Wednesday, December 18, 2013

@ 23W

Hai... Seminggu hilang menyepi. Malas melanda diri.. Sakit pinggang yang teramat- amat. Actually bukan pinggang tau tapi sekitar punggung kanan melarat sampai ke peha. Jalan pun seret kaki. Nak pegi berurut macam-macam plak orang cakap itu ini. Nak mintak laki urut sebulan sekali boleh lah. Huh! Stress! Keje pun melambak-lambak kat opis. Datang opis macam nak pegi mati. Haih!

Minggu nih mama pun datang saja jalan-jalan. So okey lah sebab kebetulan Zara and Zikri pun tak sekolah so tak payah pening-pening kepala aku nak letak diaorang kat mana. Tapi mama tak duduk dengan aku sebaliknya stay kat kuarters aku. Hurm tiada paksaan asalkan diaorang happy okey la. Pagi kuar rumah terus pegi opis and punch card. Hantar budak-budak kat mama. Owh setiap pagi datang je mama dah siap masak sarapan. Phew... Sedap! Masuk opis sekitar 8.30 terus buat keje. Lunch balik rumah lagi mama dah siap masak. Ngeh ngeh ngeh! Petang sebelum balik Bangi nak amik budak-budak tuh mama dah siap masak dinner! Heaven! Kihkihkih! Balik jew rumah semayang maghrib terus nak zzzz huhuhuhu syok wooo mama bela macam baby padahal dah umur 30 tahun.

Owh pagi tadi ada check up kat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9. Ini kali ke dua aku pegi situ. Patutnya 25.11 aku dah kena repeat check up tapi sebab malas aku abaikan jew... Tapi aku pegi jumpa doktor fav. aku la bukan tak buat check up langsung. Kali nih total masa yang aku buangkan adalah sejam! Okey lah sebab app. pukul 11 so tak ramai sangat. Yang tak bestnye 2 perkara:

1. Nurse suh buat MGTT. Ewah... Aku cakap aku tak da sejarah kencing manis untuk kehamilan sebelum nih. Nurse cakap wajib untuk setiap preggy women yang 25 tahun keatas. Hurm tapi aku dah refer dengan doktor aku dia cakap tak payah. Nurse cakap 9.1.2014 aku datang balik pastu 2 minggu lepas tuh buat MGTT. So, aku pastu 9.1.14 tuh aku akan fully check up kat private.

2. Masa nurse tuh pegang perut nak ukur - ukur perut tuh la kan sedap dia jew kata baby aku besar. Haih setakat awak meraba perut macam tuh dah boleh ukur berat baby ka??? Siap cakap tak boleh makan itu ini blah blah blah.. Aku tak tahan nak diam jew so aku jawab lah balik, 13.12 saya check up dengan doktor saya and dah scan. Setiap bulan pun aku scan and progress baby EVERYTHING IS OKEY! Aku nak bagi dia tengok detail scan aku tuh tak nak plak. Agaknye kecewa kot tak dapat nak momokkan aku. Bagi aku lah nurse tak sepatutnya cakap macam tuh sebab dia cuma ukur pakai tangan. Dibuatnya ibu yang buat check up tuh ibu yang mengandung sulung @ memang bergantung harap kat klinik kerajaan jew mesti dia susah hati. Apa da...




No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...