan-bukan. Please respect orang len punye keselamatan diri jugak not only ur happiness jew.

p/s: ayat terakhir tuh tak ditujukan kepada sesiapa. Hanya mereka yang makan cili sahaja terasa kepedasannya. MIHMIHMIH...


No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...