Sunday, December 8, 2013

Boring boring boring...

Hai hari nih dah hari ahad. Cepatnya masa berlalu. Kalau time cuti jer sekejapan masa berterbangan tapi kalau kije,pergh nak habiskan sampai jumaat memang hazab. Hewww.... Esok tak keje kot sebab banyak benda nak kena settle.

1. Nak pegi amik report card Zikri. Patutnya semalam tapi bile aku suruh Papa nya yang pegi dia buat keras. Okey... Takpe itu kali terakhir aku suh dia pegi sekolah anak. Pasni no more okey.. Pape hal sekolah @ berkaitan anak-anak aku akan settle sendiri.

2. Nak kena amik stok Ephyra yang meletuppp kebabom tuh... Nih pun dah habis stok since jumaat adeh bertubi-tubi sms & whatsapp aku nak kena reply. So esok pagi nak kena hantar Zikri pegi sekolah dan terus shoot amik stok. Owh ya minggu nih minggu terakhir YES untuk Ephyra ya. Bli 1 kotak RM197 dan 2 kotak jatuh RM360. Berbaloi-baloi...

3. Aku nak kena pegi klinik haiwan plok. Huhuhu adik aku ada minat baru iaitu bela kucing. Baru- baru nih dia pegi makan kat kedai mamak boleh plak kucing nih ngiau ngiau bawah kaki dia. Disebabkan atas dasar kasih sayang dia pegi angkut kucing tuh bawak balik naik motor! Ko boleh bayang orang bawak motor dari Putrajaya - bangi bawak kucing macam mana???? Haih.. Pastu anak kucing tuh sekarang dok cirit birit. Dah dia susah hati.. Nak bawak pegi klinik hari nih Ahad tutup plak. So esok jer la. Aku nak buat keras tak layan macam tak baik plak sebab macam seksa binatang. Hahaha walaupun aku takut dengan kucing, aku tolong la jugak.

Petang nih sungguh boring sebab semua orang dalam rumah nih tido terbongkang. Yang aku plak dah tido pas zohor tadi. Terkebil-kebil mata aku nih sengsorang. Baju-baju semua dah lipat. Tinggal nak gosok baju tapi malas pulak. Hahahah si asterok pulak boring citer dok ulang-ulang. Huh! Main candy crush dok kalah. Makanya aku hupdate jew lah blog nih..

So ingat eh last minggu nih promosi untuk 2 kotak Ephyra pada harga RM360. Sms @ whatsapp : 012-2265570.kalau kol aku tak angkat tuh kome sms je la nnti aku reply. Da....

No comments:

Post a Comment

Resepi Lempeng Lembut Gebu

Menu sarapan pagi hari ini ialah lempeng gebu cicah sardin. Buka periuk nasi ada lagi baki nasi semalam. Terus laju kopek bawang, cili api s...